Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A: • 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya ) • 3200 ml air
CARA MEMASAK: 1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton. 2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan. 3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah. 4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air. BAHAN B ( CAMPURAN GDL): • 1 1/2 sudu teh GDL (beli online disini) • 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini) • 3 sudu besar air soya yang belum dimasak CARA MEMBUAT: 1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati. 2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
CARA MEMBUAT TAUFU FA: 1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)
Ads
2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.
3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka. BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
• Air • Gula/gula melaka • Daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis. 2.Tapis dan sejukkan.
INFO: • Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap. • Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya. • Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Cuaca panas begini memang sedap dapat air tembikai lemon laici. Wah, dengar nama menu air pun dah terbayang sedapnya lalu di tekak. Apatah lagi saat menikmatinya.
Kali ini, Ben Safwan berkongsi resipi untuk menyediakan Air Tembikai Lemon Laici yang sedap ini. Tambahkan pula ketulan ais. Minum sejuk-sejuk. Fuh! Memang meredakan suasana dan cuaca yang panas ni.
Bahan-bahan penyediaan pun mudah sahaja. Jom kita buat. Boleh juga buat untuk dihidangkan pada tetamu yang datang.
Masukkan tembikai yang telah dipotong kulitnya ke dalam pengisar.
Campurkan air lemon sekali ketika mengisar.
Kemudian, tapiskan untuk buang sedikit hampas atau buihnya. Lebih kurang 1/3 hampasnya perlu dibuang untuk mengelakkan jus tersebut daripada pekat bersalut.
Setelah itu, tambahkan air laici tin dan bolehlah letakkan ketulan ais.
Tak perlu tambah gula kerana air dan buah ini sudah cukup manis.
Nasi Goreng Cina memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Menu ini andai dinikmati di restoran masakan cina, memang terasa sedapnya kan? Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti udang dan juga minyak bijan memberikan rasa yang lebih enak serta aroma yang memukau. Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI GORENG CINA SEDAP LETAK UDANG
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali.
2. Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning.
3. Biarkan selama dua minit.
4. Kemudian angkat dan simpan tepi.
5.Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit.
6. Biarkan seketika sehingga bawang putih keperangan kemudian angkat dan ketepikan. Bawang putih digoreng hanya untuk mendapatkan aromanya.
7. Masukkan udang dan biarkan ianya masak.
8.Masukkan lobak merah.
9. Masukkan daun bawang.
10. Masukkan telur hancur.
11. Gaul sebati.
12. Masukkan nasi putih dan gaul.
13. Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.
14. Siap untuk dinikmati.
INFO: Tip untuk nasi goreng sedikit lembut, tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng.
"Selak peti ais nampak terung bertimbun. Sayangnya kalau tak masak cepat ni, tapi bosan pula bila masak tak campur apa-apa.
Selak lagi peti ais ada ikan kering dengan petai. Memang padan ler tiga-tiga ni buat sambal kan. Makan dengan nasi panas tepi kolam ikan. Uih boleh layan 3 pinggan ni Sama je macam masak sambal biasa cuma campur ikan kering goreng dengan petai." itulah kata -kata Surya Sufyan yang berkongsi resipi ini.
Jom kita cuba sambal terung yang super lazat nih.
TERUNG SAMBAL IKAN KERING & PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung terung
2- 3 ekor ikan kering (Saya guna ikan kering gelama)
Petai secukupnya
Bahan untuk ditumbuk kasar:
6 biji Cili padi
2-3 biji Cili merah
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng terung, potong membulat
2. Goreng Ikan kering
3. Tumis bahan tumbuk
4. Letak garam dan gula
5. Masukkan petai
6. Masukkan terung dan ikan kering goreng tadi
7. Kacau sebati.
8. Ok, sedia di hidang.
Mudah dan cepat. Tak ada laut lain, pun boleh makan nasi sampai licin tau.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...