Nak masak rendang ayam atau daging tapi dalam kuantiti sikit sebab ahli keluarga tak ramai. Masalahnya resipi yang ada kebanyakannya dalam kuantiti banyak.
Bagi yang mahir memasak rendang tak jadi masalah tapi buat yang baru belajar memasak dah tentu keliru dengan sukatan. Bagi memudahkan anda yang ingin memasak dalam kuantiti sedikit boleh ikut resipi perkongsian Masmira Idris ini.
Beliau yang mengambil tempahan rendang dan biasa membuat rendang dalam jumlah yang banyak tapi kali ini berkongsi sukatan rendang untuk seekor ayam atau sekilo daging.
Resipi Rendang Ayam Seekor/ Daging Sekilo
Bahan-bahan
Ads
Ayam 1 ekor / daging 1 kg
Bahan kisar:
1 genggam atau lebih cabai kering
Sedikit cili padi (jika ingin pedas)
5-6 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
Bahan lain:
300g santan
Sedikit kerisik
1-2 keping asam keping
Sedikit gula melaka/merah
Sedikit gula batu
Cara membuat:
Kisar semua bahan tapi jangan halus sangat.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi
Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak akhir pun boleh, terpulang. Jika letak awal, kuah cepat pecah minyak dan garing.
Masukkan garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping, sedikit kerisik ( jika masak rendang daging, letak garam akhir)
Masak sampai pecah minyak dan garing.
Masuk ayam/daging dan tambah air.
Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Koyak-koyakkan daun limau purut masuk dalam kuah.
Menu daging memang disukai ramai. Selain digoreng dengan kunyit boleh juga masak lebih secial jika ada majlis bersama keluarga. Daging Masak Hitam ni menu yang mudah disediakan berbanding rendang. Makan dengan nasi minyak memang bertambah makan nanti.
DAGING MASAK HITAM
Bahan-bahan:
1kg daging (potong nipis)
KISAR SEKALI 4 biji bawang besar 4 ulas bawang putih-beli online di sini 2 inci halia 1 sudu teh jintan manis-beli online di sini 1 sudu teh jintan putih-beli online di sini 10 tangkai cili kering (nak pedas lebihkan)
2 inci kayu manis 2 kuntum bunga lawang Buah pelaga – option suka hati nak letak ke tak
DIHIRIS 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih
2-3 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
½ cawan kicap pekat
Cara memasak:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai wangi.
2.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Lebihkan minyak masa menumis.
3.Masukkan daging & air. Reneh sampai empuk. Kemudian masukkan kicap pekat. Perasakan air asam, garam dan gula.
4.Kalau nak masukkan dalam pressure cooker tak payah letak air. Tuang sekali kicap pekat dan kacau sekejap. Lepas tu dah boleh continue masak dalam pressure cooker mode meat. Dah masak baru perasakan air asam, garam dan gula.
Hari ni korang nak jamu tetamu makan tengahari atau malam, tapi tak tau menu apa nak masak . Ini RASA kongsikan tiga menu lauk ala kampung yang sedap dan gerenti dapat pujian tetamu punya. Sesekali menjamu tetamu di hujung minggu, apa salahnya. Murah rezeki kalau selalu jamu tetamu…
GULAI TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulanglembu | direbus hingga empuk
2 pucuk rebung | direbus lima minit
1 tangkai daun kari
150gm rempah kari
3cm halia | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
1kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
Masukkan santan dan hirisan rebung.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
12 biji cili hijau
5 biji cili padi |jika ingin pedas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
3 biji bawang besar |dihiris
4 ulas bawang putih |dihiris
4 sudu makan pes cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan sukar utnuk disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidang di majlis keraian, kenduri kendara atau untuk makanan harian.
Kelemakkan dan warna gelapnya, yang membuatkan daging dendeng adalah sejenis hidangan yang memerlukan banyakpengorbanan masa dan berjam-jam waktu memasak di atas dapur yang panas, hanya boleh dibuat oleh chef-chef dan makcik-makcik yang penuh berpengalaman. Memang benar, resepi dan kerumitan mungkin berbeza dari dapur ke dapur, tetapi, bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda boleh membuat daging dendeng yang hebat dan tidak kurang lazatnya dengan hanya bahan ringkas…
Hidangan yang seakan rumit ini sebenarnya sangat mudah dibuat. Ada yang perlu diketuk-ketuk sedikit, jadi mintalah bantuan dari yang lebih berotot atau dari anak-anak yang besar sedikit. Mesti mereka suka tolong ketuk-ketuk! Jadi, cubalah memasak resipi daging dendeng ini. Beri kejutan masakan anda kepada keluarga tersayang!
RESIPI DAGING DENDENG IBU MERTUAKU
BAHAN-BAHAN:
Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
Bawang merah 3 biji (kisar)
Bawang putih 5 ulas (kisar)
Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
Sos tomato
Bawang goreng
Kicap kipas udang manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
Ambil periuk dan masukkan daging . Letakkan kicap paras daging itu . Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung (jika nak carik-carikkan daging pun boleh) . Ketepikan .
Kemudian ambil kuali masukkan minyak. Goreng kan sekejap sahaja . Dan angkat . Ketepikan .
Minyak sama , tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi . Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra . Masukkan sos tomato , boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...