Sedapnya Hokkaido Cupcake. Teksturnya yang gebu dan lembut memang tidak jemu dimakan. Lagi-lagi dengan isian fillingnya yang tidak terlalu manis. BAgi anda yang nak cuba buat sendiri Hokkaido Cupcke ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ini. Dijamin puas hati.
RESIPI HOKKAIDO CUPCAKE SEDAP & GEBU
BAHAN A:
4 biji kuning telur 3 sudu besar gula kastor (gula kisar) 1 sudu kecil esen vanilla
BAHAN B:
4 biji putih telur 4 sudu besar gula kastor (gula kisar) – beli online di sini 1 sudu kecil cream of tar tar @ 1 sudu kecil perahan lemon
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, garam halus dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Untuk bahan A, kacau-kacau guna whisk atau senduk sampai sebati.
3. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan minyak masak. Kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
5. Mix bahan B selama 20 minit dengan hight speed sampai jadi meringue. 6. Ambil 1 senduk meringue tadi masuk dalam adunan dan kaup balik. Buat seterusnya sampai habis. 7. Masukkan adunan dalam cup 3/4 atau hampir penuh. 8. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 5 minit. Masukkan cup dan turunkan suhu 160 atau 170C.
9. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sampai permukaan perang. Boleh juga cucuk lidi untuk periksa sama ada sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih, tanda sudah masak.
1. Mix sampai kembang dan tambah sedikit perahan lemon kalau nak masam sikit. Boleh abaikan kalau tak suka. 2. Masukkan whipping/susu cair bagi filling leleh-leleh sikit. Pilihan tak nak letak pun boleh. 3. Mix sebati. Masukkan dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan cup cake.
BAHAN KRIM KASTARD:
1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar tepung kastad – beli online di sini 4 sudu besar gula 200ml susu segar 1 biji telur (saiz L) 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat. 2. Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel, taburkan gula icing dan siap dihidang.
Peminat kek kukus mesti tahu kek yang satu ni. Kek kukus masam manis yang selalu mak-mak kita buat dulu. Mungkin juga nenek korang suka buat kek ni. Kek ni rasanya lemak manis dan masam-masam kerana diletakkan haw flakes.
RESIPI KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1/2 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu kecil baking powder
1/2 tin kecil susu pekat manis
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers (kisar halus)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna – ikut suka
Haw Flakes secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Putarkan mentega dan gula halus kembang.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan putar lagi
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.
TIP PENTING: Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
Sebut sahaja kek keju, pasti ramai yang angkat tangan. Peminatnya memang ramai lebih-lebih lagi kalau kek tersebut gebu dan enak. Ramai yang fikir, kek keju ni susah nak buat. Salah tu… Ada juga kek keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal untuk dihasilkan. Salah satu yang anda boleh cuba ialah Japanese Cotton Cheesecake ni. Hanya guna keju cheddar dan beberapa bahan mudah yang lain. Hasilnya? Sangat memuaskan hati. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan. Nanti bolehlah cuba hasilkan untuk keluarga anda.
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur gred A | asingkan kuning dan putih
6 keping keju cheddar cheesedale
100gm mentega
100gm tepung gandum ( sebaiknya diayak)
125gm gula pasir
300ml susu segar
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi.
2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair.
3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair.
4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.
5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.
6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi.
7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)
8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.
10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’.
11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.
13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef Megat
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
120-150gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos plum
½ sudu jus lemon
2 batang cili merah | buang biji dan cincang
1 biji bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih |c cincang
¼ sudu teh bijan
50ml air
Garam cukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SALAD MANGGA:
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
2 batang cili merah | buang biji dan hiris
1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Dan masukkan bijan.
Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
UPSIDE DOWN MANGO CAKE
BAHAN-BAHAN:
340ml mentega
80gm gula perang
30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
1 biji mangga masak | potong dadu
230gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
290gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
260ml susu segar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci.
Taburkan potongan mangga di dasar loyang.
Tuangkan adunan kek.
Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
11/4gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
143gm gula kastor
11/2 sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan.
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning
BAHAN: KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd / sri kaya mangga
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.