Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI DAGING GUNA KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
Ads
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Sedapnya Nasi Ayam ‘Roasted’ ni. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibini antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ada rahsia tau nak masak Nasi Ayam Roasted sedap ni. Rasanya? Kalah Nasi Ayam dari restoran. Cubalah. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM ROASTED SEDAP (Untuk hidangan 5-6 orang makan)
1.SUP AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam 2 liter air 1 kiub pati ayam Sedikit serbuk lada sulah – beli online disini Garam secukup rasa 1 hiris halia Bebola ikan secukupnya – jika suka Daun bawang secukupnya Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air dalam periuk tinggi. Masukkan kiub pati ayam. 2. Perasakan juga dengan sekali renjis serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan sekeping halia. 3. Selepas sup mendidih, masukkan seekor ayam ke dalamnya. 4. Angkat ayam selepas ia separa masak kira-kira 10-15 minit. Toskan dalam bekas. 5. Sambung reneh sup guna api perlahan. Masukkan bebola ikan untuk tambahan jika suka. 6. Sewaktu dihidangkan, barulah taburkan daun bawang dan bawang goreng. Sup yang sangat ringkas. Tapi ada rasa yang sangat istimewa.
1.Dalam kuali panaskan marjerin dan masukkan halia, daun pandan yang disimpul, serai dan gula. Jika ada lemak ayam, boleh dicairkan sekali. 2. Masukkan beras yang sudah dibersihkan. Goreng seketika kemudian masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi. 3. Tambahkan air sup secukupnya dan serbuk kunyit secubit dua untuk menghasilkan warna kuning. 4. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasa nasi yang sedikit berlemak dan wangi.
CARA MEMASAK: 1.Lumurkan ayam dengan semua bahan-bahan yang lain hingga rata. 2. Sangkut ayam pada tempat yang sesuai dan jemur di bawah cahaya matahari selama 30 minit (ini adalah tip untuk dapatkan kulit ayam yang garing dan cantik) 3. Kemudian masukkan ke dalam AF. Pilih menu ‘Roast’. Bakar ayam sehingga masak. Boleh juga panggang guna ketuhar.
4. Bila sudah masak, boleh potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.
4. SAMBAL CILI ‘KICK’
BAHAN-BAHAN: 5 batang cili merah 2 biji cili padi merah 1 hiris halia 1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai) 2 senduk air jeruk bawang putih 2 sudu makan Sos Cili Thai by Maepranom – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan cili merah, cili padi, halia, bawang putih jeruk dan air jeruk. Kisar hingga sedikit halus. 2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk kecil. Masukkan sos cili thai. Masak seketika. Sos ini tidak perlu tambah gula dan garam kerana rasanya sudah lengkap.
5. SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN: 1 senduk kicap cair 1/2 sudu kecil minyak bijan 1 sudu besar kicap biasa 1/2 sudu kecil sos tiram
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Panaskan seketika.
2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi. Kacau kesemuanya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam, sambal cili dan lain-lain.
Anda gemar makan bubur? Jom cuba resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake yang sangat sedap perkongsian saudari Shaa Zainol ini.
Kata empunya resipi, ini adalah ‘my healing rice porridge’. Tak perlu cari bubur nasi dari restoran makanan segera popular tu dah. Ada resipi ni, hanya perlu masak sendiri. Cukup mudah.
Bagi anda yang ada anak-anak kecil, bubur ini juga sesuai untuk si manja anda bahkan ia juga ‘ngam’ untuk para vegan. Tiada sebarang haiwan digunakan. Hanya tambah cendawan.
Bagi yang sedang menjaga pemakanan, hidangan ini boleh dijadikan menu diet yang sedap dan sihat. Best kan? Jadi jomlah cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI NASI CENDAWAN SHITAKE
(SUKATAN 5 ORANG MAKAN)
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan rendam.
2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air kemudian masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan letakkan atas api.
4.Masak beras hingga masak dan masukkan bahan-bahan yang lain.
5. Gaulkannya hingga semua bahan bercampur rata dan jika terlalu pekat boleh ulang tambah air hingga dapat tekstur yang elok. Tunggu sehingga bubur masak sempurna.
6.Dah siap. Hidangkan bubur dan hiaskan dengan daun sup serta daun bawang.
Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit. Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)
2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya.
3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.
4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.