Sedapnya Asam Pedas Rebus Stail Utara perkongsian saudari Mariana Zainalni. Ringkas sahaja bahan-bahan serta cara memasaknya tetapi rasanya memang padu. Bagi anda yang suakkan juadah yang pedas, masam serta tidak berminyak, menu ini tentunya menjadi pilihan. Dijamin tidak muak. Jom cuba masak.
RESIPI MASAK ASAM PEDAS REBUS STAIL ORANG UTARA
BAHAN-BAHAN: 4-5 ekor ikan kembung 2-3 batang serai – diketuk Sedikit daun kesum 4 keping asam gelugur – beli online disini 1/2 sudu makan gula 1 sudu makan (penuh) garam Bahan perasa Bendi Sedikit air untuk kuahnya (boleh letak ikut selera. Empunya resipi letak air 1 1/2 jug blender)
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air. 2. Masukkan juga gula, garam, bahan perasa, daun kesum, serai dan asam keping. Renehkan atas dapur hingga mendidih ganas. 3. Biarkan kuah mendidih lama supaya asam keping dapat kembang elok. 4. Kemudian masukkan bendi dan ikan. Biar hingga ikan dan bendi masak. 5. Bila keduanya telah masak dan perasa telah sempurna, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
Tercari-cari resipi Sambal Nasi Lemak yang sedap dan mudah disediakan? Resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al Habibi ni tentunya perlu anda cuba. Istimewanya, sambal ini tahan lama dan boleh tahan berhari-hari tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Malah ia juga pelbagai guna dan boleh dijadikan pes untuk memasak aneka hidangan seperti nasi, mi, bihun dan kuetiau goreng. Memang memudahkan kerja. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK @ IBU SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1 mangkuk cili kisar (boleh guna kombinasi cili kering besar & kerinting untuk rasa sambal pedas-pedas manis)
Secubit asam jawa – larutkan dengan 1/4 gelas air
2 1/2 sudu makan gula melaka
4 sudu makan gula
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang Holland / kuning
2 biji bawang merah – saiz syiling 20 sen
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan – boleh ganti dengan 1 1/2 sudu makan udang kering
1/2 genggam ikan bilis goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh dan cili betul-betul masak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa. Kacau rata.
5. Selepas bahan mendidih, masukkan 1 sudu makan ikan bilis goreng. Gaul rata.
6. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantic, masukkan gula melaka.
7. Tambahkan juga gula putih dan juga sedikit garam. Tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.
8. Bila sambal mula likat dan berkilat, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
CARA BUAT SAMBAL UDANG GUNA PES SAMBAL. 5 MINIT BOLEH SIAP!
Masukkan 2 senduk sambal ke dalam kuali. Hidupkan api.
Masukkan udang dan tambah 1/4 cawan air. Biarkan udang mengeluarkan airnya sendiri supaya kuah rasa lebih sedap.
Tambahkan secubit garam dan masak udang selama 5 minit.
Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.
RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
Bawang merah – hiris dadu
Cili merah
Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
Sedikit garam
1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.
CARA MEMASAK:
Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...