
Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar Cekodok Pisang @ Cucur Pisang yang gebu, saudari Sabrina Abdul Ghani ada kongsikan satu resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Sedap, rangup, lembut di dalam dan tak serap minyak. Gula tak guna banyak dan tak payah letak air dalam adunan. Guna 3 bahan je. Memang sangat-sangat senang dan tidak perlu banyak bahan untuk disediakan. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti sukakannya.
RESIPI CEKODOK PISANG GEBU GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
- 8 biji pisang
- 3 cawan tepung naik sendiri – beli online disini
- 3 sudu makan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Kupas pisang dan masukkan ke dalam bekas. Boleh guna apa sahaja jenis pisang yang masak.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan juga gula. Gula guna sedikit sahaja kerana pisang sudah memberikan rasa manis.
3. Lenyek hingga menjadi adunan yang sebati.
4. Panaskan minyak masak, jemputkan adunan menggunakan tangan dan masukkan ke dalam kuali. Adunan tidak perlu diperap.
5. Goreng Cekodok Pisang hingga garing dan masak.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sabrina Abdul Ghani
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8csh0o
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Hidangan Ringkas & Ringan Untuk Tetamu Cilik Di Hari Raya.

Bila tibanya hari raya, maka ramailah tetamu yang datang ke rumah. Tidak ketinggalan juga tetamu-tetamu cilik yang mungkin merupakan kawan-kawan sekolah anak kita taupun anak jiran tetangga. Kanak-kanak ni tak berapa gemar hidangan yang berat-berat jadi anda boleh sajikan menu yang lebih ringkas untuk mereka.
1. PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
- Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
- Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
- Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
- Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
- Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
- Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
- Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
2. POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
3. SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
4. ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
- Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
- Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
5. POTATO & LEEK CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 60gm whipping cream
- 30gm krim masam
- 50gm bawang holland |dihiris
- 40gm leek | dihiris
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
- Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
- Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
6. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
- 300gm daging cincang
- 1 cawan serbuk roti
- 1 pokok daun bawang | cincang halus
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
- 150gm krim keju
- 100 susu segar
- 1 keping keju cheddar
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
- Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
- Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
- Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
- Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
- Enak dihidangkan panas-panas.
7. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam | potong dadu kecil
- 1 biji bawang merah | cincang halus
- 1 1/2 cawan kentang lecek
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 200gm tepung gandum
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
- Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
- Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
- Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
- sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
- Angkat, tos dan hidangkan.
8. TAGLIATELLE CARBONARA BERKARI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm pasta tagliatelle | direbus hingga lembut
- 1 ulas bawang merah | hiris halus
- 1 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu kecil rempah kari daging
- 5 biji cendawan pilihan | dihiris
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 cawan stok ayam
- Garam secukup rasa
- 125ml krim masakan
- Sedikit lada benggalam merah/kuning/hijau | dipotong dadu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan masak garing. Tambahkan cendawan, stok ayam, lada benggala, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
- Biarkan mereneh sehingga kandungan stok ayam tinggal separuh dari kuantiti asal.
- Masukkan krim masakan. Kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
9. MUFIN BAYAM BERLEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 25gm mentega
- 200ml susu
- 100gm bayam
- 1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 1/3 cawan keju parmesan | diparut
- 1 biji telur
- 120gm keju krim
- 8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
- Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
- Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
- Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
10. QUICHE BAYAM BERKRIM
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 300gm tepung gandum
- 120gm shortening
- 120gm mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air sejuk (berais)
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
- 150gm bayam | bersihkan dan celur
- 1 cawan krim masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
- Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
- Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
- Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
- Angkat dan sedia dinikmati.
11. SALAD PASTA PELANGI
BAHAN A:
- 250gm pasta spiral | dimasak mengikut arahan pada paket
- 1/2 tin jagung dalam tin
- 200g dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 biji lada benggala kuning| dihiris
- 1 biji cili hijau| dihiris
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 3 helai daun salad | dihiris halus
- 1/4 cawan daun ketumbar
- 1 biji bawang merah | dihiris
BAHAN B:
- 5 biji limau nipis | diambil jus dan parutan kulit
- 1 sudu makan madu
- Garam dan lada sulah secukupnya
- 2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk kecil, campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Tuang bahan B dan gaul sekali lagi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sedia untuk dinikmati.
Rahsia Buat Cucur Ketam Crispy, Makan Panas Panas Memang Layan

Sarapan dengan cucur yang dimakan panas-panas memang layan. Cicah pula dengan sos gerenti habis sepinggan. Jom kita buat cucur ketam crispy. Rangup kat luar tapi lembut di dalam.
CUCUR KETAM CRISPY
BAHAN-BAHAN:
500g tepung gandum-beli online di sini
250g/1 paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
100g taugeh
100g lobak merah (disagat)
50g daun kucai
2 cawan air
1 1⁄2 sudu teh baking powder-beli online di sini
Garam-beli online di sini
Gula
Secukup rasa
Minyak secukupnya
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di atas dan kacau rata.
2.Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati.Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.
3.Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.
4.Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.
5.Sedia untuk dihidang. Rangup di luar. Lembut di dalam.
NOTA: Anggaran untuk 5-6 orang makan. Masa penyediaan lebih kurang 25minit.
Kredit: Cik Dayang Zuhaila
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Hanya Guna 5 Bahan, Mudah Je Nak Buat Dorayaki Comel

Isi Kandungan
ToggleBila sampai musim cuti sekolah, ibu-ibu mesti pening untuk sediakan menu buat anak-anak.
Tak mengapa, boleh cuba resipi dorayaki comel ini yang dikongsi Suzana Othman ini. Nampak mudah dan sedap.
Bahan yang digunakan pun mudah didapati. Dimakan pula dengan chocolate almond spread. Tapi kalau nak guna nutella pun boleh, lagi sedap.
DORAYAKI COMEL
BAHAN-BAHAN:
*4 biji telur
*4 sudu madu – beli online di sini
*110gm gula – beli online di sini
*1 sudu besar minyak masak – beli online di sini
*1 sudu kecil esen vanila
200g tepung naik sendiri | ayak – beli online di sini
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
CARA-CARA:
1. Kisar bahan bertanda * sehingga kembang.
2. Masukkan adunan yang dah dikisar dalam bekas, kemudian tuang tepung yang dah siap ayak sedikit demi sedikit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Kacau guna whisk hingga rata. Rehatkan adunan selama 15 minit.
4. Panaskan non-stick pan, tak perlu oles dengan minyak atau marjerin.
5. Cedok adunan ke dalam pan. Gunakan api paling kecil.
6. Bila adunan dah keluar buih-buih kecil, balikkan dan tunggu hingga masak.
7. Ulang proses hingga adunan habis.
BAHAN CHOCOLATE ALMOND SPREAD:
200g coklat coin @ coklat masakan
100gm non diary whipping cream
40gm minyak masak
40gm almond nib | dipanggang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Double boil bahan di atas hingga larut dan cair sepenuhnya.
2. Selepas siap dilarutkan, alihkan bekas coklat dari dapur.
3. Masukkan 40g minyak masak. Kacau hingga minyak sebati dengan coklat.
4. Setelah itu, masukkan 40gm almond nib yang dah dipanggang. Kacau hingga rata. Biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Dah sedia untuk disapu pada dorayaki. Bolehlah nak letak banyak mana pun, homemade lah katakana.
6. Chocolate spread selebihnya simpan dalam botol kaca.
Kredit resipi: Suzana Othman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Mudah Buat Puding Mangga Sedap & Menarik, Memang Menjadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: