Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibiada kongsikan resipinya.
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar. 2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. 3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam.Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi.Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam.Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa.Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap. 3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Ads
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Penggemar ikan celup tepung atau seafood lain boleh cuba resipi yang akak ni kongsikan. Pastikan ikut resipi yang diberikan kalau tak takut tak rangup seperti yang dikatakan. Elok makan panas buat ratah atau makan dengan pencicah. Selamat mencuba!
RESIPI IKAN TAMBAN CELUP TEPUNG KEGEMARAN IBU MERTUAKU
BAHAN-BAHAN:
Anak ikan tamban
3 senduk tepung beras
Sedikit kapur makan
1 biji telur A
Daun bwg hiris kasar
Daun sup hiris kasar
1 sudu serbuk cili
Cili padi hiris (klu nak pedas)
1 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan2 kecuali ikan, bancuhan tu agak2 mcm bancuhan pisang goreng
Celupkan ikan, goreng dalam minyak yang banyak, pastikan minyak tu betul2 panas, goreng sehingga garing
Siap!!!!
Tengok gambar pun dah tahu sedap kan? Nak buat ayam goreng yang sedap, ada caranya. Kena perap dengan bahan terpilih. Barulah ayam goreng tu sedap sampai ke tulang. Ada tip yang boleh korang ikut.
Ayam goreng boleh dianggap lauk yang tak jemu-jemu dimakan. Kali ni RASA nak kongsikan resipi ayam goreng paling sedap. Memang terbaik rasa dia. Resipi ini dikongsi oleh Zana Mokhtar di facebook group RASA Share Resipi. Jom try buat. Nampak sedap betul ayam goreng ni.
Melalui tip ini, Zana menegaskan ayam perlu diperap sekurang-kurangnya selama sejam barulah ayam itu akan jadi sedap dan segala rasa rempah itu meresap ke dalam daging ayam. Cubalah. Ayam goreng ini memang sedap.
AYAM GORENG GERENTI SEDAP
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam (dibelah 4)
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAPAN
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (BELI DI SINI)
2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
2 tangkai serai
2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit) (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan perapan. Kemudian lumur pada ayam dan perap selama sejam.
Dah siap kisar.
Lumur lepas tu perap sejam.
2. Ayam yang sudah diperap, direbus sehingga nampak siku ayam agak pecah. Angkat dan toskan.
Rebus ayam tadi.
3. Ambil bahan perapan ayam tadi dan lumurkan semula pada ayam.
4. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena banyak.
5. Goreng ayam sehingga kekuningan dan angkat untuk dihidangkan.
Pastikan minyak masak kena banyak untuk menggoreng.
Hidangan bubur nasi cendawan shiitake ini memang enak dimakan waktu pagi. Tak perlu pelbagai lauk sebagai pelengkap kerana rasa bubur nasi ini sememangnya sudah sedap. Bukan anak-anak saja suka yang dewasa pun sama, sekejap saja licin semangkuk.
Resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake
Bahan-bahan
1 pot beras
Cendawan shiitake
Lobak merah
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk sup
Mixed herbs
Serbuk lada hitam (jika suka)
2 sudu besar minyak masak/zaitun
Garam & perasa secukupnya
Air secukupnya
Daun sup & Daun bawang
Cara membuat
1. Rendam beras.
2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak, boleh terus masukkan bahan-bahan. Kacau sebati, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.
4. Sedia dihidangkan, taburkan dengan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.
INFO: Sukatan bahan bubur sesuai untuk lima orang makan