Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
(semua bahagian diats ini dipotong kecil. Kemudian rebus separa masak bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya. Ketuk 2 batang serai dan sehiris halia untuk menambahkan rasa.)
Segenggam udang
BAHAN HIASAN:
1 1/2 biji bawang besar Holland – belah dadu
4 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah – dipotong bulat
2 biji tomato kecil – belah 8
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Lecekkan taucu dalam lesung batu sebelum ditumis sekali.
Masukkan air asam jawa (1 sudu asam jawa+ segelas air) setelah bahan tumis garing.
Tambahkan gula dan secubit garam. Kuantiti gula terpulang pada citarasa sendiri. Garam tak perlu banyak sebab rencah taucu sudah cukup masin.
Boleh masukkan potongan ayam yang telah direbus tadi. Udang dimasukkan selepas ini.
Tutup dengan penutup. Renehkan sehingga ayam sedikit empuk.
Selepas ayam masak, masukkan santan. Kuah taucu tidak perlu banyak.
Boleh masukkan udang setelah semuanya mula sebati.
Apabila kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan kecuali tomato. Setelah bawang mula layu, barulah masukkan tomato kecil.
Akhirnya boleh masukkan kacang panjang yang dipotong pendek.
Balik-balikkan 1-2 minit. Boleh tutup api supaya kacang tidak terlebih masak dan warna kacang panjang tetap hijau cantik.
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
Kemudian masukkan taucu dan kacau seketika.
Kemudian, masukkan pes asam jawa dan tambah sedikit air. Bila air mendidih masukkan sedikit gula dan udang. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah masin.
2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
4 biji cili padi merah – potong halus
4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
Minyak untuk menumis
Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Solok ladakelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi resipi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjual makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Saudari Rozmaliza Omarada kongsi resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Udang, antara seafood yang mudah dimasak dan digemari ramai dan masak apapun udang sangat sedap dan mudah disediakan. Untuk kongsi bersama, RASA bawakan dua menu udang Thai yang telah diubahuai dengan selera, kita masyarakat Malaysia. Dua menu tersebut adalah Tumis Udang Bersama Daun Ketumbar dan kedua, Udang Kari Thai yang sangat sedap. Cuba ye, jangan tak cuba!
TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh halia muda
2 ulas bawang putih | cincang
1/4 cawan daun ketumbar | cincang
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu the kulit limau nipis | parut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan yang sos tadi. Kacau seketika.
Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.
UDANG KARI ALA THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis BAHAN KISAR HALUS :
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Sesekali pekena pecal memang sedap. Sebab kaya dengan rasa kuah kacang yang lemak pedas digaul dengan pelbagai jenis sayur dan isian, hemm… Memang terangkat. Cuba korang bayangkan bila kuah pecal selain digaul dengan sayur-sayuran, rupanya pecal sedap juga bila ditambah telur, mi dan ayam. Kalau korang lebih kreatif boleh je tambah dengan isian lain, ikut selera korang.
KUAH PECAL:
BAHAN KUAH KACANG:
200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
4 sudu besar gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih |dihiris
3 biji bawang merah |dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya |untuk membancuh sambal kacang
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
Sedia hidangkan dengan bahan isian ikut cita rasa.
PECAL SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
50gm timun |dihiris memanjang
50gm lobak merah |dihiris memanjang
50gm sengkuang |dihiris memanjang
500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sayuran yang dicelur dan dihiris halus di dalam pinggan hidangan.
Kemudian tuangkan kuah pecah di atasnya dan gaul rata.
Pecal sedia dihidangkan. Atau boleh saja dihidangkan secara berasingan.
PECAL MI CAMPUR SAYUR
BAHAN-BAHAN
200gm mi kuning | dicelur
50gm tempe | dihiris dan goreng
50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
Sedikit tauge | dicelur
Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
Hidangkan bersama kuah kacang.
Gaul sekali dengan kuah baru hidang pun boleh.
PECAL AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
300ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan sayuran dan isi dadaa yang yang telah digoreng dalam pinggan.
Kemudian hidangkan dengan kuah pecal.
Jika ingin terus makan boleh saja tuangkan kuah atas bahan hirisan dan gaul rata.
PECAL NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
Sedikit hirisan timun
300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
Masukkan campuran nangka muda dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah kacang di atasnya dan hidangkan.
PECAL TELUR KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
50gm lobak merah | diparut kasar
50gm timun | diparut kasar
300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan isian dalam pinggan.
Kemudian hidangkan bersama kuah pecal.
PECAL TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 tiup tauhu Jepun | dihiris bulat
1 biji telur
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tauhu yang telah dicelup telur hingga kuning keperangan
Hiris dan susun dalam piring bersama parutan lobak merah dan sengkuang.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...