Snek ringan yang sihat untuk keluarga anda dan sesuai dihidangkan bila-bila masa. Sangat mudah hanya gunakan kulit popia yang sedia ada dengan mengolah inti istimewa kacang peas dan isi ayam.
HOT & SPICY CHICKEN CHICKPEAS POPIAH
BAHAN-BAHAN:
Ads
200 gram kacang kuda rebus
Olive oil
5-6 biji hirisan bawang rose **
5-6 ulas parutan bawang putih **
Daun kari ( banyak ) **
7 biji hirisan cili padi **
250 gram mince chicken / ayam hancur
1 sudu kecil serbuk cili ***
1 sudu kecil serbuk kari ***
1 sudu kecil serbuk perasa ayam ***
Garam (kalau masih belum masin )
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan bertanda ** menggunakan olive oil
2. Selepas itu diikuti bahan bertanda ***
3. Masukkan mince chicken
4. Masukkan kacang kuda
5. Masukkan garam
6. Siap!
Ads
INFO: Kalau tiada air fryer boleh sahaja goreng sepertia biasa.
Salah satu cara untuk menikmati tauhu secara lebih sedap dan enak. Anda anak-anak tak suka tauhu, menu ni pasti mengubah persepsi mereka. tengok sahaja pun dah terasa kenikmatannya. Jom cuba!
BERGEDIL TAUHU
BAHAN-BAHAN:
Nota:Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
CARA MEMASAK:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3. Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentu X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
5. Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. ( minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.)
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Sesekali masak Oden untuk keluarga, memang sedap. Rahsianya terletak pada kuah. Jika padu kuah Oden ni, memang padu. Bagi anda yang sukakan menu ini, ada satu resipi perkongsian saudari Mamaa Sal yang cukup mudah. Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas. Pasti berselera makan bersama suami dan anak-anak. Jom cuba!
1.Potong semua jenis bebola steamboat. Jika memang bersaiz kecil, tidak perlu potong.
2. Masukkan pes Thai tomyam dan perencah Asam Pedas ke dalam periuk yang berisi air. Sukatan air ikut sebanyak mana yang kita mahu dan berapa ramai yang nak makan.
3. Kalau suka pedas, lebihkan pes tomyam. Untuk resepi ni empunya resipi guna pes Thai tomyam. Ia sudah cukup rasa dan tidak perlu tumis lagi.
4. Jika tiada, boleh guna bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah iaitu guna perencah Tomyam Adabi. Cuma perlu tambah perasa yang sesuai.
5. Bila air sudah mendidih, masukkan semua bebola steamboat dan daun limau purut. Jangan lupa rasa dulu supaya cukup rasa. Ubah ikut cita rasa jika mahu lebih pedas, masam dan masin.
6. Bila sudah mendidih, padamkan api. Jangan rebus terlalu lama untuk elak bebola kembang.
7. Sedia dinikmati bersama keluarga. Boleh makan bersama udon, yee mee atau pun kueh teow.
Sup Ayam Kurma Merah & Goji Berries kaya dengan protein, antioksidan, vitamin dan mineral yang membantu mengembalikan tenaga, menyokong imuniti serta menghangatkan badan.