Kuih Bakar tradisi ni memang unik dan mempunyai rasa asli. Bahan-bahannya tak banyak malah sangat mudah didapati. Cara memasaknya juga mengekalkan gaya lama. Namun jika tiada acuan bersesuaian, boleh sahaja guna acuan Kuih Cara, acuan muffin atau sebagainya dan masak menggunakan ketuhar atau dapur gas. Paling penting, rasa aslinya tetap sama. Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MASAK KUIH BAKAR TRADISI
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
3 1/2 cawan gula
1 kg santan pekat
3 cawan jus pandan ( kisar 20 helai daun pandan)
2 1/2 cawan air
4 biji telur gred A
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Dalam mangkuk besar yang bersesuaian, satukan semua bahan.
2. Adun hingga sebati dan tidak berketul. Jika perlu, boleh tapis adunan. (boleh juga campur dalam pengisar dan blend sebati)
3. Panaskan acuan dan oles sedikit minyak. Ia bertujuan supaya kuih masak dengan cantik dan tidak melekat.
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar hingga masak.
5. Untuk memasak Kuih Bakar, jika tiada dapur arang, boleh juga guna dapur gas, ketuhar dan lain-lain mengikut kesesuaian.
Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland • 1 biji tomato • 4 tangkai cili besar • 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas) • sedikit belacan • gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar) 3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk 4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Biasanya Kuih Cara perisa pandan je kan? Ha..ni Kuih Cara perisa jagung pula. Siapa yang gemar makan jagung, boleh cuba resipi ni. Pasti anda sukakannya.
KUIH CARA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A – dipukul
1/2 cawan jagung hiris – bubuh lebih pun boleh. lagi sedap
3 1/4 cawan santan
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla- boleh abaikan
Perisa jagung
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Kisar jagung hiris dengan 1 cawan santan. Jangan kisar terlalu halus. Tuang bahan kisar ke dalam bekas.
Kemudian satukan bahan-bahan lain dalam bekas berasingan. Gaul rata dan masukkan dalam blender. Kisar hingga sebati.
Tuang ke dalam jag saiz sederhana. Campurkan dengan jagung yang dikisar tadi. Kacau sebati.
Panaskan acuan Kuih Cara menggunakan api perlahan. Oles sedikit minyak.
Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sekejap baru dimasukkan sedikit gula. Tutup dengan tudung periuk.
Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan di bahagian tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan dengan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
Untuk adunan seterusnya, kacau dulu sebelum tuang ke dalam acuan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...