Kek Keju homemade ni memang sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahan sangat ringkas malah cara penyediaannya pun mudah. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek keju, resipi perkongsian saudari Nor Atika ni antara yang terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK KEJU MOIST HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
• 6 biji telur gred B – asingkan kuning dan putihnya
• 300gm krim keju
• 200gm tepung naik sendiri (beli online disini)
• 50gm tepung jagung (beli online disini)
• 1/2 cawan whipping cream (jenis dairy/tenusu)
• 3 sudu makan mentega (beli online disini)
• 1/2 cawan gula ising (beli online disini)
• 1 sudu teh cream tartar (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putihnya. Letak dalam bekas berlainan.
2. Masukkan krim keju ke dalam bekas. Lembutkan. Kemudian masukkan kuning telur.
3. Sebatikan kedua-dua bahan ni hingga sebati menggunakan pemukul tangan (whisk).
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
5. Seterusnya, panaskan whipping cream bersama mentega hingga cair menggunakan Teknik double boiler.
6. Setelah cair, masukkan campuran whipping cream tadi ke dalam adunan tepung.
7. Pukul sehingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
8. Untuk membuat meringue, pukul putih telur menggunakan mixer hingga berbuih.
9. Kemudian masukkan gula ising dan cream tartar.
10. Pukul lagi adunan hingga bertanduk.
11. Ambil senduk adunan putih telur dan masukkan ke dalam bekas adunan tepung tadi. Ratakan.
12. Kemudian masukkan lebihan adunan putih telur. Kaup balikkan hingga rata dan sebati.
13. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi.
14. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Bakar kek guna teknik Water Bath selama 1 jam lebih. Ketuhar mungkin berbeza jadi kena tengok suhu dan masa ikut ketuhar masing-masing. Water bath adalah teknik bakar kek dimana perlu letak air panas di dalam tray sebelum dimasukkan loyang kek.
15. Bila kek dah keperangan, bolehlah dikeluarkan. Sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nor Atika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan
Menu Seafood Petai Ala Thai & Sagu Kurma Jelly Imbau Nostalgia Eira Syazira & Azad Jazmin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI