Siapa tak suka dengan kek mentega, walaupun plain tapi rasanya tidak menjemukan. Bahan yang digunakan mudah didapati. Memang boleh buat selalu , minum pula dengan kopi panas memang padulah.
KEK MENTEGA 250gm mentega-BELI ONLINE DI SINI 200gm gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 5 biji telur gred A 230gm tepung naik sendiri (ayak) 50gm susu segar( sukat guna gram) Esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.
5.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
6.Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat. Bakar api atas bawah pada suhu 160 darjah celsius (bergantung oven masing-masing)
Bagi anda yang masih bercuti sempena Tahun Baru Cina, boleh lah mencuba biskut coklat rice untuk kudapan masa berkumpul ahli keluarga. Kaya dengan rasa koko dan nestum yang rangup memang cepat habis sebalang ni.
Bagi memewahkan lagi rasa coklatnya, bolehlah disapu coklat masaskan dan ditabur coklat rice di atasnya, memang legend lah biskut nih
1.Kacau mentega +gula aising hingga sebati, pakai senduk sahaja jangan guna mixer, kacau sekejap tak perlu lama nanti dia kembang pulak
2. Masukkan telur, susu tepung, dan nestum dan kacau lagi
3. Masukkan koko, tepung gandum, tepung jagung dan kastad, yg dh ditapis. (masuk sikit2 hingga x melekat di Tgn) Gaul sebati , kalau lembik lagi tambahkan tepung gandum.
4. Tekapkn guna acuan, bakar hingga masak.
5. Bila dah sejuk, celupkan coklat dan tabur coklat rice
6. Biar coklat keras baru simpan dalam balang biskut.
SELAMAT MENCUBA
Kredit eida nish
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Penggemar Kek Pisang Moistharus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu) 1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi 4 biji telur gred A 1 cawan minyak jagung – beli online disini 3/4 cawan gula kastor – beli online disini Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini Secubit garam 1½ cawan tepung gandum – beli online disini 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah. 2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan. 3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan. 4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan. 5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit. 6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala. 7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit. 8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata. 9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis. 10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.
Nota: 1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek. 2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.
Kek lapis bolehlah dikatakan sebagai kek orang lama. Membuatnya memerlukan kesabaran. Pun begitu, kek lapis tetap ramai peminatnya.
Dikatakan kek lapis mempunyai cita rasa yang amat memikat kerana bergabung antara rasa masam, manis dan berlemak.
Kek lapis masam manis adalah salah satu kek lapis yang popular dan mempunyai ramai peminat. Melalui usahawan Kek Lapis Ijan, Shahizan Mokhtar, RASA dapatkan resipi kek lapis masam manis yang merupakan kek lapis paling laris jualannya.
BAHAN A
14 biji kuning telur ayam
6 biji telur ayam
200 gram gula kastor
1 sudu besar ovalette
Sedikit esen vanilla
60 gram ais sejuk
BAHAN B
500 gram mentega
5 sudu besar kaya
100 gram susu pekat manis
BAHAN C
200 gram tepung gandum
50 gram Horlicks
BAHAN D
Haw Flakes (bulat / petak)
Pewarna kuning
Pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Pukul BAHAN A sehingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul BAHAN B sehingga kembang. Kemudian masukkan BAHAN C sedikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan sebati.
3. Apabila sudah sebati, masukkan BAHAN B dan BAHAN C yang telah dipukul tadi ke dalam BAHAN A. Kaupkan sehingga adunan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diletakkan pewarna hijau. Satu bahagian lagi pewarna kuning.
5. Panaskan oven terlebih dahulu. Guna api atas dulu (untuk 3 lapisan awal). Suhu 240 darjah selsius. Tray tengah.
6. Guna loyang 9″x 9″. Masukkan adunan dari warna hijau dahulu (1/2 cawan) dan ratakan. Kemudian masukkan ke dalam oven. Bakar 5 minit. Sentiasa pantau supaya tidak hangus. Angkat.
7. Kemudian tekapkan dengan penekap kek supaya kek rata.
8. Ulang langkah yang sama pada adunan hijau yang kedua.
9. Pada adunan ketiga, baru letak haw flakes. Susun cantik-cantik dan penuh baru ada rasa masam manisnya. Ulang langkah yang sama, pada setiap adunan ketiga.
10. Keluarkan. Alih tray ke bawah. Masukkan adunan keempat. Tukar warna kuning pula. Lakukan langkah yang sama. Buat 3 lapis hijau, 3 lapis kuning. Ulang sehingga habis.
11. Untuk adunan terakhir, turunkan suhu ke 200c. Bakar hingga kek masak. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
Membuat kek lapis sememangnya memerlukan kesabaran. Itulah keistimewaan kek lapis. Jika anda ‘terasa penat’ hanya dengan membaca resipi kek lapis ini kerana mengulang langkah selapis demi selapis kek, bolehlah buat saja pesanan daripada usahawan kek lapis, Kek Lapis Ijan di laman facebook Ijan Homemade Cookies.
Ada caranya untuk membersihkan lendir dan hilangkan bau hanyir pada ayam segar yang dibeli. Bukan apa, jika ayam tak dicuci dengan bersih, memang akan berbau dan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.