
Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap dan Mudah, Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu!

Lasagna daging cheese ini memang layan habis. Padu cheese tariknya. Daging cincangnya berjus, tak kering. Mozzarella cheese dan kepingan cheddar cheese buat rasanya lebih mantap.
Penggemar lasagna pasti sukakan resipi mudah ini. Ikuti resipi lasagna daging cheese tertarik memang padu daripada Ariana Sofia Ahmad.
BAHAN-BAHAN:
11-12 keping lasagna – Boleh beli online di sini
600g daging cincang
1 sudu cili giling
3 biji bawang merah (dicincang halus) – Boleh beli online di sini
3 biji bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar oregano – Boleh beli online di sini
1sudu kecil secukup rasa
1 sudu besar gula
1sudu kecil garam
680g sos pasta tomato Prego
½ cawan air
================
400ml susu full cream – Boleh beli online di sini
2 sudu besar butter
1 sudu kecil gula
2 sudu besar gandum
2 keping cheddar cheese – Boleh beli online di sini
================
100g tomato puri
1 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Mula-mula, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan pula daging cincang.
Tumis sehingga daging bertukar warna.
Masukkan pula sos pasta tomato dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan oregano dan kacau sebati.
Masukkan gula dan kacau sebati.
Masukkan pula garam dan kacau sebati.
Masukkan Cukup Rasa dan kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan air.
Kacau sehingga kuah sedikit pekat serta daging masak. Ketepikan.
Dalam kuali lain, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan tak berketul.
Masukkan pula susu full cream dan gula. Kacau sebati.
Masukkan kepingan cheese dan kacau sehingga pekat.
Jangan terlampau pekat, nanti bila sos putih dah sejuk, sos akan bertambah pekat.
Dalam bekas, masukkan sos tomato puri dan minyak masak. Kacau sebati. Boleh guna bekas kaca 9 inci, bakar terus di dalam oven.
Rebus lasagna dulu sehingga lembut.
Bila dah lembut, toskan. Pastikan susun elok supaya tak melekat dengan yang lain.
Susun lasagna dalam bekas tadi.
Letak inti daging dan ratakan.
Letak sos putih pula.
Taburkan mozzarella cheese dan daun basil. Nak gunakan oregano atau yang lain pun boleh.
Ulang semula dengan letak kepingan lasagna, daging, sos putih, dan cheese sehingga ke lapisan teratas. Buat 3 lapisan. Pastikan bahagian atas sekali, tabur dengan oregano.
Dah siap, balut dengan aluminium foil dan bakar suhu 170°c selama 50 minit. Boleh kurangkan masa atau suhu bergantung pada oven masing-masing.
Lasagna dah siap dimasak. Nak nampak perang bahagian atas, buka aluminium foil dan bakar 5 minit lagi.
Lasagna dah boleh dipotong dan sedia dihidangkan. Cheesenya tertarik menarik. Selamat mencuba.
Kredit: Ariana Sofia Ahmad
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Cukup Satu Lauk Buat Tambat Selera
Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Rasa Yang Umphh! Mi Hailam Sedap Setanding Macam Dekat Kedai

Mi hailam gantikan nasi seuai juga untuk minum petang atau makan malam. Masak sendiri boleh letak extra udang dan sotong.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi kuning (500gm)
- 5 ekor sotong saiz sederhana
- 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
- 3 ulas bawang putih *
- 3 biji bawang merah *
- 1 sudu besar cili boh
- 1 ikat sawi hijau
- 1/4 bunga kobis
- 1/2 batang lobak merah
- 1 bungkus ‘baby corn’
- 2 gelas air
- 2 tangkai daun bawang
- 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 3-4 sudu besar kicap manis
- 1/2 – 1 sudu besar kicap pekat
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/4 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
- Sediakan sayur-sayuran, sotong dan udang untuk masak.
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Lagi elok tumbuk sebab nanti aromanya lebih sedap.
- Kalau tidak berapa rajin hiris bawang merah dam bawang putih diketuk.
- Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap.
- Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan sotong, baby corn dan bunga kobis. Biarkan mendidih dalam 3 – 5 minit.
- Tutup kuali. Kalau sotong sederhana 3 minit dah cukup. Sotong yg 5 minit. Sotong kalau dimasak lama jadi liat pulok. Nak tercabut gigi duk gigit sotong liat.
- Masukkan udang dan lobak merah. Biarkan mendidih selama 3 minit.
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh. Perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.
- Anda boleh betulkan rasanya ikut pada selera sendiri. Hendak rasa kicap lebih tambakan kicap, kakau suka kuah agak pekat boleh tambah tepung jagung, mahu kuah lebih tambahkan air.
- Masukkan mi, cili dan sawi. Kacau sekejap, jangan lame sangat nanti mi kembang. Sawi masuk akhir sekali supaya tidak lembik dan masih rangup bile dimakan.
- Hidangkan nanti dengan hirisan daun bawang.
KREDIT RESEPI & GAMBAR: khadijah jaafar
MUNGKIN ANDA MENYUKAI RESIPI INI:
Korean Japchae. Resipi Mi Kaca Korea Sangat Sedap & Mudah Masak

Japchae adalah salah satu hidangan popular dari Korea. Ia berupa mi kaca atau suhun yang dimasak dan digaul bersama sos istimewa, aneka sayur-sayuran dan juga daging. Andai biasa menonton rancangan dari Korea, pasti biasa melihat menu ini. Ada yang teringin nak rasa? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipi dan cara-cara memasaknya. Selamat mencuba!
RESIPI KOREAN JAPCHAE
BAHAN-BAHAN:
Mi kaca secukupnya – beli online disini
Bijan yang telah disangai secukupnya – beli online disini
CAMPURAN SAYUR MESTI TERDIRI DARI 5 JENIS WARNA:
Hijau – pak choy atau bayam – direbus dan toskan
Kuning – telur digoreng dadar
Jingga – lobak merah – dihiris dan disangai
Putih – Bawang Holland – dihiris dan digoreng
Hitam – Cendawan shitake/ kulat hitam/ daging perap kicap
BAHAN SOS HITAM:
3 sudu makan kicap cair/masin – beli online disini
3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 sudu makan minyak bijan – beli online disini
1 sudu makan gula/gula perang – beli online disini
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Rebus mi kaca hingga lembut. Toskan.
2. Campurkan kesemua sekali bahan sos hitam dan masak di atas kuali sehingga sebati.
3. Bila sudah sedia, tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang telah direbus dan gaul sebati.
4. Masukkan sayuran-sayuran dan juga hirisan telur dadar. Gaul rata.
5. Taburkan biji bijan yang telah disangai.
6. Japchae sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Kiri adalah mi kaca untuk biatt Japchae, manakala kanan adalah suhun. Dua bahan ini adalah berbeza tetapi masih boleh digunakan untuk buat Japchae.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official