Menjelang beberapa hari lagi nak raya, sesiapa yang belum buat biskut raya,  masih sempat lagi kalau  nak buat ye.. Berikut RASA kongsikan lapan resipi biskut  yang sedap dan cantik dihiasi dengan gula Icing, pendek kata sekali pandang memang tergoda menjamahnya.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye!

BISKUT RESTU BONDA

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh vanila
  • 30gm serbuk badam
  • 40gm susu tepung
  • 30gm kelapa panggang
  • 40gm tepung beras
  • 100gm tepung gandum

BAHAN HIASAN:

  • Royal aising

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula aising dan vanilin. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk badam, susu tepung, kelapa panggang, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
  3. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canailan adunan dan terap dengan acuan kesukaan. Susun ke dalam loyang pembakar.
  5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  6. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
  7. Setelah aising keras, simpan dalam bekas kedap udara.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye!

BISKUT NOSTALGIA SYAWAL

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 70gm gula halus
  • 1 sudu kecil shortening
  • 1/2 biji kuning telur
  • 160gm tepung gandum
  • 30gm nestum | kisar halus
  • 30gm tepung jagung

BAHAN HIASAN;

  • Royal icing

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
  2. Masukkan nestum dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum.
  4. Uli hingga  menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan mengikut pilihan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan.
  8. Akhir sekali, hias dengan royal icing.
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye! 

BISKUT PULANG BERAYA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 100gm tepung gandum
  • 80gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 10gm conflakes | kisar
  • 10 kelapa kering
  • 1 sudu teh esen vanila

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula halus dan esen vanilla. Kacau rata.
  2. Masukkan conflakes kisar dan kelapa kering. Terus kacau rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canaikan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun ke dalam loyang pembakar.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing di atasnya.
  8. Jika belum sedia dihidangkan masukkannya dalam bekas kedap udara.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye! 

SUARA TAKBIR

BAHAN-BAHAN:

  • 110gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 20gm Crisco
  • 1/3sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu the lemon pes
  • 10gm tepung kastad
  • 160gm tepung gandum
  • 10gm tepung kentang

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega,Crisco, pes lemon dan gula aising.
  2. Masukkan semua bahan kering dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Canaikan adunan dengan acuan kesukaan dan susun ke dalam loyan.
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  5. Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal aising.
  6. Setelah royal icing keras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye!

 BISKUT SALAM LEBARAN:

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 170gm tepung gandum
  • 140gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 20gm conflakes kisar
  • 10gm cococrunh-kisar
  • 20gm tepung jagung
  • 1 sudu tehNescafe| bancuh dengan sedikit air

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula halus dan nescafe. Kacau sebati.
  2. Masukkan conflakes kisar, tepung jagungr dan cococrunch. Kacau rata lagi .
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canailan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun ke dalam loyang pembakar.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
  8. Setelah royal icing keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye! 

BISKUT WARISAN BONDA

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 10gm shortening
  • 1/2 biji kuning telur
  • 180gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 20 gm badam cincang

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Masukkan badam cincang. Kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
  8. Setelah royal icing sejuk, boleh simpan biskut dalam bekas kedap udara.

8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye! 

FITRI CERIA

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 56gm gula halus
  • 10gm shortening
  • 1/2biji kuning telur
  • 180gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1/4sudu teh serbuk penaik
  • 10 gm gajus | kisar halus

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau.
  3. Masukkan gajus dan adun lagi
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh dan terap dengan acuan kesukaan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
  8. Setelah royal icing keras, biskut sedia dihidangkan.

 8 Biskut Raya Sedap & Cantik, Masih Sempat Buat Ye!

RAMADAN TERAKHIR

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 170gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 10gm hazelnut | kisar halus
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh  pes kopi

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dan gula halus. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Masukkan hazelnut dan tepung jagung. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan.
  8. Hiaskan dengan royal icing.
  9. Bila royal icing keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI