Memang sedap lauk yang satu ni, dimakan pula dengan nasi panas panas, pergh memang power. Buat ikan masak cuka ni boleh gunakan apa jua ikan tapi lebih sedap jika guna ikan tongkol, jenahak, bawal , nyok, nyok mahupun kembung. Rasa masam pada masakan ini sungguh menyelerakan. Selain sedap ia dapat membuang rasa hanyir ikan apabila dimasak.
Ikan Masak Asam Cuka
Bahan-bahan:
Ikan isi – siap digoreng(jangan sampai garing)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Cili besar*
Cili padi*
Biji sawi*
Halia*
Air asam
2 sudu cuka makan
Air
Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
Timun
Cara memasak
1.Panaskan lebihan minyak kemudian masukkan bertanda *.Tumis sehingga wangi
2.Kemudian masukkan ke semua bahan kecuali ikan.Tunggu sehingga mendidih.
3.Apabila mendidih masukkan ikan.Pastikan rasa semua ada masam dan manis.
4.Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
Kredit : Arieza Rieza
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Pulut Lemak Serunding Yang Sedap & Mudah.
Rasanya hampir sama dengan pulut bakar yang dibalut dengan daun pisang dan inti serunding, tapi kalau anda malas nak bakar dan tak ada daun pisang. Kukus je pulut dan bila sudah masak gaul dengan serunding yang siap disediakan. Untuk resipi penuh boleh rujuk resipi yang dikongsikan ini, buat lebih boleh hulur sedikit kepada jiran sebelah menyebelah.
PULUT LEMAK SERUNDING
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
Garam & gula secukup rasa
Daun pandan
BAHAN SERUNDING:
1/2 biji kelapa parut | putih sahaja
2 sudu besar udang kering |kisar kasar
1 ulas bawang putih | tumbuk
1 batang serai | tumbuk
1 ulas bawang merah |tumbuk
1/2 cm halia |tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar gula | boleh tambah jika kurang
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan pulut. Cuci beras pulut hingga bersih, kemudian rendam sekejap (lenih kurang 10-15 minit) kemudian tos.
2. Satukan santan, garam, gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.
3. Kemudian masukkan beras dalam periuk bersama daun pandan dan santan tadi. Masak menggunakan periuk elektrik.
4, Bila mendidih, kacau dan tutup semula biarkan pulut masak.
5. Untuk menyediakan Serunding Kelapa. Masukkan kelapa dalam mangkuk bersama bahan kisar, serbuk kunyit, udang kering pes cili, garam dan gula.
6. Gaul rata, jika kurang gula dan garam boleh tambah lagi.
7. Panaskan kuali, goreng sangai serunding hingga sedikit garing.
8. Tutup api bila sudah masak dan cukup rasa.
9. Bentukkan pulut guna acuan atau bulat-bulatkan kemudian gaulkan dengan serunding.
10. Pulut serunding sedia dihidangkan.
INFO : Selain masak pulut menggunakan periuk, pulut juga boleh dikukus, cara seperti kukus pulut kuning.
Nak Masak Cepat & Sedap, Ini Menunya!
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masa lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu yang 15 minit boleh siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya ye.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
- 300gm daging | hiris nipis
- 1 sudu teh kicap
- 2 sudu teh minyak sayur
- 1 sudu teh tepung jagung
- Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
- 2 sudu makan air
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
- 3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
- 2 sudu makan minyak
- 1 biji cili merah | hiris serong
- 2 biji bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | cincang kasar
- 3 sudu minyak masak
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
- Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
- Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
- Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
- Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
- Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
- Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
- 500gm daging | hiris nipis
- 1 sudu teh garam
- 1sudu teh gula
- 1 sudu teh kicap
- 1sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan air rebusan stok ayam
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung
- Tumis:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
- 3 sudu makan minyak masak
- 400gm kacang pis | bersihkan
- 1/2 biji cili benggala
- Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
- Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
- Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
- Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
- Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
- 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Bahan Hirisan:
- 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
- 2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
- 4ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu teh perasa ayam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau seketika, kemudian tutup api.
- Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam | hiris kecil
- 50gm daun bawang
- Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
- 3 biji cili merah | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 5ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia mudah | hiris halus
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
- Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
- Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula
- Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
- Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Confirm Puas Hati, Mudah Je Nak Buat Mee Sizzling Di Rumah
Ada yang kat sini tiba-tiba teringin nak makan mee sizzling macam dekat food court tu? Tapi kalau takut nak keluar, boleh buat sendiri di rumah.
Mudah rupanya nak buat. Lebih-lebih lagi dengan resipi yang dikongsi Shai Anne Ahemed. Lagi best, kita boleh makan sepuasnya dan bubuh bahan yang kita suka. Mesti puas hati!
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
1 mangkuk ayam
10 biji cendawan shiitake kering (rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian)
10 tangkai cili kering | potong – beli online di sini
5 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
1 inci halia | hiris nipis – beli online di sini
1 ketul kiub ayam – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk lada hitam | dikisar sendiri
1 senduk kicap pekat – beli online di sini
1 senduk sos tiram – beli online di sini
1 sudu besar minyak bijan – beli online di sini
3 sudu besar tepung jagung (dilarutkan dalam sedikit air) – beli online di sini
Garam
Gula
1 liter air
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan | Dapur Rasa Live
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 bungkus yee mee (boleh juga guna mee kuning, kueh teow dan nasi putih pun sedap)
Telur
Sayur pakchoy
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
4. Masukkan cendawan shiitake.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
6. Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
7. Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut (tengok DI SINI untuk video)
8. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.
Kredit resipi: Shai Anne Ahemed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sambal Goreng Garing, Campuran Ikan Bilis, Bawang Goreng Rose & Bawang Putih Crispy
Resipi 2 In 1, Guna Kentang Hasilkan Kudapan Jejari & Bebola Sedap
Pertama Kali Buat Muruku Berempah, Menjadi Dengan Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: