Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.

 

KUIH BADAK BERENDAM

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung pulut
  • Air kapur secukupnya
  • Sedikit pewarna hijau
  • Gula melaka – dipotong dadu kecil
  • Santan pekat secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung beras

( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)

 

CARA MEMASAK:

1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.

2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.

IKLAN

3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.

4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.

IKLAN

7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Irhana Canella

 

Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.

IKLAN

 

Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Koleksi Resipi Kek Lama Paling Popular & Digemari Ramai.

Resipi Kek Ribut Viral Penuh Limpahan Coklat. Memang Sedap!

Kek Viral, No Bake Lotus Biscoff Cheesecake, Sedap Sungguh!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official