Kek simple je guna 4 bahan je tapi masya-Allah sedapppp. Jangan risau tiada sebarang tepung digunakan. Jadi tak perlu pening kepala tepung itu ini tak ada dan sebagainya.
Sejukkan dulu pun sedap. Sagat cheddar cheese atasnya pun best juga. Kek ini juga sesuai untuk mereka yang menjaga diet tapi masih mahu menikmati kek keju yang sedap.
Menerusi perkongsian daripada Noorul Izzah Marzuki, dia menggunakan 1 sudu sahaja lakanto jadi tak manis, boleh lebihkan jika nak manis ya.
Oh ya, kecil je saiz kek ni, boleh gandakan adunan kalau nak saiz besar/tebal. Boleh dihidang untuk 8 potongan.
CHEESECAKE GEBU GUNA 4 BAHAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
125g cream cheese (saya guna Tatura je) ⅓ cawan (80ml) whipping cream 1 sudu besar lakanto/sweetener (kalau nak manis boleh lebihkan) 2 biji telur saiz A (atau 3 biji telur saiz B ) suhu bilik | asingkan kuning dan putih
1. Pukul cream cheese, whipping creamdan lakanto/sweetener sampai gebu dan tidak berketul menggunakan mixer. Boleh guna pengisar tetapi akan susah dikeluarkan nanti. – ( Dapatkan STANDMIXER berkualiti dengan harga berpatutan DISINI) 2. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese. Pukul dengan mixer sehingga sebati dan gebu. Ketepikan dan masukkan dalam mangkuk lain. 3. Pukul putih telur pula, dalam sehingga kembang, gebu dan terbentuk soft peak (terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh). Jangan overbeat sampai berketul. Masa pukul tu sentiasa tengok untuk elak overbeat.
4. Ambil 1 senduk adunan putih telur, masukkan ke dalam adunan cream cheese. Kaup balik sekejap. Kemudian masukkan semua adunan telur putih dan kaup balik sehingga sebati, adunan kena betul sebati, gebu, licin, tiada ketulan ya (yang ni penting). 5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan non stick paper. Saya guna loyang 6 inci. Bakar secara waterbath (letak loyang kek ke dalam bekas lain berisi air panas, rujuk gambar).
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 selama 50 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing. ( 7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam ketuhar, buka pintunya sedikit. Kemudian baru keluarkan.
Ads
8. Bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Saya sagat cheddar cheese je. Makan saja tanpa topping pun dah sedap. Sejukkan dulu dalam peti ais pun best juga. Selamat mencuba!
Siapa yang tak suka menu ayam goreng berempah kan? Kali ini kita buat special sikit, ayam goreng berempah cajun.
Hanya gunakan rempah siap sedia ada, resipi yang dikongsi saudari Keroroyz Royz ini, cepat dibuat dan tidak mengambil masa yang lama.
Sedia sedap tak perlu tambah garam dan perasa. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4 orang makan.
AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
BAHAN-BAHAN:
500gram ayam | dipotong kecil 3 sudu besar ready mix cajun @ rencahmudah (saya beli di shopee) 1 sudu besar ready mix peri peri @ rencahmudah (untuk lebih pedas, boleh beli di shopee) 2 sudu besar kelapa parut 5 tangkai daun kari Minyak untuk menggoreng
3. Kisar bahan-bahan kisar dan tapiskan airnya. Goreng bersama kelapa parut sedikit garam dan perasa hingga keperangan. Kacau selalu. Angkat dan toskan minyak.
4. Akhir sekali, goreng daun kari dan campurkan bersama bahan-bahan kisar. Taburkan di atas ayam goreng.
Kredit resipi: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedar tak sedar rancangan Rasa: Ketuhar Kuali sudah memasuki episod kesembilan. Setiap minggu ada sahaja menu-menu menarik, mudah dan enak yang dikongsi oleh Aunty Aini dan Adam Didam untuk para penonton setia. Semuanya sangat mudah, sedap dan pastinya sesuai untuk puan-puan cuba di rumah.
Lebih istimewa pada episod kali ini, Aunty Aini dan Adam telah menggunakan gula perang keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dalam resipi mereka.
Untuk pengetahuan semua, Gula Perang CSR dihasilkan dari gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi. Oleh sebab itu, gula perang CSR ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan rasa masakan harian anda.
Bagi anda yang tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 9, Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini iaitu Kentang Lenyek Bersama Sos Pesto, Ayam Percik dan Tat Strawberry.
RESIPI RASA: KETUHAR KUALI EPISOD 9
1. KENTANG LENYEK BERSAMA SOS PESTO
BAHAN-BAHAN:
Air
Kentang Kecil
Minyak Zaitun
Garam
Serbuk Lada Hitam
Daun Parsley
2 Cawan Daun Selasih
3 Ulas Bawang Putih
3 Sudu Besar Kacang Pain
4 Sudu Besar Jus Lemon
¼ Keju Parmesan
3 Sudu Besar Minyak Zaitun Extra Virgin
Air
Garam
Serbuk Lada Hitam
CARA MEMASAK:
Rebuskan kentang bersama kulit dalam air panas selama 20minit.
