Minum petang tidak semestinya kuih muih. Kudapan yang rangup juga boleh layan, sedar-sedar habis sebalang. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah. Bolehlah buat nanti, stok kudapan bila-bila masa pun boleh makan.
KUDAPAN
Bahan A
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar minyak*
1 sudu besar marjerin*
secubit garam*
Air
Cara membuat:
1.Gaul bahan bertanda * sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Ads
2.Kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh.Uli sehingga tak lekat di jari.
Bahan B(gam/pelekat)
5 sudu besar tepung ubi
5-8 sudu besar minyak
*gaul sebati sehingga menjadi pes
Bahan C
Minyak secukupnya(untuk menggoreng)
Gula halus(untuk salutan)
Susu tepung(optional)
Cara membuat:
1.Bahagikan kepada lima bahagian dan bulat-bulatkan.
2.Ambil doh dan canai nipis.Ambil gam/pelekat tadi sapu rata di atas doh.
3.Kemudian gulung doh.Ambil pisau dan potong gulungan doh sebesar ibu jari.
4.Canai lagi doh yang dipotong tadi sekali lalu.
5.Panaskan minyak.Goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan.
Ads
6.Tunggu sejuk dulu baru salut dengan gula halus.
7.Siap untuk dinikmati.
*kelopak tu saya guna lidi untuk buka semasa tengah menggoreng
Potato Fritters menu sarapan kegemaran anak-anak. Digoreng rangup dan sangat menyelerakan. Makan macam tu sahaja atau cicah dengan sos, memang menyelerakan.
Menggunakan bahan-bahan yang cukup mudah, hidangan ini sesuai dijadikan menu sarapan atau juga kudapan petang.
Cicah dengan sos thai atau sos cili dan juga boleh dimakan begitu sahaja. Memang menu kegemaran seisi keluarga.
POTATO FRITTERS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu besar tpung jagung
3 sudu besar tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, serbuk perasa dan gaul hingga sebati.
Panaskan minyak masak. Sudukan bancuhan dan goreng agak2-agak leper. Balik-balikan dan tunggu sampai masak. Angkat dan toskan guna tisu dapur.
Sedap dimakan bersama sos
Info: Boleh tambah bahan kesukaan anda seperti ikan bilis, hirisan isi ketam dan sebagainya.
Sedapnya Wanpaku Wraps ni. Maklumlah, sekarang kan sedang hangat viral mengenai Wanpaku Sando. Ia merupakan sejenis sandwic stail terbaru dari Jepun yang sedang jadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Bagi anda yang dah cuba buat Wanpaku Sando, boleh juga mencuba Wanpaku Wraps perkongsian saudari Nur Fakhira Mohd Rosli. Sangat mengenyangkan dan sesuai dijadikan sajian pada bila-bila masa.
RESIPI WANPAKU WRAP
BAHAN EGGROLL:
3 biji telur
1 pokok daun bawang – hiris
1 biji cili api merah – buang biji dan cincang halus)
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur dengan daun bawang, cili api, garam dan serbuk lada hitam sampai sebati.
2. Panaskan kuali non-stick. Oles sedikit minyak zaitun. 3. Tuang sedikit adunan telur. Ratakan. Kemudian gulung.
4. Tuang sedikit lagi telur, bila masak, gulung. Ulang sampai habis. Biar telur garing sikit. Angkat dan ketepikan.
BAHAN WANPAKU WRAPS:
Kepingan wraps secukupnya
Salad hijau – dibersihkan
Lobak merah – sagat halus
Kubis putih – hiris halus
Kubis ungu – hiris halus
Cili api secukupnya – buang biji & hiris memanjang
1 tin tuna pedas manis
Eggroll yang dimasak tadi – potong dua cukup untuk 2 wanpaku wraps
Kepingan keju secukupnya
CARA MEMBALUT: 1. Alas plastik wrap atas loyang. Letakkan sekeping wrap. Susun salad, hirisan sayuran, eggroll, kepingan keju dan tuna.
2. Gulung dengan kemas dan padat. Gulung sekali dengan plastic wrap.
3. Potong menggunakan pisau tajam. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Lasagna Roti ni. Biasanya rotisandwicyang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 pek roti – digelek
400gm daging kisar
2 biji bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang
1 botol Sos Spageti Leggo’s (napoletana) 575gm
Sayur campur secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam & serbuk lada putih
Sedikit tepung gandum
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung jagung
Air secukupnya
2 keping Keju cheddar
Keju mozarella untuk topping
CARA MEMASAK KUAH LASAGNA (MERAH): 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu. 2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak dan berubah warna. 3. Masukkan sos spageti. Tambah air dalam botol sos spageti tadi sebanyak 1 botol dan tuang sekali. 4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano @ mix herbs. 5. Setelah mendidih, masukkan sayur campur. Tambah tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan sikit kuah tadi. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK KUAH PUTIH: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu. 2. Masukkan sedikit tepung gandum. Kacau sampai warna sedikit perang. 3. Masukkan air secukupnya ( anggaran 1 cawan atau lebih. Boleh gantuikan dengan susu.) Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula. 4. Tambahkan 2 keping keju cheddar. Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( GUNA LOYANG SAIZ 8×8): 1. Sudukan sedikit kuah lasagna di dasar loyang. Kemudian sedikit sos putih. 2. Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi. 3. Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang tadi. 4. Ulang lagi langkah hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis. Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih. 5. Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. 7. Setelah lasagna masak, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...