4 cawan tepung (3 ¾ cawan tepung gandum, kemudian penuhkan dengan tepung jagung, jadikan 4 cawan keseluruhan) ¼ cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin 1 cawan air biasa Garam
1. Masukkan tepung, marjerin, garam dalam bekas. Gaul-gaul bagi rata ye. 2. Panaskan minyak masak. Dah panas, masukkan dalam adunan tadi. 3. Kacau-kacau dengan senduk tau, kang melecur tangan. Bila dah kacau, baru guna tangan. Ramas-ramas tepung tu biar macam serbuk roti.
4. Kemudian masukkan air. Gaul dan uli sampai lembut. Yang guna sukatan cawan, jangan habiskan air terus. Tuang sedikit demi sedikit. Tak cukup tambah lagi. 5. Yang guna versi timbang, taka da masalah. Boleh masukkan terus air tu.
6. Uli sampai lembut. Terus buat. Kalau saya, saya biarkan dulu sejam. Nak bagi doh keluar minyak. Jadi lembut sikit nak buat. Tapi nak terus buat pun boleh, tak ada masalah. 7. Bab goreng tu ikut suka. Kalau nak berjerawat, pastikan minyak betul- betul panas. Kemudian, kecilkan api, baru masuk karipap. Timbul jerawat. 8. Yang suka licin, masukkan karipap semasa panas sikit-sikit. Selamat mencuba.
*Ini cara saya ye. Saya memang tak cairkan dengan minyak.
Kepak ayam madu sedap yang memang sesuai sangat diratah. Diperap dengan bahan-bahan yang membuatkan rasanya manis-manis pedas dah tentu ia akan diratah sampai ke tulang.
Sebab itu, menu ini disaran buat lebih supaya dapat menikmati keenakannya. Makan seketul memang tak cukup.
Cara buat kepak ayam madu, sedap diratah
Bahan-bahan
15 ketul kepak ayam
5 sudu besar madu
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos BBQ
1 inci halia (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Serbuk cili atau paprika secukup rasa
2 sudu besar gula perang atau gula putih
2 sudu besar minyak jagung atau butter cair
Serbuk Cukup Rasa
Pewarna merah (pilihan)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1.Campurkan semua bahan di atas dalam sebuah mangkuk besar. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
2. Masukkan kepak ayam ke dalam campuran perapan dan gaul rata. Pastikan semua kepak ayam dilapisi dengan baik.
3.Perap kepak ayam dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Untuk rasa lebih sedap, boleh perap semalaman!
4.Bakar kepak ayam dalam oven atau air fryer pada suhu 180°C selama 20-30 minit, atau hingga ayam masak sempurna dan sedikit garing.
TIP
-Untuk rasa lebih ‘kick’, boleh tambah lebih banyak serbuk cili atau paprika.
-Pastikan ayam dibakar dengan suhu yang sesuai agar kulitnya menjadi rangup.
Buah pelam muda memang sangat sedap kalau dimakan dengan kuah rojak. Begitu juga dengan buah lain misalnya nanas, sengkuang, pelam siam, jambu atau betik. Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencecah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mak-mak yang bekerja, korang masih boleh buat sup tulang walaupun balik sampai rumah ngam-ngam pukul 6.00 petang atau lebih, tapi masih teringin nak masak sup tulang atau buat bihun sup tulang. Sebenarnya anda boleh periuk tekanan sebagai cara paling cepat rebus tulang. Rebus 30 minit, daging dah empuk, tak perlu tunggu malah boleh bersambil buat kerja lain. Kalau rebus malam, kemudian simpan dalam peti sejuk. Balik kerja tinggal tumis dan reneh je sup. Kan senang, jimat dan cepat. Selain boleh dimakan bersama nasi, sup tulang juga boleh dimakan dengan aneka mi. Takda resipi, ini dikongsikan di sini.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
3cm halia | titik
3 ulas bawang putih | titik
1 batang serai
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak BAHAN PENUMIS:
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia muda | hiris memanjang BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Resipi Lobster Butter Cheese ini sesuai dihidang untuk hari-hari istimewa dengan keluarga seperti anniversary, hari jadi dan sebagainya.Sekali sekala makan mewah apa salahnya kan......