Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masa lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu yang  15 minit boleh siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya ye.

Nak Masak Cepat  & Sedap, Ini  Menunya!

DAGING GORENG  KAILAN

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Daging:

  • 300gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan | potong 3-4cm  & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

Nak Masak Cepat  & Sedap, Ini  Menunya!

IKLAN

DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Daging:

  • 500gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 1sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • 1sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Sos:

  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan air rebusan stok ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Tumis:
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3cm halia  | hiris halus memanjang

Bahan-Bahan Lain:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 400gm kacang pis | bersihkan
  • 1/2 biji cili benggala
  • Garam gula secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
  2. Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
  5. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
  6. Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Nak Masak Cepat  & Sedap, Ini  Menunya!

AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perap Ayam:

  • 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Bahan Hirisan:
  • 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
  • 2 tangkai cili merah | hiris

Bahan Tumis:

IKLAN
  • 4ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3cm halia muda | hiris halus

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh perasa ayam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau seketika, kemudian tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

Nak Masak Cepat  & Sedap, Ini  Menunya!

AYAM LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam | hiris kecil
  • 50gm daun bawang
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 3 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 5ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia mudah | hiris halus
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
  4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam, gula
  6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI