Sedapnya murtabak! Selalu kalau teringin pergi cari kat pasar malam jer atau pun kat restoran mamak. Jarang nak jumpa murtabak kalau bukan di bulan puasa ni.
Untuk peminat Murtabak! peminat Cheese? Hanya ada di Meru, Klang, gabungan kebaboom Murtabak Ayam Cheese atau Murtabak Daging Cheese ni pasti menambat hati korang. Cheese Mozarella selambak memang padu. Murtabak dia pulak tebal padat dengan isi. Bila sekali ngap, memang nak ngap tak berhenti. Ketagih beb! Harga sangat berbaloi. Murtabak cheese PADU RM6 jer. Murtabak ayam/daging biasa RM3 jer.
Kat sini juga ada produk frozen. Korang kena try Roti Bom Nutella dia. Perghh!!
Jom ramai-ramai serbu gerai murtabak ni.
D’tebar Murtabak
Lokasi: Lot 1935, Jalan Nenas, Meru, Klang
Operasi gerai: 3pm – 7pm (tutup setiap Rabu)
Operasi frozen: Open order setiap hari
Pertanyaan/Hubungi: 014-9743080
Boleh jugak korang cuba resipi Murtabak Mini Popia ni sedap tau!
IKLAN
Murtabak Mini. (Kulit Popia)
Bahan-bahan:
IKLAN
Inti
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Cara memasak inti.
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini….
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je…. saya tak suka minyak banyak. Jadi….ikut selera masing2 ya.
5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia… bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak…. makan… memang sedap. 😂😂😂
Biji-bijian yang asalnya adalah dari biji benih mempunyai segala khasiat mencukupi untuk ia tumbuh membesar menjadi tumbuh-tumbuhan. Jadi bila dijadikan makanan dan snek ringan memang penuh nutrisi.
Eloknya dipanggang atau disangai aje, jangan pula ditambah gula. Buat sendiri lagi terbaik, beli biji-bijian mentah buat sendiri, Dah tentu tak ada perasa, gula atau garam berlebihan. Barulah kekal khasiatnya.
Snek ringan ini memang kaya dengan sumber serat. Ia juga mengandungi asid lemak tak tepu iaitu asid lemak sihat monounsaturated dan lemak polyunsaturated serta banyak kandungan vitamin, mineral dan anti oksidan.
Ia boleh menjadi sebahagian amalan diet sihat terbaik yang dipercayai boleh mengurangkan paras gula darah, kolestrol dan tekanan darah. Jom semak 6 biji-bijian super sihat nih :
*RDI merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi untuk keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
1. FLAXSEEDS ( Biji flaks )
Flaxseeds adalah sumber serat dan asid lemak omega 3 yang baik terutamanya asid alpha linolenic (ALA). Bagaimanapun asid lemak omega 3 ini hadir dalam kulit luar biji yang sukar dihadam oleh manusia. Cara terbaik eloknya dimakan flaxseed yang sudah dikisar (serbuk).
Flaxseeds juga mengandungi beberapa polyphenols berbeza terutamanya lignan yang bertindak sebagai anti oksidan di dalam tubuh.
Lignan seperti juga serat dan lemak omega 3 kesemuanya membantu mengurangkan kolestrol dan beberapa faktor risiko penyakit jantung. Kajian mendapati flaxseeds boleh menurunkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam badan.
Terdapat kajian yang menunjukkan ia boleh menurunkan tekanan darah jika dimakan setiap hari selama lebih dari 12 minggu. Khasiat lain ia juga dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser.
Lignan di dalam flakseeds juga mengandungi phytoestrogens yang mempunyai persamaan dengan hormon estrogen wanita jadi ia boleh mengurangkan pertumbuhan tumor kanser payu dara. Juga ia diyakini dapat mengurangkan paras gula darah dan mengurangkan risiko diabetis.
2. BIJI CHIA
Pernah dengar biji chia. Anda boleh juga memasukkan dalam minuman. Kaya dengan serat dan omega 3 di samping nutrisi lain.
Seperti flaxseeds ia juga dikatakan mengandungi antioksidan penting polyphenols. Menariknya terdapat kajian yang menyatakan biji chia boleh meningkatkan paras ALA iaitu asid lemak omega 3 yang boleh menurunkan keradangan.
Biji Chia juga dipercayai dapat menurunkan paras gula darah. Biji chia yang sudah dikisar menjadi serbuk boleh dimakan sebaik selepas makan untuk menurunkan gula darah dengan lebih efektif.
