![Kuah ikan bakar antara bahan yang wajib kena sedap baru sebati dengan ikan bakar dan terasa sampai ke dalam. Antara salah satu kuah ikan bakar yang sedap adalah kuah ikan bakar portugis yang selalu ada dekat dalam food court mall. Siapa suka boleh cuba resipi ni....](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-8.png)
Kuah ikan bakar antara bahan yang wajib kena sedap baru sebati dengan ikan bakar dan terasa sampai ke dalam. Antara salah satu kuah ikan bakar yang sedap adalah kuah ikan bakar portugis yang selalu ada dekat dalam food court mall. Siap suka boleh cuba resipi ni….
RESIPI KUAH IKAN BAKAR
Bahan-Bahan:
- 2 labu bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 4 batang serai
- 1 kuntum bunga kantan
- Cili kering yg direbus (dlm 20 tangkai)
- Sedikit belacan
- Garam
- Gula melaka
- Air asam jawa
- Daun limau purut
Cara-Cara:
- Kisar semua bahan bertanda * ..panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar..akhir sekali, masukkan garam, gula melaka, air asam jawa dan hirisan daun limau purut..
- Boleh simpan lebihan kuah dlm peti sejuk jika lebih
- Boleh guna ikan, udang, sotong dll
- Saya guna pemanggang ajaib je..balut dgn aluminuim foil..selamat mencuba!
Kongsi resepi: Rosliza Salleh via MAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerabu Maggi Seafood Thai, Bagi Masam & Pedas Baru Syok. Makan Tak Cukup Sepinggan
![Kerabu Maggi Seafood Thai, Bagi Masam & Pedas Baru Syok. Makan Tak Cukup Sepinggan](https://cdn.rasa.my/2023/11/2.jpg)
Kerabu maggi seafood ala Thai buat masam-masam dan pedas memang sedap. Nak jadikan kudapan atau makan malam pun sesuai. Makan macam ni memang tak cukup sepinggan.
Lagi sedap bila letak pelbagai jenis makanan laut seperti sotong, udang dan juga crab stick. Bagi masam dan pedas lagi membangkitkan selera.
Perkongsian daripada Ariana Sofia Ahmad ni memang nampak mengujakan. Paling penting ada mi segera dari Thailand barulah jadi!
RESEPI KERABU MAGGI SEAFOOD THAI
Maggi thai ni memang sedap bila buat kerabu maggi. Ni Ariana bagi resepi untuk korang cuba. Sedapnya macam duk negara sebelah
BAHAN-BAHAN:
Maggi thai 2 bungkus
3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
8 ekor udang dibuang kulit
6 batang isi ketam dipotong 2@3
1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai)
1/2 sk ajinomoto
1/2 sudu besar gula
1 biji tomato dipotong dadu
2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja)
1 biji bawang merah dipotong dadu
4 biji cili padi dipotong kecik
1/2 batang lobak merah diparut halus
Kobis ungu di hiris nipis
Sos ikan 2 sudu besar
CARA MEMASAK:
- Bahan-bahan utama yang wajib
- Jangan lupa Maggi Thai Jenama, xda maggi ni tak jadi maggi thai
- Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit @ sehingga lembut
- Dah masak angkat dan toskan
- Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
- Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.
- Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas
- Perahkan air limau nipis ke dalam bekas
- Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam
- Masukkan sos ikan
- Masukkan sos cili thai
- Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing
- Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi
- Sekarang gaul semua bahan bagi rata @ sebati.
- Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.
- Wahhh!! Tak sabar nak makan. Nak buat makan-makan bolehlah buat kerabu maggi. Simple, cepat dan sudah tentunya sedap
Kredit: Ariana Sofia Ahmad
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Malam Ni Jom Layan Makan Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk. Sedap.
![Malam Ni Jom Layan Makan Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk. Sedap.](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design88.png)
Nasi goreng cili dengan ramuan ikan goreng sebagai perencah utama. Pastikan cili ditumbuk bagi memberi rasa garing dan aroma istimewa.
NASI GORENG IKAN CILI TUMBUK
BAHAN-BAHAN TUMBUK (JANGAN BLENDER):
- 1 @ 2 biji bawang besar
- 6-8 ulas bawang putih
- 1 genggam cili kering (rebus dan buang biji dahulu)
- ikan bilis sejemput
- Nasi putih
- Kacang buncis – (guna buncis sebab tidak mahu kacau rasa nasi)
- 4 ekor ikan – (Gaulkan garam & kunyit, kemudian goreng)
- 2 biji telur – ( Goreng asing boleh atau hendak pecahkan dalam nasi pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga pecah minyak. (Pecah minyak menandakan cili sudah masak)
2. Bila sudah pecah minyak, masukkan isi ikan dan perasakan dengan sedikit garam.(Ingat ikan sudah diperasakan dengan garam)
3. Tumis sehingga bahan tumis garing.
4. Kemudian masukkan nasi putih.
5. Kacau rata kemudian baru masukkan kacang buncis. Masukkan kacang buncis akhir sekali sebab mahu tekstur rangup.
6. Kacau rata lagi sehingga bahagian bawah garing sedikit.
Info: Sedap makan dengan telur mata kerbau.
Kredit: Farihah Zulkifle
INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERBAIK, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI MENARIK INI :
Rupanya Senang Je Nak Buat Puding Gula Hangus Ini
![Rupanya Senang Je Nak Buat Puding Gula Hangus Ini](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/06/209344.jpeg)
Jika suami dan anak-anak anda penggemar pencuci mulut yang manis, apa kata cuba sediakan puding karamel yang sememangnya menjadi kegemaran ramai ini. Memang sedap dimakan ketika sejuk. Nikmat sungguh! Jika anda tidak pernah buat sebelum ini, jom kita cuba ikut resipi perkongsian Juman Islam.
RESIPI PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN KARAMEL:
- 5 sudu besar gula
- 3 sudu besar air panas
CARA PENYEDIAAN:
- Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..) Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.
BAHAN-BAHAN PUDING:
- 6 biji telur
- 1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
- 1 tin susu cair @ sejat
- 1/3 tin susu pekat (manis sedang-sedang je..)
- 1/4 cawan air masak
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang karamel.
- Kukus 20-30 minit.
* Pastikan puding ni betul-betuk sejuk sebelum nak keluarkan daripada loyang.. (saya masuk dalam freezer sebab nak bagi cepat sejuk)
KREDIT RESIPI & FOTO: JUMAN ISLAM
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI: