Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Biasanya bila tiba bulan Ramadan, kuih ini menjadi pilihan ramai. Di sesetengah kawasan, agak sukar nak dapatkan juadah-juadah kegemaran terutamanya pilihan orang Pantai Timur. Andai ada pun, tak sama seperti rasa yang kita makan di kampung halaman. Jadi inilah masanya untuk kita cuba hasilkan sendiri sajian untuk keluarga. Nak cuba buat Kuih Asam Gumpal ni? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang. 2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan. 3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam. 4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal. 5. Masukkan inti yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.
6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.) 7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan. 8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.
Kari Ikan Tongkol memang cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ni kalau dimakan dengan Nasi Dagang memang padulah. Biar lauk tu mesra dalam periuk beberapa jam, lagi mantap lah rasanya
Jom semak resipi mudah ni, berbaloi untuk dicuba…
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH UNTUK MEMUDAHKAN ANDA DI RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Makanan laut seperti kepah, sotong, lala dan udang bukan sahaja enak dijadikan lauk utama bahkan jika dicampur dalam masakan sampingan lain, akan menambahkan lagi keenakan rasa hidangan tersebut. Khas untuk anda, ditampilkan 10 jenis masakan daripada sayuran yang sesuai dimasak bersama makanan laut. Hmm…pasti membuka selera. Jom cuba!
1. TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
300gm tauge
100gm kucai
10 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong saiz sederhana
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
3 ulas bawang putih | dicincang halus
Serbuk lada putih secukup rasa
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.
Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak
2. SAMBAL PETAI LALA
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai | dibuang kulit
500gm lala
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk m,enumis
1 biji bawang besar | dihiris
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
2cm belacan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa diikuti garam dan juga gula dengan secukup rasa.
Seterusnya masukkan petai dan lala. Gaul hingga sekata dan masak sehingga kulit lala terbuka.
Masukkan hirisan bawang besar dan biarkan layu seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Petai hendaklah direndam seketika di dalam air panas
3. LALA MASAM MANIS BERSAMA TIMUN & NANAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji timun | dibuang kulit dan biji
100gm nanas
500gm lala
1 biji tomato
1 batang serai | dititik
4 sudu makan pes cili
4 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan serai diikuti bahan kisar. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan lala dan masak sehingga kulitnya terbuka.
Seterusnya masukkan nanas, timun dan tomato. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Biji timun dibuang bagi mengelakkan hidangan menjadi terlalu berair
4. ASAM REBUS SAYUR KELADI DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang sayur keladi | dibersihkan
3 keping asam gelugur
10 ekor udang bersaiz sederhana
Gula dan garam secukup rasa
1 batang serai | diketuk
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tambah sedikit air jika campuran kelihatan agak pekat. Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sayur keladi yang telah dipotong kecil dan juga udang. Biarkan lembut.
Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef : Jika mahukan aroma yang lebih enak, tambahkan daun kesum dan hirisan bunga kantan
5. KAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
500gm kalian
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Minyak untuk menumis
BAHAN TUMBUK:
4 ulas bawang putih
5cm ikan tenggiri jeruk
6 biji cili padi
BAHAN TABUR:
10gm isi ikan tenggiri masin | dihiris dan digoreng garing
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga wangi.
Setelah kelihatan agak garing, masukkan sos tiram dan minyak bijan.
Kemudian masukkan sayur kalian. Kacau sehingga agak layu.
Angkat dan taburkan dengan isi ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Tambah dua sudu makan air jika ingin sayur yang sedikit berkuah
6. TAUHU KUKUS UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping tauhu lembut | digaul garam secukup rasa
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh sos tiram
2 tangkai daun bawang |dimayang halus
2 tangkai daun sup |dimayang halus
1 sudu makan bawang merah goreng
2 sudu teh bawang putih goreng
1 tangkai cili merah dihiris serong
2 sudu teh udang kering | digoreng garing
2 batang filamen ketam (crabstick) | diracik dan digoreng garing
CARA MEMASAK:
Letakkan tauhu diatas pinggan tahan haba dan tuangkan kicap cair, sos tiram dan minyak bijan ke atasnya.
Taburkan daun sup, daun bawang, cili hiris dan separuh udang kering ke atas tauhu.
Kukus selama 10minit supaya perisa meresap dan sebati dengan tauhu.
