Bagi penggemar sajian kuih tradisional, resipi Kuih Bingka Kelapaatau dalam dialek Kelantan dipanggil Beko Nyor perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ini adalah antara resipi yang anda perlu cuba. Sangat mudah cara penyediaannya malah rasanya juga sangat sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kelapa yang digunakan adalah kelapa mudah yang isinya hampir keras. Memang sangat membuka selera. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH BINGKA KELAPA/ BEKO NYOR / BEKO KELAPA
BAHAN-BAHAN: 3 cawan kelapa muda parut 2 cawan tepung pulut – beli online disini 1/2 cawan gula – beli online disini 1 biji telur 1 cawan air @ secukupnya Secubit garam Sedikit minyak masak – untuk sapuan pada acuan
Ads
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam bekas bersesuaian. 2. Kacau hingga semua bahan sebati. Air perlu dituang sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau hinggalah mendapat adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama oleskan minyak ke dalam acuan muffin. 4. Sudukan adunan Kuih Bingka Kelapa dengan secukupnya.
5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuih masak dan sedikit keperangan. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Pad Thai sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. Pergilah kemana sahaja ceruk negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah. Pad Thai ni sangat ringkas penyediaannya dan dilengkapi dengan pelbagai ramuan menjadikan ia antara makanan wajib cuba jika berkunjung ke sana.
PHAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian toskan – boleh ganti dengan kuetiau halus char kuetiau
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cakedan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Bila sebut lobak merah mesti ramai yang terbayangkan sayur dan paling tidak pun sebagai jus. Tapi cer korang cuba inovasikan lobak merah jadi makanan seperti pancake dan bergedel yang sungguh sedap dan korang patut cuba sebab ia kaya dengan khasiat kesihatan. Rasanya sesuai sangat ni dijadikan hidangan sampingan ataupun kudapan di majlis open house yang bakal korang adakan nanti.
CARROT PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
1 3⁄4 cawan susu segar
2 biji telur
1⁄4 cawan mentega
4 batang lobak merah | kisar
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1sudu teh garam
4 sudu makan gula
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu teh serbuk buah pala
BAHAN SOS KASTARD:
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar.
Kisarnya hingga sebati.
Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus.
Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng.
Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg.
Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake.
Lakukan hingga bancuhan habis.
Sediakan pula sos kastard. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan. Kacau hingga kuah pekat. Tutup api.
Hidangkan pancake dengan sos kastard
JEJARI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
4 batang lobak merah | potong memanjang
1 sudu garam
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh bawang putih yang dicincang
1 sudu teh serbuk paprika
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan jejari dengan semua bahan kecuali serbuk roti dan minyak.
Perapkan lebih kurang7-10 minit.
Toskan, kemudian gaulkan dalam serbuk roti.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng jejari kentang hingga garing.
Sedia dihidangkan dengan sebarang sos yang anda suka.
BEBOLA LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 batang lobak merah | kisar & perah airnya
1/4 cawan kismis | kisar
21/2 cawan badam | goreng sangai, kisar kasar
6 biji kurma | cincang halus
11/4 cawan kacang pecan| goreng sangai dan kisar kasar
1 sudu makan gula perang
1/2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 cawan bijan | goreng sangai
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kisar di dalam mangkuk.
Kemudian masukkan serbuk koko, gula perang serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
Gaul sebati dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong hingga habis doh.
Salutkan bulatan doh di dalam mangkuk berisi bijan.
Setelah siap susun dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.
Atau boleh sahaja terus hidang bebola lobak merah ini.
BERGEDIL LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
2 batang seleri | cincang halus
1/2 cawan bawang besar | cincang halus
1/4 cawan serbuk roti
2 biji telur | kacau
1/2 cawan parseli | cincang halus
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick.
Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan.
Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.
Jeruk bawang putih bukan sahaja menaikkan selera bahkan menjadikan hidangan nasi kerabu lebih enak. Kalau makan dengan nasi panas pun dah berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya.
RESIPI JERUK BAWANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, garam,gula dan garam ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
5. Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.
Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!