Selalu kalau masak kari mesti Kari Ayam atau Kari Ikan yang menjadi pilihan. Kali ini, jom kita buat Kari Sotong pula. Sotong yang lembut bila digabung dengan kuah kari, memang lain macam sedapnya. Tambah pula dimakan dengan nasi putih panas-panas, confirm licin sepinggan. Jom cuba.
KARI SOTONG
Bahan-bahan:
7-8 ekor sotong | saiz sederhana
½ sudu kecil halba campur
3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 inci halia | ditumbuk
½ sudu besar jintan manis & ketumbar | sangai & kisar
2 paket kecil rempah kari ikan
2 sudu besar air asam jawa | ikutlah nk masam mana
Air secukupnya | utk menumis & kuah
200ml santan kelapa
Garam & gula secukup rasa
½ sudu kecil mushroom seasoning
Bendi
1 biji tomato | dibelah 4
1 biji cili merah | dibelah 2
Cara Memasak:
Masukkan serbuk kari ikan ke dalam mangkuk dan tambahkan air. Gaul rata.
Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumiskan halba campur dan bawang merah. Tumis seketika lalu masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Gaul sebati.
Kemudian, masukkan daun kari lalu gaul rata.
Masukkan jintan manis dan ketumbar yang telah disangai dan dikisar.
Masukkan rempah kari yang telah dibancuh. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit. Ulang step hingga 3-4 kali hingga rempah pecah minyak cantik.
Masukkan air asam jawa, gaul lalu masukkan santan kelapa. Gaul sebati.
Tambahkan mushroom seasoning dan garam secukupnya.
Masukkan sotong yang telah dibersihkan.
Bila sotong dah masak, masukkan bendi dan cili merah. Bila bendi dah agak masak, masukkan tomato.
Kari Sotong sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya Masak Lemak Cili Api Siput Belitong campur Daun Kaduk ni. Siput Belitong ini juga dikenali dengan nama siput sedut. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk memproses siput ini dari awal. Menerusi perkongsian saudari Yatie Yuyue, beliau kongsikan cara-cara menyiang Siput Belitong hinggalah ke proses memasaknya. Selamat mencuba!
CARA SIANG SIPUT SEDUT & MASAK LEMAK CILI API
BAHAN CUCI SIPUT: Siput sedut / siput belitong Kelapa parut Garam kasar – beli online disini Daun limau purut
BAHAN-BAHAN MASAK: Daun kaduk – lagi banyak lagi sedap 1 biji bawang holland – beli online disini 8 biji bawang merah kecil – beli online disini Segenggam cili api 3 batang serai – diketuk Asam keping – beli online disini 1 ketul kunyit hidup 1 kotak santan – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan lumpur pada siput. Kemudian letak dalam bekas berisi kelapa parut.
2. Biarkan siput memakan kelapa parut yang tidak dicampur denga napa-apa bahan lain selama semalaman. Ia akan menjadikan siput lebih berisi, berlemak dan berjus.
3. Selepas semalaman, bila siput sudah makan kelapa parut, ia kana mengeluarkan kotoran selut, pasir, dan sebagainya. Barulah lebih bersih dan rasa enak bila dimasak.
4. Bersihkan siput dari kelapa parut tadi. Letak dalam bekas, isi air, garam kasar dan daun limau purut untuk mengeluarkan lendir.
5. Biarkan selama 10 minit kemudian ramas-ramas siput bersama daun limau purut. Tapis.
6. Untuk menyiang siput, lakukan sebegini. (kredit pada empunya gambar kerana empunya resipi lupa untuk ambil gambar sendiri)
7. Siput sedut yang siap dipotong hujung ekornya.
8. Untuk memasak, kisar bahan-bahan rencah. Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan masak hingga mendidih.
9. Masukkan asam keping kemudian masukkan santan kotak. 10. Seterusnya masukkan siput yang telah dibersihkan, garam dan juga gula dengan secukup rasa.
11. Bila mendidih dalam 5 minit, masukkan daun kaduk. Masak lagi seketika.
12. Bila daun kaduk mula layu, padamkan api dan siap untuk dihidang.
Udang, antara makanan laut menjadi kegemaran ramai, masak apa pun sedap. Selain cepat dimasak, udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut citarasa keluarga. Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk anda mengolahnya semula mengikut selera anda dan juga ahli keluarga. Selamat mencuba!
Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua 100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah 10 biji cili padi 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 biji jus lemon Gula secukup rasa Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan 3 biji bawang kecil 1 ulas bawang putih 30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu) 10 biji cili padi 1 biji jus limau nipis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil 5 ulas bawang merah ½ biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 15 biji cili kering | rebus & dikisar 200 gm petai | dibuang kulit & belah 1 asam keping Gula secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil 2 sudu makan belacan bakar 150gm bawang kecil Garam secukupnya 2 sudu teh sos ikan 2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya 3 biji limau kasturi | perah jusnya 2 batang serai | dihiris halus 1 sudu makan serbuk kunyit 4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah 2 biji cili padi 1.5 sm belacan 2 biji bawang kecil/dihiris nipis Gula secukupnya Garam secukupnya ½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya. 10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana 1 mangkuk kecil terung pipit 5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar 5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat 2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air 1 biji bawang besar | dihiris nipis Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kunafa Moden semakin popular dengan pelbagai perisa seperti Biscoff, Nutella dan Red Velvet. Namun adakah trend viral ini menghilangkan identiti asal kunafa dan menjadikannya makanan sampah?