Kerala adalah sebuah daerah yang terletah di utara India. Terkenal dengan masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dengan aroma dan warna yang amat menarik serta rasa yang sungguh lazat.
Jadikan kari ayam kampung Kerala nih kalau jadikan juadah tengah hari pun sedap sangat nih Lagi pula makan dengan capati, memang terbaiklah.
KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
2 biji bawang merah besar-dihiris
1 sudu makan halia-ditumbuk halus
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah ketumbar
2 biji tomato-dipotong kecil
2 biji cili hijau-dipotong empat
*5 biji gajus
*5 biji badam
*3 biji buah keras
*2 sudu makan serbuk kas kas
*2 sudu makan kelapa
2 helai bay leaf
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
2 kuntum cengkih
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa untuk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi boleh tukar dengan minyak biasa)
Daun kari segenggam
Sedikit daun ketumbar dan pudina
SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak kelapa dalam kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
Masukkan halia yang sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dengan api paling perlahan.
Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dengan penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa untuk masak jadi masak dengan api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dari ayam sudah cukup.
Tambahkan garam secukup rasa.
Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
Siap untuk makan bersama nasi putih, chapati atau roti putih.
INFO: Resipi yang sama boleh digunakan untuk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dengan air yang minima sebelum campurkan dengan rempah diatas dan masak seperti biasa.
CHAPATI
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan tepung atta alagapas
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak zaitun
1/4 air suam (atau secukupnya sampai boleh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh bentuk doh yang tidak melekat dekat tangan dan boleh dibentuk bulat.
Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pada permukaan chapati dan simpan dalam hot box.
1. Bentukkan chapati bulat-bulat.
2. Doh yang dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dengan sudip pada masa ini.
3. Selepas terbalikkan tunggu dalam 2 saat.
Ads
3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dengan sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.
4.Masak kedua dua belah sampai kembung macam ini.
5. Chapati ketika masak mesti berpisah macam nie untuk lembut.
6. Chapati kembung dengan elok dan boleh sapu ghee atau butter. Simpan dalam hot box atau roll dengan aluminium foil untuk kekal panas.
Bagi yang suka sangat makan Ayam Goreng Berempah, ini ada resipi langkah demi langkah yang paling mudah dan senang untuk dicuba. Boleh cuba buat untuk majlis rumah terbuka di sepanjang bulan Syawal ni.
AYAM GORENG BEREMPAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
Serbuk kunyit secukupnya
Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa
BAHAN A ( KISAR):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
4 batang serai
Halia
Lengkuas
1 biji telur
1 sudu besar pes asam jawa – campur sedikit sahaja air & tapis biji
Nota : Kisar semua bahan di atas. Dilarang menggunakan air sebab air dari bawang besar, telur dan air asam jawa sudah mencukupi. Jadi nak elakkan bahan perapan terlalu berair.
BAHAN B:
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili (suka pedas boleh tambah)
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar tepung beras
Daun kari
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan tos hingga kering. Pastikan jangan terlalu berair. Gaul garam kunyit dulu kemudian tambah serbuk perasa dan gula (satu sudu kecil nak bagi seimbangkan rasa)
2. Masukkan Bahan A (kisar) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan semua Bahan B.
4. Sebaiknya gaul guna tangan. Tabur sedikit daun kari untuk aroma dalam perapan.
5. Bila semuanya sebati, boleh tambah sedikit lagi garam, serbuk perasa, serbuk cili atau serbuk kari. Ikut kata hati. Jangan lupa cucuk sedikit ayam dengan pisau supaya perapan terasa sampai ke dalam. Perap selama 2-3 jam.
6. Panaskan minyak dalam kuantit banyak supaya tenggelam masa menggoreng. Kalau nak ayam masak sekata, disyorkan goreng dalam periuk. Pastikan minyak betul-betul panas.
7. Masukkan ayam dan tutup periuk..Setiap bahagian goreng lebih kurang 4-5 minit. Bila dua-dua bahagian dah masak, buka tudung periuk dan biar 3-4 minit. Bila nampak garing sepenuhnya terus angkat. Teknik ni untuk bagi ayam garing di luar dan berjus di dalam.
Makanan yang dimasak secara homemade memang tak pernah mengecewakan. Saiz besar, boleh letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chicken Pizza? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani ni memang terbaik! Nampak sangat sedap!
RESEPI CHEEZZA HOMEMADE
BAHAN AYAM:
Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisa
Tepung bestari ( pedas)
CARA-CARA:
Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
Nanas dalam tin
Tomato
Lada benggala merah
Keju mozzarella parut
Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.
Bila tiba ketika bekalan air terganggu, pastinya resah tak leh nak habaq terutamanya bagi kaum-kaum ibu. Mana tidaknya air tu sangat berguna dalam nak uruskan hal-hal seharian di rumah. Nak memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Tambah pula cuaca panas, anak-anak pasti acap kali nak mandi. Bagi ibu-ibu yang pening fikir menu di hari-hari air tak ada ni, berikut adalah 9 resipi mudah yang boleh anda masak.
1.DAGING GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
200gm daging | dihiris nipis dan kecil
50gm bawang Holland | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak masak
CARA-CARA MEMASAK:
Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.