Roti Sardin Gulung ni antara menu yang sangat mudah dibuat dan juga digemari ramai. Pendek kata kalau sedap intinya, memang sedaplah rasa roti ni. Jika tak ada masa yang banyak nak masak inti, guna sahaja inti tuna dalam tin. Hanya perlu ceduk dan gulung dengan roti. Boleh juga gunakan inti Sambal Tumis Ikan Bilis. Bagi anda yang suka makan Roti Sardin Gulung, boleh cuba resipi perkongsian saudari Farisha Sofea ni. Pasti puas hati.
Sekali cuba Jeruk Betik tanpa pengawet ni, pasti tak akan beli dah selepas ni. Maklumlah, ia dihasilkan secara homemade dan lebih diyakini. Jeruk buah-buahan terutamanya betik dan mangga memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan ibu jeruk. Kuranhg bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian Chef Asma Nordin ni. Mudah dan sedap. Selamat mencuba!
CARA BUAT JERUK BETIK TANPA PENGAWET
BAHAN-BAHAN:
3 @ 4 biji betik mangkal (betik yang keras tapi bukan yang dah masak)
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu teh garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji dihiris, 10 biji tak payah hiris. Boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
CARA PENYEDIAAN: 1. Kupas kulit betik nipis sahaja. Dan potong seperti dalam gambar. Tebal lebih kurang setengah cm. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.)
2. Rendam buah betik tadi dengan air. Jumlahnya hanya separas buah betik sahaja. Masukkan kapur makan. Ramas kapur makan dalam air hingga hancur. Rendam buah selama 1- 2 jam.
3. Selepas direndam selama 1-2 jam, toskan air buah betik tadi hingga kering. Tidak perlu bilas dengan air.
4. Masukkan kepingan betik ke dalam bekas. Satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi dan cili padi.
5. Pakai sarung tangan, gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.
6. Jeruk betik enak di makan sejuk. Kalau nak simpan di luar peti sejuk pun boleh.
TIP: 1. Wajib rendam kepingan betik menggunakan air kapur supaya betik jadi rangup dan pejal. 2. Semasa menjeruk betik, pastikan tidak menambah air. Cukup sekadar guna cuka dan gula kerana betik akan berair. Jika tambah air, jetruk tidak akan tahan lama dan berbuih.
Anak-anak memang suka makan Nugget Ayam. Kalau beli, kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rupanya mudah sangat nak buat Nugget Ayam homemade ni. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Malah boleh tambah aneka sayursupaya jadi lebih sihat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi perkongsian saudari Wan Murni ni pun ringkas dan tak mahal. Memang berbaloi cuba.
1.Satukan isi ayam, lobak merah, ubi kentang, telur, garam secukup rasa dan daun sup. Kisar. Jika blender susah nak mengisar, tambah sebiji telur lagi. Kisar halus.
2. Setelah siap dikisar, tambahkan tepung ubi kayu. Sebatikan.
3. Tuang adunan nugget ayam ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.
4. Kukus selama 25 minit sehingga masak.
5. Bila siap dikukus, sejukkan dan barulah dipotong mengikut saiz yang disukai.
6. Pecahkan telur dan celup kepingan nugget ayam.
7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata. Lakukan hingga habis.
8. Panaskan minyak dan goreng nugget hingga garing keperangan.
9. Angkat dan hidangkan bersama mayones dan sos kegemaran.
Semua orang suka makan burger. Tidak kira daging atau ayam, setiap satunya punya peminat masing-masing. Jika ke pasaraya, terdapat pelbagai jenis patty daging sejuk beku yang dijual. Hanya tinggal goreng dan nikmatinya bersama roti, sayuran dan aneka sos untuk menambahkan rasa.
Namun menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau telah berkongsi cara-cara untuk mengolah patty daging sejuk beku supaya jadi lebih enak. Wow! Menarik…Lihatlah Sandwic Daging Burger yang dihasilkan tu. Nampak sedap! Katanya daging burger jadi lebih berperisa dan berjus. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan patty daging dan gaul hingga rata dan sebati. Tidak perlu tambah garam kerana daging burger sudah mempunyai rasa masin.
2. Bahagikan adunan daging kepada dua bahagian.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bebola daging tadi. Leperkan menggunan sudip dan masak hingga sempurna.
4. Bila daging kelihatan masak, ambil kepingan keju dan letakkan di atas kepingan patty tadi. Biarkan mencair.
5. Ambil roti sandwich dan letakkan salad dan hirisan tomato.
6. Letak kepingan patty daging diatasnya.
7. Letak sos mengikut cita rasa masing-masing. Selain sos lada hitam, boleh juga menggunakan lain-lain sos kegemaran.
8. Tutup dengan sekeping lagi roti. Boleh juga menggunakan roti burger jika ada.