Sedapnya Kuih Kaswi. Lembut, lemak manis dan makan pula dengan kelapa parut, memang buka selera. Bagi anda yang nak cuba belajar buat kuih ni, resipi Kuih Kaswi Gula Merah perkongsian opah Mas Cotek tentunya antara yang terbaik yang boleh dicuba.

Resipi ni hasilnya memang lembut dan bergoyang. Bila dah sejuk pun masih lembut. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK KUIH KASWI GULA MERAH PALING SEDAP

IKLAN

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah Bergedik Paling Sedap

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 5 cawan air
  • 3/4 sudu teh kapur makan – campur dengan 3 sudu makan air
    (Guna cawan metrik untuk sukatan yang tepat)

CARA MEMASAK:
1. Daripada 5 cawan air, panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan.
2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama bahan-bahan lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.
3. Jangan terlebih guna air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.
4. Didihkan air dalam periuk kukusan dan alas penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.
5. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.
6. Kukus kuih guna api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang digunakan.
7. Bila kuih masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
8. Gaul potongan Kuih Kaswi dalam kelapa muda parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula ( jika suka). Boleh juga gaul dengan kelapa parut kosong kerana kuih sudah mempunyai rasa manis.

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah Bergedik Paling Sedap
9. Sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah Bergedik Paling Sedap

 

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI