Sedapnya makan kerepek, tambah pula kerepek yang disukai. Sedar-sedar dah habis sebotol. Kalau dah suka lebih baik buat sendiri, lagi puas hati makan. Kerepek bawang putih ni sangat mudah buatnya. Buat banyak boleh simpan buat kudapan.
KEREPEK BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
10kg bawang putih
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Ads
1.Pecahkan sebiji-sebiji supaya senang nak buang kulit.
2.Bila dah relai,rendamkan dengan air selama 15 minit.
3.Buang air,bila bawang basah senang tuk dikupas kulit
4.Bila dah dikupas kulit, boleh la disagat.
5.Setelah siap disagat,rendamkan sekejap dengan air garam..
6.Buang air garam dan bilaskan dengan air bersih.
7.Toskan air,bila dah sejat air,boleh la terus digoreng bersama dengan minyak yang banyak dan minyak betul-betul panas.
8.Selepas digoreng,toskan bersama tisu dapur
9.Bila dah sejuk,boleh la disimpan dalam bekas yang kedap udara.
Dapatkan Lancaster Polo Camella Handbags Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Masukkan yis ke dalam susu. Gaul hingga tak ada nampak serbuk yis.
3. Doh akan jadi kembang berganda. Gaul untuk buang anginnya.
4. Ambil piping beg dan letak minyak, supaya adunan tak melekat dekat plastik. 5. Ini caranya (rujuk video di sini). Mudah saja. Tak perlu uli-uli. Kalau tak ada piping bag, pakai saja plastik apa-apa dan gunting hujung plastik.
6. Dah siap masak. Gaul dengan gula atau apa-apa yang disukai.
Biji durian buat kerepek, dah beli durian mahal-mahal kenalah manfaatkan sepenuhnya. Selain isi yang sedap dimakan, biji durian pun boleh diolah jadi kerepek rangup yang sedap dan unik dengan rasa lemak-lemak.
Kerepek biji durian ini memang sesuai sangat dijadikan jajan. Tak rugi buat, nak tahu caranya? Ikut resipi mudah dari Rozana Hashim AsSalihin ini.
Biji durian buat kerepek, ini caranya
Bahan-bahan
Biji durian
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan
1. Bersihkan biji durian dari sebarang isi dan kotoran. Jika rajin boleh buang sekali lapisan berwarna coklat, tapi boleh saja jika dibiarkan. Kemudian rendam dengan air garam semalaman.
2. Esoknya, bilas biji durian kemudian sagat nipis-nipis menggunakan penyagat biasa.
3. Selepas selesai disagat, biarkan selama lebih kurang sejam dua sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian goreng menggunakan api perlahan. Kacau selalu, kerepek ini mengambil masa untuk garing jadi jangan gunakan api yang terlalu perlahan, supaya tak mengambil masa yang lama untuk menggoreng.
5. Tanda kerepek sudah masak, ia akan rasa ringan bila kacau. Waktu ini bolehlah diangkat dan tos.
6. Biarkan sejuk, kemudian boleh simpan dalam bekas kedap. Kerepek biji durian ini sedap kerana ada rasa lemak-lemak.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...