Tutup api dan taburkan bawang merah goreng, bawang putih goreng, lebihan udang kering goreng dan filamen ketam goreng keatas hidangan.
Hidangan siap dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh juga di tambah dengan udang segar bagi menambahkan kemanisan hidangan.
7. SAWI KUKUS BERSAMA KEPAH
BAHAN-BAHAN:
200gm kepah
10 tangkai sawi manis kecil
1/2 batang lobak merah | dihiris panjang
2 ulas bawang putih | didadu kecil
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih goreng
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk kukus dengan api sederhana. Sementara itu, basuh sawi, belah dua dan toskan.
Gaul kepah bersama bawang putih, garam dan 1/2 sudu makan sos tiram. Kukus selama tiga minit.
Sementara mengukus kepah, gaul daun sawi dengan 1/2 sudu besar sos tiram.
Kemudian susun sawi tadi di atas kepah yang dikukus dan sambung mengukus selama 3-5 minit sehingga kulit kepah terbuka.
Tabur bawang putih goreng dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Selain kepah, boleh juga menggunakan udang atau isi ketam.
8. CENDAWAN BERSAMA KEPAH
BAHAN-BAHAN:
200gm kepah
8 biji cendawan butang perang | dihiris
50gm cendawan shimeiji | dibuang akar dan diceraikan
10gm cendawan jeli hitam kering ( telinga kera) | direndam hingga lembut
2 ulas bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh sos ikan
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan kepah bersama sos tiram. Ketepikan.
Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih. Kacau sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.
Masukkan kepah ke dalam kuali dan kacau rata sehingga kulit kepah terbuka sedikit.
Masukkan cendawan shimeiji, cendawan butang dan kacau rata
Apabila kepah telah terbuka sepenuhnya dan cendawan kelihatan lembut, masukkan cendawan jeli hitam, sos ikan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Sos ikan telah memberikan rasa masin , tambah garam jika perlu sahaja
9. ASPARAGUS UDANG
BAHAN-BAHAN:
10 batang asparagus | dihiris serong
10 ekor udang
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 sudu besar ikan bilis | dikisar halus
4 biji cili merah | dikisar halus
1 sudu teh udang kering | ditumbuk kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Rebuskan 2 cawan air dalam periuk, masukkan 1/2 sudu teh sedikit garam dan celur asparagus.
Apabila asparagus telah lembut, rendamkan ke dalam air sejuk berisi ais seketika dan toskan.
Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bahan kisar
Masak sehingga naik minyak
Masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masuk, kemudian masukkan asparagus dan gaul rata.
Tutup api dan sedia di hidang
Info chef: Asparagus boleh dimasak terus tanpa direbus dulu tetapi warna akan sedikit kusam dan kurang ranggup
10. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi kayu | dicelur
200gm pati santan
500gm sotong | dihiris
1 batang serai | dititik
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1cm halia | dikisar halus
1cm kunyit hidup | dikisar halus
2 sudu teh ikan bilis | dikisar halus
2 keping asam gelugur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan serai, bahan kisar dan asam keping. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
Kemudian masukkan santan dan sotong. Kacau rata.
Seterusnya masukkan pucuk ubi yang telah dicelur. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong perlu dimasak kurang 5 minit bagi memastikan tekstur kekal lembut dan tidak kenyal
Jika buntu nak masak menu apa, ni ha…Telur Bungkus Ayam Tiram ni semestinya pilihan yang boleh dipertimbangkan. Menu yang sangat ringkas tapi rasanya memang sedap. Anak-anak pun pastinya suka. Pendek kata, memang tak perlu lauk lain dah. Jom cuba!
TELUR BUNGKUS AYAM TIRAM
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam hancur
100gm sayur campur
3 ulas bawang putih | dicincang
200ml sos tiram
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN TELUR ( DIPUKUL BERSAMA):
4 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan sayur campur. Kacau dan masak sehingga kering.
Kemudian, tuangkan sos tiram dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
Panaskan minyak di dalam satu lagi kuali, dadarkan telur dengan lebar yang sesuai.
Sudukan ayam yang telah dimasak secukupnya dan bungkus telur dengan kemas.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
Info Chef: Kuali cembung (wok) digunakan untuk mendadar telur supaya ayam tiram mudah dibungkus.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...