Sedapnya Pau Sambal ni. Kalau makan masa minum petang, aduhhh…alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT PAU SAMBAL HOMEMADE

Resipi Pau Sambal Sedap, Mudah & Kurang Berminyak.

BAHAN A:

  • 1 1/2 cawan air suam kuku
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu makan gula pasir
    (Satukan semua
    bahan dalam satu bekas. Kacau dan biarkan anggaran 5 – 6 minit)

BAHAN B:

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh double action baking powder (guna baking powder biasa pun boleh)
  • 1/2 sudu teh baking soda (untuk effect rangup pada kulit pau)
    (Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi seakan serbuk)

CARA MEMASAK:
1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit. Peram dalam bekas bertutup selama 10 minit.

2. Tabur tepung dalam talam. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki.
3. Tekan sikit atas doh tu. Susun dalam talam dan buat hingga siap dan habis adunan tepung. Peram lagi doh selama 18-20 minit.

Resipi Pau Sambal Sedap, Mudah & Kurang Berminyak.
4. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng doh hingga garing dan keperangan menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya doh masak sekata.

Resipi Pau Sambal Sedap, Mudah & Kurang Berminyak.

RESIPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)

Resipi Pau Sambal Sedap, Mudah & Kurang Berminyak.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 genggam ikan bilis – digoreng & toskan
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3- 4 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak dan cili berubah warna.
3. Masukkan sos cili. Kacau seketika. Masukkan bawang hiris, ikan bilis serta air.
4. Bila sambal sudah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa dengan secukupnya.
5. Angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama pau yang dimasak tadi.

Resipi Pau Sambal Sedap, Mudah & Kurang Berminyak.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

JOM CUBA MENU NI UNTUK MINUM PETANG:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI