Sedap Kerepek Ngaku @ Arrowhead ni. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku @ Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Lina Wanadee ni. Rasanya rangup, lemak-lemak manis memang sedap. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalah. Memang mudah resipi ni. Selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD YANG MUDAH, SEDAP & RANGUP
1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Jangan buang tangkainya.Kemudian toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.
2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.Masukkan sedikit garam.
3. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.Goreng dengan keadaan minyak terendam.
Ads
4. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO: Sagat terus Ngaku dalam minyak. Jika disagat awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sama sendiri dan tidak terlerai masa digoreng. Hasilnya, kerepek jadi tidak rangup.
Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Paling penting ia sedap dan buka selera. Jom lihat resipinya.
CARA POPIA CARBONARA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi ayam – potong dadu
1 paket sosej – hiris
1 biji bawang besar – potong dadu
1 batang lobak merah – dadu halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan mentega atau marjerin
Keju cheddar parut secukupnya
1 cawan susu penuh krim atau susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang besar hingga wangi. 2. Masukkan isi ayam, sosej, lobak merah dan lada hitam. Gaul lagi hingga isi ayam masak. 3. Tambahkan air, susu dan keju. Kacau sebati. Tambahkan juga bancuhan tepung gandum. 4. Akhir sekali, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.Padam api dan biarkan inti sejuk.
5. Untuk menggulung popia, ambil 2 keping kulit popia dan sudukan inti dengan secukupnya.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
7. Popia ini juga boleh disejukbekukan. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh digoreng pada bila-bila masa.
Resipi Berasaskan brokoli ini bukan saja sedap. Malah berkhasiat tinggi. Sebenarnya brokoli yang dianggap sebagai ‘super food’ ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan.
Kali ini, dikongsikan tiga resipi berasaskan brokoli. Selamat mencuba.
Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Bagi penggemar Loaded Potato Bowl KFC, anda boleh buat sendiri snek kegemaran ini di rumah anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Shahrul Bieha. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Lihatlah hasilnya. Seakan sama seperti yang dibeli. Buat sendiri ni tentunya lebih puas hati dan jimat. Betul tak? Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kentang putar, kupas kentang dan rebus hingga lembut. 2. Lenyekkan, letak mentega, susu dan tambah serbuk lada hitam dengan secukupnya. Perasakan dan gaul sebati. Ketepikan. 3. Untuk membuat ayam popcorn, pecahkan telur dan pukul. 4. Celup isi ayam ke dalam telur dan salutkan dengan tepung goreng serbaguna @ ikut arahan seperti pada paket tepung. 5. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 6. Untuk jagung pula, rebus jagung dan gaulkan dengan sedikit gula. Ketepikan. 7. Untuk sos pula, larutkan serbuk keju dengan air panas @ ikut arahan pada paketnya. Serbuk keju ini boleh dibeli di kedai bakeri. 8. Untuk menghidang, letak satu senduk kentang putar ke dalam bekas. 9. Lapiskan dengan mayones dan sos keju. 10. Lapiskan sekali lagi dengan kentang putar, mayones, sos keju, ayam popcorn dan jagung. 11. Loaded Potato Bowl ala KFC siap disediakan dan bolehlah dinikmati.