Siapa peminat Chawanmushi? Chawanmushi ni makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera. Teksturnya lembut seperti puding kastard. Nak cuba? Saudari Arina Rashid ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

RESIPI CHAWANMUSHI @ TELUR KUKUS ALA RESTORAN SUSHI

Resipi Chawanmushi Mudah & Sedap Ala Restoran Sushi
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
260g air
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan kisar sampai sebati.

Resipi Chawanmushi Mudah & Sedap Ala Restoran Sushi Resipi Chawanmushi Mudah & Sedap Ala Restoran Sushi2. Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Dalam bekas tu, isilah segala bahan yang anda suka. Ikut resipi ni, hanya letak cendawan shitake dengan crabstick.
3. Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu dan buang. Tujuannya adalah untuk bagi telur kukus ini nampk cntik bila dimasak.

Ads

Resipi Chawanmushi Mudah & Sedap Ala Restoran Sushi4. Jika suka, boleh tabur hirisan daun bawang atau daun sup. Kemudian, kukus selama 20 minit. Dah siap!
5. Sangat pantas dan berbaloi untuk dicuba. Kalau Chawanmushi asli Jepun, ia menggukan Dashi sebagai perisa. Jika tiada, boleh gantikan dengan garam.

Resipi Chawanmushi Mudah & Sedap Ala Restoran Sushi

*Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh rujuk resipi steamed egg dekat resipi Hainan Chicken Rice.
*Setting tm6 untuk kisar bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.

Kredit resipi & foto: Arina Rashid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Ads

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Memang Terliur, Gulai Ayam Kelantan Sedak Sengoti!  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI