Sushimemang enak dan ramai menggemarinya. Namun andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari Nurain Hazwaniada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan beras jepun. Hanya menggunakan beras biasa sahaja. Jom cuba!
RESIPI SUSHI HOMEMADE YANG SEDAP, MUDAH & GUNA BERAS BIASA SAHAJA
1. Hiris timun memanjang dan sediakan juga bahan-bahan inti yang lain. Sosej, lobak merah dan filamen ketam direbus seketika dalam air panas. Ketepikan.
2. Satukan beras dan beras pulut. Basuh bersih dan masak nasi seperti biasa. 3. Bila sudah masak, gaulkan nasi bersama cuka masakan yang sudah dicampur dengan gula dan sedikit garam. Gaul hingga rata.
4. Ambil kepingan rumpai laut, letak di atas tikar buluh sushi atau plastik. Kemudian ratakan nasi diatas kepingan rumpai laut dengan secukupnya. 5. Kemudian susun hirisan timun, lobak merah, sosej, filamen ketam dan paipkan mayones dengan secukupnya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh sapu mayones pada nasi. Boleh juga menggunakan tuna sebagai inti.
6. Gulung dengan kemas.
7. Yang ini, empunya resipi gulung sushi menggunakan kepingan telur dadar.
8. Sushi yang telah siap digulung.
9. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong gulungan sushi tadi menjadi kepingan.
10. Sushi homemade yang enak siap untuk dihidang.
11. Boleh pelbagaikan inti mengikut selera masing-masing.
12. Untuk rasa lebih enak, boleh paipkan mayones diatasnya.
Bergedel adalah satu jenis masakan yang dibuat untuk dijadikan pelengkap hidangan. Selalunya bergedel menjadi hidangan sampingan dalam soto. Memang bertambah sedap apabila soto itu apatah lagi dengan adanya sambal kicap.
Kali ini RASA kongsikan resipi buat bergedel menggunakan 10 biji kentang. Boleh dapat lebih kurang 40 biji bergedel. Berbaloi kan? Puas makan!
BERGEDEL KENTANG BERDAGING
BAHAN-BAHAN
10 biji kentang saiz besar (kupas dan potong setebal 1/2 inci)
20 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 tangkai daun sup (ambil daunnya sahaja dan hiris nipis)
Garam secukup rasa
500 gram daging (dikisar atau cencang halus)
Minyak masak untuk menggoreng
Telur ayam untuk mencelup adunan
CARA MEMBUAT
1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian kentang ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah yang telah dimayang. Masukkan ke dalam bekas berisi kentang.
3. Masukkan lada hitam, daun sup dan garam.
4. Masukkan daging.
5. Gaul adunan ini sehingga sebati.
6. Ambil sejemput adunan. Bentukkan menjadi bulat dan sedikit leper. Ulang sehingga adunan habis.
Beginilah rupanya bergedel yang siap dibentuk. Sedia untuk dicelup telur dan digoreng.
7. Panaskan minyak masak dalam kuali. Dalam bekas lain, pukul telur ayam.
8. Celupkan adunan ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.
Ada saja resipi pelik setiap hari di Malaysia ni, mula viral maggi lilit atau sate maggi. Sangat kreatif selain resipinya sangat mudah dan senang untuk disediakan. Selamat mencuba!
RESIPI MAGGI LILIT/SATE MAGGI
BAHAN-BAHAN:
Maggie perisa kari(Saya buat 2 bungkus.Nak guna jenama dan perisa lain pun boleh)
2 atau 3 biji telur
Sedikit tepung jagung
Lidi sate
CARA MEMASAK:
Rebus maggie dan toskan
Bubuh perencah kari dan gaul sebati
Lilitkan maggie pada lidi sate.Kepal-kepal supaya kemas dan tak terburai