Jika kamu adalah penggemar beef slice yang dijual di pasaraya atau suka makan beef slice di subway, kamu pasti suka dengan resipi ini! Di jamin halal, bersih dan sedap,walau bagaimana pun setiap yang sedap kena ada usaha ya kan.. Ikut step by step cara nak menghasilkan beef slice yang sedap dengan bahan perasap yang terbaik! Boleh di jadikan makanan pagi dan sajian tambahan dam hidangan pasta nanti! Selamat mencuba.
RESIPI BEEF SLICE WITH SMOKE
BAHAN-BAHAN:
Mula-mula kita siapkan bahan “dry rub”:
3 sudu besar garam kasar (laut lagi baik)
1/3 cawan gula pasir
2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu kecil paprika
CARA PENYEDIAAN:
Bahagian terbaik ialah navel atau “plate” (berwarna biru). Disebabkan saya tak dapat bahagian ini, saya gunakan brisket.
Ads
Sebaik-baik bahagian untuk membuat beef bacon ialah bahagian dekat pusat / navel lembu. Ia dipanggil “plate”. Saya tak dapat plate, jadi saya beli bahagian sebelahnya, “brisket”
Gaulkan kesemua bahan “dry rub”.
Sapukan dan urutkan daging dengan campuran “dry rub”. Pastikan kesemua bahagian diurut dan disapu dengan dry rub itu.
Masukkan daging dan kesemua dry rub dalam plastik dan tutup rapat. Pastikan air daging tidak keluar dari plastik. Masukkan ke dalam peti sejuk / fridge / peti ais (bukan freezer atau bahagian air batu / pembeku)
Saya ikatkan plastik itu seperti ini
Perap sekurangnya 5 hari. Setiap hari keluarkan dan urut daging untuk pastikan rempah menyerap. Tak perlu keluarkan daging dari plastik. Urut dari luar dan pastikan air daging tidak tumpah. Daging akan mengeluarkan air dan texture daging akan mengeras sedikit.
Pada hari ke 6, keluarkan daging. Basuh daging bersih-bersih dengan air sahaja. Tak apa jika ada sedikit-sedikit rempah yang melekat pada daging
Lap daging hingga kering.
Biarkan daging terdedah, masukkan kembali ke dalam peti sejuk untuk dikeringkan semalaman
Keesokannya, kita keluarkan daging dan biarkan daging hingga ia berada pada suhu bilik (saya letak dalam oven yang dimatikan sebab tak mahu ada lalat menghurung)
Sementara itu, saya siapkan bahan untuk mengasap. Saya gunakan 3 sudu besar beras, 2 sudu besar gula perang, satu sudu besar teh boh. Semua bahan ini akan di panaskan hingga ia terbakar dan mengeluarkan asap. Asap ini yang akan memberikan “beef bacon” itu rasa yang unik.
Ads
Saya letak bahan asapan tadi dan sedikit oak wood chips pada bahagian bawah pengasap yang telah saya lapis dengan aluminium foil (supaya senang nak bersih kan).
Inilah rupa pengasap saya. Smoker ini khas untuk mengasap. Yang berwarna purple tu ialah methylated spirit yang digunakan sebagai bahan api.
Alternatif:
Jika tidak dihadiahkan “smoker” ini, saya telah bersedia untuk mengorbankan sebuah kuali untuk mengasap daging. Letakkan kuali atas dapur, letakkan bahan asapan (beras etc) pada dasar kuali. Letakkan daging atas rak berjaring. Tutup kuali rapat-rapat dan nyalakan api. Gula dan beras akan terbakar dan mengeluarkan asap
Apabila beras dll mula mengeluarkan asap, masukkan bekas berjaring dan letakkan daging tadi
Tutup rapat-rapat. Saya mengasapkan daging ini dalam satu jam.
Ads
Inilah rupa daging setelah diasapkan.
Sejukkan daging dan hiris nipis-nipis. Saya telah membawa daging yang telah disejukkan itu ke kedai daging halal dan mereka telah membantu saya dengan menggunakan mesin penghiris daging. Alhamdulillah. Tuan kedai amat menyukai rasa beef bacon ini (sempat dia merasa, Alhamdulillah)
Inilah rupa beef bacon yang sudah siap, menunggu untuk digrill atau digoreng.
Untuk merasa, saya goreng kan sebentar atas frying pan berisi sedikit minyak.
InshaAllah.. boleh digunakan sebagai “breakfast beef” atau didalam sandwich, salad dan pasta carbonara
Sotong adalah antara makanan laut yang digemari ramai. Andai berkunjung ke restoran ‘seafood’, memang tak sah kalau tak order masakan sotong. Malah, jika ke Terengganu, sajian sotong celup tepung menjadi satu kemestian dan wajib untuk dicuba. Kalau tak singgah makan, rasa macam tak lengkaplah kedatangan anda ke negeri yang terkenal dengan kemewahan hasil lautnya itu.
Nak cuba hasilkan sendiri hidangan Sotong Goreng Tepung yang garing dan enak secara homemade? Resipi di bawah ini anda boleh cuba.
SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ]potong bulat
1 biji telur
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari
60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.
Ok, bila dah dapat resipi best ni, pastinya rasa nak pergi pasar beli sotong je kan? Sebelum tu, RASA kongsikan sedikit tip memilih sotong segar. Selalunya anda dapat tips untuk memilih ikan yang segar, tetapi bagaimana pula tips untuk memilih sotong? Ini tip yang boleh dijadikan panduan.
Foto: Radi Pemborong Ikan
TIP PILIH SOTONG SEGAR
1. Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
2. Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
3. Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
4. Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
5. Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
6. Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
7. Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badan sotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
Buntu memikirkan resipi menu makan tengahari dan malam yang mudah tapi enak untuk dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari dan malam keluarga tercinta. Jom cuba!
1. SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang.
Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
2. SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 tangkai cili merah | cincang halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 batang serai | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
Kukus semula dalam lima minit.
Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
3. SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Bahan Untuk Salmon Panggang:
2 keping salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak zaitun
BahanSayuran:
Sedikit hirisan brokoli
Sedikit grisan lobak merah
Sedikit hirisan cendawan shitake
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.
INFO CHEEF: Untuk rasa salmon lebih sedap selepas digaulkan dengan bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
4. ASAM REBUS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
3-4 potong ikan Tenggiri | bersih dan tos
2 tangkai cili merah | belah dua
3-4 biji kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3-4 tangkai cili padi | titik
3cm halia | titik
3cm inci lengkuas | titik
11 batang serai | titik
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan Tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit, asam gelugor.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit.
Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya
Sedia dihidangkan.
5. SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
6. YEE MI WANTAN KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket yee mi
250gm isi ayam | potong kecil
2 pokok sawi |potong dan celur
2cm halia muda | hiris nipis
10 biji wantan segera | goreng
Bahan Kicap Untuk Mi:
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak bijan
2 ulas bawang putih | cincang
1 cawan stok ayam
Bahan Perapan Ayam:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan madu
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Rebus ayam bersama halia hingga masak. Angkat dan toskan.
Air rebusan ayam diambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup. Masukkan bawang besar,garam dan lada sulah.
Seterusnya perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Kemudian goreng sekejap.
Untuk kicap mi, Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan satu cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.
Untuk menghidangkannya, tuang sedikit kicap mi tadi pada yi mi dan gaul ratakan.
Hidangkan yi mi bersama kuah sup dan ayam goreng dan sawi yang telah dicelur tadi.
INFO CHEF: Selain digoreng, ayam juga boleh dipanggang ataupun dibakar.
7. SEAFOOD SOUP
BAHAN-BAHAN:
50gm sotong | hiris bulat
3 ekor udang
50gm tiram
20gm bawang Holland | cincang
10gm bawang putih | cincang halus
4 helai herba rosemary
150ml air rebusan ayam
60ml sos pasta
1/4 sudu makan serbuk perasa aromat
1/4 sudu makan serbuk lada putih
1/4 sudu makan serbuk cili kering
1 sudu makan minyak
Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holand, bawang putih sehingga naik bau atau biarkan selama 1-2 minit.
Seterusnya masukkan semua seafood bersama herba rosemary, lada putih dan air rebusan ayam.
Jika anda nak masak lauk yang mudah dan ringkas, boleh cuba masak mapo tofu berkuah pedas ala masakan cina ini. Gabungan rasa kuah yang manis dan pedas serta tofu yang lembut memang mantap. Makan pula dengan nasi putih, sedap tak terkata. Ini resipi yang dikongsi oleh Zurina Zulkefli yang boleh anda cuba.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...