Resipi Daging Hitam Berempah perkongsian dari saudari Nurul Aini kali ini cukup istimewa.Sesuai dinikmati pada bila-bila masak. Bagi penggemar hidangan ini, rencahnya bergantung pada jumlah daging yang hendak dimasak. Bolehlah cuba sediakan untuk keluarga. Pasti puas hati.
1.Panaskan minyak masak dan tumis daun pandan, serai, dau kari dan rempah 4 sekawan terlebih dahulu.
2.Kemudian masukkan bahan kisar. Kalau suka pedas,boleh tambah cili kisar sekali.
3.Kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak.
4.Sementara tu sangai Ketumbar, Jintan manis dan Jintan putih. Guna api perlahan jangan sampai hangus. Bila warna sedikit gelap, tutup api.
5.Kisar kering bahan sangai tadi. Boleh juga guna rempah serbuk tapi lagi sedap guna rempah biji.
6.Kisar sebiji buah tomato. Bijinya buang terlebih dahulu.
7.Bila bahan tumisan sudah pecah minyak, masukkan bahan sangai dan tomato kisar.
Ads
8.Perap hirisan daging dengan kicap manis. Sukatan kicap sampai agak tenggelam separuh daging. Biarkan minimum selama 30 minit. Kemudian masukkan daging dalam bahan tumis tadi.
9.Masukkan 2 sudu besar kicap pekat.
10.Masak sampai daging empuk. Guna api kecil sahaja.
11.Kemudian masukkan gula melaka ni. Agak-agak je dah sbb td dah guna kicap manis perap daging.
12.Bila daging sudah betul-betul empuk, akhir sekali letak sedikit santan pekat untuk memberikan rasa lemak pada kuah. Kacau sebati dan tutup api. Siap.
Pernah cuba masakan perut muda lembu yang dimasak dengan pelbagai menu? Anda yang pernah menikmati pasti setuju dengan keenakanya. Kepada yang tidak pernah rasa, berikut Rasa bawakan dua menu perut mudah yang comfirm sedap menyelerakan. Wajib cuba ye….
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
Alahai sedap dan ranggupnya Ayam Goreng Serunding, kena pulak dengan Semur Daging Batawi yang lembut kaya dengan rasa rempah ratusnya dan ditambah pula dengan hidangan Ikan Gurame Bersama Bumbu Gulai yang lemak-lemak pedas dan Kepitang Sos Merah yang pedas manis, memang makan berpeluh punya kerana empat menu autentik Batawi ini memang sedap dan comfirm makan nasi bertambah-tambah. Bila sedap admin kongsikan resipinya untuk kita cuba bersama.
AYAM GORENG SERUNDING
BAHAN BAHAN:
800gm ayam | dipotong 4
100ml air kelapa
2 lembar daun salam
2 batang serai
80gm gula merah
1 liter minyak masak
BAHAN KISAR UNTUK AYAM:
150gm bawang merah
50gm bawang putih
3gm serbuk ketumbar
20gm garam
15gm kunyit hidup
10gm buah keras
BAHAN SERUNDING:
200gm kelapa parut kasar
50g asam jawa
2 helai daun salam
1 batang serai
20gm garam
20gm gula pasir
100gm minyak masak
BAHAN KISAR SERUNDING:
3gm biji ketumbar
3gm biji jintan manis
50gm bawang putih
60gm lengkuas
150gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Rebuskan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar , air kelapa, gula merah, daun salam, dan serai. Biarkan dalam 1 jam.
Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Untuk serunding pula, panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun salam, dan serai sampai harum.
Tambahkan garam dan gula pasir. Gaul rata.
Masukkan kelapa parut dan air asam jawa. Masak sampai kering.
Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding.
Hiaskan bersama daun ketumbar dan cili merah.
SEMUR DAGING BETAWI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
2 helai daun salam
3biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 biji buah pala
2 biji buah tomato
150gm kicap manis
100gm bawang merah | goreng untuk hiasan
BAHAN KISAR:
50ml minyak masak
200gm bawang merah besar
40gm bawang putih
20gm buah keras
10gm garam
3gm serbuk lada sulah
5gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan manis
50gm hali
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris sampai wangi. Masukkan bahan kisar, daun salam, cengkih, kayu manis dan biji pala sehingga naik wangi.
Masukkan daging, gaul daging sehingga berubah warna. Tambahkan tomato dan gaul sampai layu. Masukkan kicap manis dan gaul lagi sehingga rata.
Tuangkan air rebus sampai daging empuk.
Taburkan bawang merah goreng dan hidangkan.
IKAN GURAME BBUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan gurame | potong 2 bahagian (ikan tilapia)
20 helai daun kemangi (daun selasih)
1 biji santan kelapa
40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
4 biji belimbing buloh
2 helai sireh
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
20gm garam
15gm gula
BAHAN KISAR:
60gm bawang putih | hiris nipis
200gm bawang merah | hiris nipis
20gm kunyit hidup
3gm serbuk ketumbar
40gm buah keras
50gm halia
CARA MEMASAK:
Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa.
Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
Masukkan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh.
Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
KEPITING SAUS MERAH (KETAM)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor kepiting (ketam) | dipotong 2 bahagian
30gm bawang putih | dicincang kasar
100gm bawang merah | dicincang kasar
30gm halia | dicincang halus
10gm cili kering | dicincang halus
30gm sos tomato
30gm cili boh
15gm kicap manis
15gm garam
20gm gula pasir
100ml air
5gm daun bawang | dihiris halus
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Gorengkan ketam sampai berubah warna. Angkat dan toskan minyaknya.
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi baunya. Tambahkan cili kering. Tumiskan sampai layu.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Tambahkan sos tomato, cili boh, kicap manis dan garam. Gaulkan sehingga rata.
Tuang air dan masak sehingga sos pekat. Tambahkan daun bawang. Biarkan sebentar lalu angkat dan hidangkan.
Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, kari dan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati.
1. ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API
1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
1/2 kg santan
5 batang cili ap – ditumbuk halus
3 biji kentang – dipotong dadu
1 batang serai – ketuk
1 biji tomato – belah empat
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Santan secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan
3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging – bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
-5 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu kecil serbuk cili kering
3 biji kentang – dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Daun kari secukupnya
Santan secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun kari/daun bawang
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.