Donut peha ayam, jangan terkejut pulak. Rupanya aje yang macam peha ayam, tepi ia masih lagi kuih donut sebenarnya. Siap ada pemegang, memudahkan untuk dimakan.

Paling best resipi ini disalut pula coklat rice memang sedaplah. Kegebuan dan kelembutannya tetap ‘terpelihara’ walaupun rupanya nampak lain.

Donut Paha Ayam. Memang ‘Rare’!  Memang Gebu.

Donut Paha Ayam. Memang ‘Rare’!  Memang Gebu.

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

IKLAN
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu makan gula
  • 6gm yis

( Biarkan selama 1 jam sampai yis mengembang)

BAHAN B:

  • 500gm tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • 30gm margerin
  • 30gm shortening
  • 5gm ovalette
  • 1 biji ubi kentang kecil | rebus & lecek
  • 1/2 sudu teh garam

 

BAHAN C ( KRIM):

IKLAN
  • 250gm shortening
  • 50gm margerin
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam

( satukan semua bahan dan pukul)

  • Coklat rice secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campur bahan A bersama tepung. Uli seketika.
  2. Kemudian masukkan ubi kentang, marjerin, shortening dan ovalette. Uli lagi.
  3. Masukkan kuning telur serta garam. Uli hingga sebati dan sempurna. Biarkan doh naik 2 kali ganda dalam 1 jam.
  4. Bahagiakan doh kepada 10-14 bahagian dan bulatkan. Cucuk doh pada lidi dan bentukkan menjadi seakan bentuk paha ayam. Tabur tepung supaya doh tidak melekat.
  5. Biarkan donut selama 30 minit sebelum digoreng menggunakan api perlahan sehingga masak.
  6. Sejukkan donut dan sapukan krim serta coklat rice dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

KREDIT RESIPI & GAMBAR:  Bika Ambon 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

IKLAN

Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/kek-oren-mudah-buat/

JUGA BOLEH SEMAK VIDEO INI :

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI