Tidak kira pai pedas atau manis, ia tetap menjadi dessert yang digemari ramai sebagai hidangan sampingan di majlis-majlis keraian atau teman kopi untuk minum petang yang santai.  Ada pelbagai kulit pai yang digunakan, apa kata korang cuba pai yang menggunakan pastri pai segera yang mudah. Sangat senang menyediakannya kerana korang hanya perlu sediakan intinya saja dan bakar. Semudah 1, 2, 3.

2 Menu Pai Guna Pastri Segera Yang Sangat Sedap & Senang.

PAI EPAL

  • BAHAN-BAHAN:
  • 6 keping kulit pastri segera
  • 2 biji epal hijau | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan jus lemon
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 2 biji kuning telur | untuk glis

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
  2. Campurkan epal bersama kesemua bahan kecuali kuning telur dan kulit pastri.
  3. Gaul rata dan sekata.
  4. Letakkan inti ke dalam kulit pastri dan lipatkan berbentuk segi tiga.
  5. Tekan hujung bucunya dengan garpu.
  6. Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit gula perang.
  7. Susun ke atas dulang pembakar dan bakar selama 10-15 minit.
  8. Setelah sejuk baru keluarkan dari dulang pemebakar.
  9. Pia sedia dihidangkan panas-panas untuk mendapatkan keranggupan kulit pai.

2 Menu Pai Guna Pastri Segera Yang Sangat Sedap & Senang.

POT PAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

BAHAN PASTRI:

  • 250gm tepung serbaguna
  • 100gm mentega | sejukkan
  • 80g susu segar/air

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 150gmM isi ayam | potong dadu
  • 80gm sayuran campur
  • 1 /2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 tin sup krim ayam
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Potong mentega kepada ketulan kecil.
  2. Gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi crumble.
  3. Masukkan susu dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut
  4. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
  5. Keluarkan doh dari dalam peti sejuk dan canai dengan ketebalan 1/4cm
  6. Letak atas acuan pai dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
  7. Dengan menggunakan garpu cucukkan lubang di tengah-tengahnya.
  8. Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit.
  9. Sementara itu, sediakan inti.
  10. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  11. Masukkan bawang Holland dan masak sehingga keperangan.
  12. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
  13. Tuangkan krim sup, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati
  14. Setelah sejuk, tuangkan inti dalam cengkerang tart.
  15. Tutup bahagian atas dengan kepingan crust pie.
  16. Masukkan ke dalam ketuhar dan masak sehingga 15-20 minit.
  17. Setelah masak pai sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI