Jom cuba masak Gulai Tempoyak Telur Goyang untuk keluarga. Nampak sangat sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk insan tersayang, menu ini boleh diketengahkan. Fastabiqul Khoirot ada kongsikan bahan-bahan serta cara memasaknya. Selamat mencuba!

 

RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG PALING SEDAP

Cara Masak Gulai Tempoyak Telur Goyang Paling Sedap, Mudah Je Resipinya

BAHAN-BAHAN:

  • Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
  • Cili padi
  • Cili merah besar – buang biji
  • Bawang putih (guna banyak) beli online disini
  • Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
  • Air secukupnya
  • Serai – diketuk
  • Sedikit santan beli online disini
  • Serbuk kunyit secukupnyabeli online disini
  • Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
  • Garam, gula & penyedap rasa jika perlu  
  • Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.

2.Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.

3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.

4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.

5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.

IKLAN

6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.

7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah dugoreng goyang terlebih dahulu.

8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.

9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.

Cara Masak Gulai Tempoyak Telur Goyang Paling Sedap, Mudah Je Resipinya

10.Gulai Tempoyak Telur Goyang sedia untuk dinikmati.

Cara Masak Gulai Tempoyak Telur Goyang Paling Sedap, Mudah Je Resipinya

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Fastabiqul Khoirot

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

IKLAN

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji  

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI