Nasi Butter, Ayam Goreng rangup dan sup ala KFC ni memang membuka selera. Menunya nampak ringkas tapi bila dijamah, memang tak cukup sepinggan. Kombinasi yang sangat sempurna. Andai makan di restoran, nah…harganya boleh tahan. Di zaman serba gawat ini, eloklah masak sendiri. Lebih jimat dan puas makan. Jom cuba! Saudari  Syue Haida ada kongsikan resipinya.

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

BAHAN-BAHAN NASI BUTTER: (sukatan 5 orang makan)

  • 4 cawan beras
  • 4 ulas bawang putih – ketuk dan potong halus
  • 1 biji bawang merah (optional) – hiris nipis
  • 125gm mentega beli online disini
  • Halia (ketuk biar pecah sikit)
  • 1 cawan susu segar full cream  
  • 1 kiub pati ayam beli online disini
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Panaskan kuali. Masukkan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

  1. Masukkan halia.
  2. Masukkan susu. Kacau sekejap dalam 2 minit.
  3. Seterusnya masukkan beras yang sudah dibasuh diikuti kiub pati ayam. Goreng beras sekejap dalam 3 minit.
  4. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air. Sukatan air sama seperti sukatan biasa namun ditambah dengan secawan susu tadi.

(contoh: beras biasa masak guna 4 cawan air. Jadi sukatan untuk masak nasi ini adalah 3 cawan air + 1 cawan susu.)

  1. Masukkan sedikit garam dan masak nasi seperti biasa.

 

BAHAN AYAM GORENG ALA KFC:

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

(empunya resipi tak guna telur. Jika anak tidak makan pedas, boleh guna tepung original sahaja)

IKLAN

CARA MEMASAK:

1.Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung original dan spicy. Masukkan dalam bekas ayam dan gaulkan sekali biarkan sebati.

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

  1. Perap ayam bersama tepung selama 2 jam. Lebih lama diperap lagi sedap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, ambil ayam yang diperap tadi dan salut dengan lebihan campuran tepung. Salutkan tebal-tebal dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Goreng ayam hingga masak dan garing menggunakan api sederhana.

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

 

BAHAN SUP CHICKEN MEATBALL:

IKLAN

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

  • Leher/kaki ayam – potong kecil
  • 10 biji bebola ayam
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Halia – ketuk
  • 2-3 ulas bawang putih beli online disini
  • 3 cawan air
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan halia dan leher/kaki ayam yang sudah dipotong kecil. Biarkan sekejap.

  1. Masukkan bebola ayam, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak.
  2. Masukkan garam secukupnya dan daun sup.
  3. Sup siap dan bolehlah dihidangkan bersama nasi dan ayam goreng.

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

Kredit resipi & foto: Syue Haida

IKLAN

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Resipi Cream Cheese Homemade, Boleh Buat Guna Susu Tepung atau Susu Segar

Sedap! Resipi Nasi Butter, Ayam Goreng & Sup Ala KFC

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=3G49PgMlm8I

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI