Bagi anda yang masih bercuti sempena Tahun Baru Cina, boleh lah mencuba biskut coklat rice untuk kudapan masa berkumpul ahli keluarga. Kaya dengan rasa koko dan nestum yang rangup memang cepat habis sebalang ni.
Bagi memewahkan lagi rasa coklatnya, bolehlah disapu coklat masaskan dan ditabur coklat rice di atasnya, memang legend lah biskut nih
1.Kacau mentega +gula aising hingga sebati, pakai senduk sahaja jangan guna mixer, kacau sekejap tak perlu lama nanti dia kembang pulak
2. Masukkan telur, susu tepung, dan nestum dan kacau lagi
3. Masukkan koko, tepung gandum, tepung jagung dan kastad, yg dh ditapis. (masuk sikit2 hingga x melekat di Tgn) Gaul sebati , kalau lembik lagi tambahkan tepung gandum.
4. Tekapkn guna acuan, bakar hingga masak.
5. Bila dah sejuk, celupkan coklat dan tabur coklat rice
6. Biar coklat keras baru simpan dalam balang biskut.
Ads
SELAMAT MENCUBA
Kredit eida nish
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau korang biasa makan dangai bakar, boleh cuba buat dangai kukus ni. Mak oii. Memang sedap rupanya.
Dangai kukus Bahan-bahan: 3 cawan kelapa parut putih saja.Kalau dapat yang agak muda lagi sedap. 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan gula halus Secubit garam
Cara memasak: 1.Gaul sebati. 2.Masuk dalam acuan lompang. Buat lubang sikit. Boleh letak coklat ataupun gula melaka.Kukus 10 minit.
Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila=bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
BAHAN-BAHAN:
1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sosn yang dikehendaki.
Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Bosan berlaukkan daging dengan ayam, anda cuba pula seafood . Kalau korang nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu seafood yang sedap dan senang cara memasaknya, sesuai untuk sahur mahupun berbuka.
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.