Lenyekkan kentang diatas dulang pembakar.
Sapu kentang dengan minyak zaitun.
Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam diatas kentang.
Bakar selama 15minit pada suhu 200’C.
Untuk sos, kisar daun selasih, bawang putih, kacang pain, keju parmesan dan jus lemon.
Masukkan minyak zaitun kedalam bahan kisar dan kisar lumat.
Apabila kentang telah siap dibakar, letakkan sos pesto yang telah siap keatas kentang.
Taburkan sedikit daun parsley.
Siap untuk dihidang.
2. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 Ekor Ayam Potong 8
6 Batang Serai
1 Inci Lengkuas
10 Biji Cili Padi
2 Inci Kunyit
1 Sudu Besar Biji Ketumbar
1 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan Putih
1kg Santan
½ Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
Garam
6 Biji Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
CARA MEMASAK:
Tumis kering jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar.
Kisar bahan tumis kering bersama serai, kunyit, lengkuas, cili padi, serbuk lada hitam, bawang putih, bawang merah dan sedikit air.
Panaskan minyak masak, dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan santan apabila bahan tumis telah kering.
Perasakan dengan garam dan asam keping.
Masukkan ayam kedalam periuk, dan masak ayam sehingga 70% masak selama 15 minit.
Keluarkan ayam dan masukkan kedalam dulang pembakar.
Bakar ayam atas rak jaring dan dibawahnya diletakkan dulang pembakar berisi air selama 30 minit.
Terus masak kuah sehingga pekat dan naik minyak.
Sapu ayam dengan kuah yang dimasak selang 10minit secara bergilir.
Hidang ayam bersama kuah yang telah dimasak.
Siap untuk dihidang.
3. TAT STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
20gm Tepung Serbaguna
55gm Serbuk Almond
45gm Mentega
55gm Gula Perang
1 Biji Telur
Strawberi
3 Sudu Besar Air
50gm Gula
CARA MEMASAK:
Ayakkan tepung dan campur dengan serbuk almond.
Masukkan mentega, gula perang, dan mesin kesemua bahan.
Masukkan telur dan mesin hingga rata.
Tuang adunan kedalam dulang tat pembakar.
Susun strawberi dibahagian atas dan bakar selama 30minit pada suhu 180’C.
Untuk sos, potong strawberi bersaiz kecil.
Masukkan kedalam periuk kecil, dan tambahkan gula. Tambah air jika perlu dan kacau hingga hancur dan mengeluarkan jus lebih kurang 30minit.
Lenyek strawberi dengan menggunakan penapis bagi menghasilkan tekstur yang halus.
Keluarkan tat dari dulang pembakar apabila sedikit sejuk, dan letak diatas pinggan hidang.
Ikan rebus goreng. Lauk kampung yang ringkas namun sangat enak dan membuka selera. Goreng garing-garing dan nikmatinya segera bersama nasi putih hangat. Dicicah dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi berselera dimakan. Baunya ketika digoreng sangat menggugat iman. Harum! Isi ikan yang pejal dan wangi, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, memang tak jemu dimakan. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom lah cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN SELAYANG REBUS YANG SEDAP, TAK HANYIR & PEJAL
BAHAN-BAHAN: 10 ekor ikan selayang / sardin – disiang dan dibersih 1 sudu besar garam bukit – beli online disini 1 senduk cuka – beli online disini 1 keping asam gelugur – beli online disini 1 keping kecil nise Kelantan atau gula melaka – beli online disini 1-2 hiris lengkuas 1 hiris halia 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Ikan selayang atau ikan sardin disiang dan dibersih. 2. Kemudian susun ikan dalam periuk. 3. Taburkan garam bukit dengan rata di atas ikan. 4. Masukkan cuka dan asam gelugur. Ia adalah tip untuk membuatkan isi ikan menjadi pejal. 5. Tidak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan sendiri sewaktu dimasak nanti. 6. Untuk memberikan rasa ikan yang manis dan sedap, patahkan nise kelatantan atau gula melaka. 7. Masukkan juga hirisan lengkuas, halia dan daun pandan. Ia adalah rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi. 8. Rebus ikan guna api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk. 9. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan lebihan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
10. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati. 11. Ikan Rebus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa lebih sedap, ia boleh digoreng. Caranya ialah, panaskan minyak dalam kuali. 12. Masukkan ikan rebus dan goreng hingga garing guna api sederhana. 13. Tambahkan hirisan bawang dan cili untuk rasa enak yang lebih nikmat. Boleh cuba cicah dengan budu. Ikan rebus goreng ini juga enak dimakan bersama Pulut yang digaul dengan kelapa muda.
PETUA: Ketika menggoreng ikan rebus, minyak akan meletup-letup. Tutup kuali guna penutup periuk untuk mengelakkan minyak merecik.