Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potassium. Oleh itu pisang boleh dipelbagaikan  dibuat kuih muih, dessert dan juga kek yang sedap dan mudah disediakan, sebab itu ia sangat sesuai kalau korang jadikan  kudapan untuk dijadikan menu pot luck atau bekal anak ke sekolah. Nak tahu apa sahaja menunya,  berikut RASA kongsi 4 resipi yang sungguh sedap.

Ada Banyak Pisang Kat Rumah, Ini 4 Resipi Sedap Yang Boleh Korang Cuba.

NUGGET KEJU PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang berangan
  • 100gm tepung gandum
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 150gm keju parut
  • Secubit garam
  • Sedikit air

BAHAN LAPISAN NUGGET:

  • 3 sudu makan tepungi jagung
  • 3sudu makan tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
  2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
  3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
  4. Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
  5. Tambahkan keju dan kacau rata.
  6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.
  7. Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
  8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
  9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
  10. Bancuh tepung jagung sedikit cair.
  11. Panaskan minyak dalam kuali.
  12. Celupkan nugget dalam bancuah tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
  13. Goreng atas api sederhana hingga kekuningan.
  14. Angkat dan sedia dihidangkan

 Ada Banyak Pisang Kat Rumah, Ini 4 Resipi Sedap Yang Boleh Korang Cuba.

MUFFIN OAT PISANG COKLAT CHIP

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji pisang | lenyek hingga halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan oat
  • 1/2 cawan choklat chip
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • Secubit garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda, serbuk baking powder dan secubit garam.
  3. Kacau hingga semuanya sebati.
  4. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan minyak jagung, pisang yang dileceh dan esen vanilla. Kacau rata hingga sebati.
  5. Masukkan bahan tepung dalam mangkuk campuran pisang, sambil kacau rata.
  6. Campurkan coklat cip, kaup balik.
  7. Susun cawan kertas, dan suduk adunan dalamnya 3/4 cawan. Taburkan coklat cip di atasnya.
  8. Bakar lebih kurang 15-18 minit.
  9. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
  10. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.

Ada Banyak Pisang Kat Rumah, Ini 4 Resipi Sedap Yang Boleh Korang Cuba.

KEK PISANG BADAM COKLAT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5 biji pisang berangan | lecek
  • 1 cawan gula perang
  • 150gm badam cincang | goreng sangai
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN AYAK BERSAMA:

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN COKLAT:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu makan mentega
  • 1/2 cawan air suam
  • Secubit garam

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhara pada suhu 18oC api atas bawah.
  2. Sediakan loyang pembakar. Kemudian lenser dengan mentega dan alas kertas minyak.
  3. Kisar gula, telur, minyak di dalam ‘blender’ hingga putih(3-5 minit).
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
  5. Masukkan pisang, esen pisang dan vanilla. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang.
  7. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  8. Setelah kek masak, sejukkan.
  9. Sediakan sos coklat. Masukkan dalam periuk semua bahan sos.
  10. Kacau rata, hingga sebati dan berwap. Tutup api.
  11. Tuangkan atas kek coklat, kemudian taburkan badam cincang yang telah disangai.
  12. Sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.

Ada Banyak Pisang Kat Rumah, Ini 4 Resipi Sedap Yang Boleh Korang Cuba.

IKLAN

APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan pisang | lenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 minyak jagung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 2 biji pisang | hiris bulat untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarabonat.
  2. Masukkan pisang lenyek, gula dan secubit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula minyak, gaul rata lagi.
  4. Sudukan adunan dalam acuan. Hias di atasnya dengan hirisan pisang.
  5. Kukus selama 15 minit dalam kukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
  6. Setelah sejuk, ia sedia dihidangkan.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI