Minuman yang dihasilkan dengan kombinasi Milo dan nescafe yang sangat sedap dan memberikan tenaga untuk menempuh hari yang sibuk. Enak dinikmati secara panas mahupun sejuk.
Mudah rupanya nak buat kulit cream puff resipi perkongsian saudari Jemah Jematul Adawiyah ni. Nampak gebu! Puan-puan yang suka makan cream puff ni bolehlah cuba. Intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Ada yang suka krim kastard, ada yang suka krim keju dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu, meh ‘hadam’ cara-cara buat kulit Cream Puff ni. Selamat mencuba!
CARA BUAT KULIR (PASTRI) UNTUK CREAM PUFF
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega/marjerin
275gm air
150gm tepung gandum
3 biji telur gred C
1 sudu teh creamy vanilla – boleh gantikan dengan esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Satukan marjerin dan air di dalam kuali. Masak hingga marjerin cair. Padamkan api.
2. Masukkan tepung. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
3. Buka api kecil sahaja dan masak adunan hingga tidak melekat di kuali.
4. Alihkan adunan ke bekas yang lain dan biar sejuk seketika.
5. Bila adunan sudah suam, boleh masukkan creamy vanilla diikuti telur satu persatu. Adun hingga sebati dan dapat tekstur yang dikehendaki.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
7. Paipkan adunan ke dulang yang telah dialas dengan baking paper. Sebelum itu, panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit. Tekan sedikit muncung cream puff menggunakan jari dan renjis sedikit air.
8. Bakar selama 40 minit atau hingga pastri cream puff keperangan.
9. Setelah siap, sejukkan pastry creampuff di dalam peti sejuk sebelum dipaipkan aneka inti pilihan anda.
INFO:
Telur kena dimasukkan sebiji demi sebiji bagi mengelakkan terlebih. Sebagai contoh, jika resipi guna 4 biji telur, masukkan 3 biji terlebih dahulu dan tengok keadaan doh. Jika adunan doh sempurna, sudah tidak perlu tambah. Jika agak kental, pecahkan telur ke-4 dalam bekas lain, pukul sedikit dan tambah ke dalam adunan sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang dikehendaki.
Kalau ketuhar cepat panas, turunkan suhu. Jangan buka pintu ketuhar semasa proses pembakaran berlaku bagi mengelakkan pastri tidak menjadi.
Guna api atas bawah. Jika ketuhar anda ada kipas, boleh pasang kerana ia membantu proses puff mengembang dengan cantik.
Selalu biskut menggunakan coklat atau pelbagai jenis coklat seperti white chocolate atau dark chocolate. Kali ini, cuba kita gunakan Ovaltine pula. Beri kelainan sedikit pada variasi biskut yang kita buat.
Jom kita lihat resipinya.
OVALTINE CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN A
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/4 cawan minyak jagung
BAHAN B (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan Ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
BAHAN C
1 cawan badam cencang (dibakar sekejap)
1 cawan chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega bersama gula halus. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam dan juga minyak jagung. Gaul lagi.
3. Masukkan pula BAHAN B kecuali tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Apabila semuanya sudah sebati, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil diadun sehingga adunan lembut.
5. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Adun rata.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
Ulang proses sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...