Manfaat lain adalah ia boleh mengurangkan selera makan , baik untuk mereka yang berdiet. Dan boleh mengurangkan penyakit jantung.
Lebih mengagumkan biji chia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan akibat bahan kimia yang diambil oleh tubuh.
3. BIJI BIJAN
Di negara barat dan Timur Tengah bijan dikenali sebagai tahini.
Setiap 28gm bijan mengandungi nutrisi :
Kalori : 160 Fiber/ serat : 3.3 gm Protein : 5gm Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu) : 5.3gm Omega 6 : 6gm ‘Copper’ : 57% daripada RDI Manganese : 34% daripada RDI Magnesium : 25 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga mengandungi banyak lignans, dan salah satunya disebut sesamin. Sebenarnya bijan adalah sumber terbaik lignans. Sesamin dalam bijan boleh bertukar menjadi sejenis lignan yang lain iaitu enterolactone oleh bakteria baik dalam usus. Ia bertindak seperti hormon seks estrogen yang berkait boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser payu dara.
Ada kajian yang menyatakan wanita pos-menopos yang memakan 50gm serbuk bijan setiap hari selama lima minggu dikatakan mengalami kadar penurunan kolestrol dalam darah dan meningkatkan status hormon seks.
Bijan juga dipercayai menurunkan keradangan dan ketegangan oksidatif termasuk arthritis dan kerosakan otot.
4. BIJI LABU
Biji labu rasanya lemak manis memang jadi kegemaran. Tapi bukan yang putih tu ya, yang masin betul tu. Tu dah diproses
Ia sumber yang kaya dengan fosforus, lemak monounsaturated dan Omega 6.
Setiap 28gm biji labu mengandungi nutrisi :
Kalori : 151 Fiber : 1.7gm Protein : 7gm Lemak monounsaturated (lemak tak tepu) : 4gm Lemak Omega 6 : 6gm Manganese : 42% daripada RDI Magnesium : 37% daripada RDI Fosforus : 33% daripada RDI
Biji labu adalah sumber yang baik mengandungi phytosterols yang boleh membantu menurunkan kolestrol darah.
Dikatakan mereka yang mengambil biji labu dan biji bunga matahari menunjukkan pengurangan risiko kanser payu dara. Dan juga mengurangkan risiko batu karang dengan menurunkan jumlah kalsium dalam air kencing.
Kajian menunjukkan minyak biji labu boleh membantu memperbaiki simpton gangguan prostat dan pundi kencing. Di kalangan wanita post menopos pula baju labu juga dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL kolestrol (baik) dan mengatasi masalah simpon menopos.
5. BIJI BUNGA MATAHARI
Biji bunga matahari mengandungi jumlah protein, lemak mounounsaturated, dan Vitamin E.
Setiap 28gm biji bunga matahari mengandungi nutrisi :
Kalori : 164 Fiber/serat : 2.4gm Protein : 5.8gm Lemak monounsaturared (lemak tak tepu) : 5.2gm Lemak Omega 6 : 6.4gm Vitamin E : 47% daripada RDI Manganese : 27% daripada RDI Magnesium : 23% daripada RDI
Biji bunga matahari sering dikaitkan dengan penurunan keradangan di kalangan orang pertengahan usia dan warga emas. Bijian ini dikatakan boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Terdapat kajian yang mendapati memakan biji labu boleh mempengaruhi parass kolestrol darah di kalangan wanita post menopos yang mengalami diabetes tahap 2.
Didapati diet biji bunga matahari mengurangkan triglycerides di dalam darah lebih dari memakan badam. Bagaimana pun, biji bunga matahari juga turun menurunkan paras HDL kolestrol (baik), bermakna ia mengurang kan kedua-dua kolestrol baik dan jahat.
Kesemua biji-bijian ini juga boleh ditambah ke dalam salad, yogurt, sajian oat dan ‘smoothies’ selain dijadikan snek ringan.
Bila sebut pasal Kebab Daging, pasti ramai yang menggemari snek jalanan ini. Andai ke pasar malam, ia merupakan salah satu menu yang mudah didapati. Sedap dan mengenyangkan, pasti ramai yang teringin nak makan Kebab Daging yang sedap. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Noratiqah Nordin. Nampak mudah dan masaknya juga tidak perlu masa yang lama. Wow… Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tidak ada masa yang lama di dapur. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KEBAB DAGING ALA PASAR MALAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang secukupnya Kubis – potong hancur Timun – potong memanjang Sos cili secukupnya – beli online disini Mayones secukupnya – beli online disini Minyak masak – beli online disini Roti pilihan – boleh guna Roti Kebab, Roti John atau Roti sandwich