Untitled design (84)

Pau cendawan memang tak jemu dimakan. Selain rupanya menyerupai cendawan, dek sapuan coklat di atasnya intinya juga menyebabkan ia enak dimakan. Lagi pulak makan panas-panas.

Ni resipi pau cendawan yang gerenti laku keras oleh Tahrunnisah Jali.

PAU CENDAWAN LAKU KERASPau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
BAHAN-BAHAN :

Bahan buat pau :
Bahan A :

  • 350gm tepung pau
  • 1 1/2 sudu besar shortening (shortening menjadikan pau putih)
  • 2 sudu kecil double acting baking powder (sesuai tuk pau)
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil bread softner (kalau takde takpe) kalau ada pau kita jadi lembut gebu je
  • 1 sudu besar susu pekat

Bahan B

  • 2 sudu kecil yis
  • 3/4-1 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula

CARA MEMASAK :
Cara masak pau :
1. Bahan B dicampur bersama dan letak dlm satu cawan/bekas besar dan tutup permukaannya dan biarkan selama 5 mnt

2. Gaul Bahan A kecuali shortening digaul sebati terlebih dahulu dan masukkan shortening gaul sebati (seperti breadcrumb) baru tuang air yis sedikit demi sedikit . Uli sehingga tak melekat ditangan dan lembut .

3. Uli jangan terlalu lama ye..uli hingga adunan sebati je

4. Perap doh selama 15 mnt suhu suam2 je (perap doh pau ni mesti kene tutup kira takde angin boleh masuk..tak kisah nak perap dlm plastik ke atau tupperware atau tutup ngan kain lembap

5. Bulat2 kan doh (dlm 25-30gm) kemudian leper kan ia dan masukkan inti dan tutup balik. dan bulat2 semula hingga permukaan tu licin dan alas atas plastik yg dipotong kecil.

6. Letak terus atas bekas kukusan tu tp jangan kukus lagi tau..saya terus letak atas bekas tu supaya hasil pau cantik bulat je. tak payah nak pindah2 bagai. buat sekali dengan tangkai cendawan sekali ..ambil sikit buat bentuk silinder.

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.

IKLAN

6. Dah siap utk satu loyang kukusan terus sapu permukaan pau dgn berus. jgn nipis dan jangan terlalu tebal…

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
.

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
7. Perap adunan semula (tutup permukaan loyang) selama 20-25 sehingga pau merekah .saya taruh kat luar rumah

8. Sebelum tu kita harus panaskan dulu periuk kukusan kita . kukus pau selama 12 mnt dah siap buka penutup sikit je untuk keluarkan wap dulu kemudian baru keluarkan loyang kukusan yang ada pau tu.

9. Buat lubang tengah2 celup stem (batang) pada adunan koko tadi dan masukkan dlm lubang …buat sampai habis dan kukus balik selama 3 minit

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.

10. Sendeng pau mcm dalam gambar masa nak kukus balik tu …Siap!

IKLAN

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
Bahan Inti Mushroom Cheese:

  • 2 biji bawang besar potong dadu
  • 3 ulas bawang putih potong dadu
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 keping dada ayam potong dadu
  • 10 biji cendawan shitae yang dikembangkan dulu bagi lembut dgn air panas kemudian potong kecil2
  • garam
  • lada besar potong dadu
  • 1 sb serbuk pati ayam

Bahan sos putih”

  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 3 keping cheddar cheese

Cara masak inti mushroom cheese :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan dada ayam dan cendawan shitae serta serbuk pati ayam. biarkan sampai air nya kering ..perisakan dgn garam sedikit dan masukkan lada besar . tutup api, ketepikan.

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
Cara masak sos putih:
1. Panaskan mentega dan masukkan gandum kacau sekejap
2. Masukkan susu segar dan kacau lagi kemudian baru masukkan cheese.
3. Dah agak likat sos putih tu kita masukkan dlm adunan mushroom tadi kacau sekata masak shingga ia agak2 kering sedikit. biarkan ia sejuk baru boleh masukkan dlm doh.

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
* Sapuan koko Tahrunnisah ambil dari resipi kak Ida Osman

Bahan topping/sapuan koko :

  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 5-6 sudu besar air

*kacau sebati adunan ni dan guna berus tuk sapu pada permukaan cendawan nanti.
*Adunan coklat utk disapu atas permukaan pau nanti. jangan cair dan jgn terlalu pekat adunan coklat utk disapu atas permukaan pau nanti. jangan cair dan jgn terlalu pekat

IKLAN

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.
.

*tip nak bagi pau licin
1. Lepas masuk inti uli sehingga dapat permukaan yang licin
2. Tutup periuk kukusan dengan kain yang serap air
3. Masa pau dah masak bukak sikit je dulu penutup kukusan supaya wap nya keluar dulu ..baru boleh angkat loyang kukusan tu..(periuk kukusan saya ada 3 bahagian satu bahagian air, satu lagi bahagian letak pau dan last skali penutup)

Pau Cendawan Gebu Dengan Inti Sedap Berkeju.

Kredit foto dan resipi : tahrunnisah jali

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Pau Mawar Cantik Rupa, Sedap Dan Gebu Rasanya.

DAN JUGA PETUA INI :

Cara Adun Doh Pau Homemade Paling Mudah & Sedap

JOM SEMAK VIDEO INI :

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI