Raindrop Cake@ Japanese Water Cake ni viral di TikTok dan ramai yang telah mencuba. Ia berupa manisan ringkas yang dimasak menggunakan serbuk agar-agar dan dinikmati bersama air gula merah dan juga serbuk kacang. Bentuknya yang jernih seakan titisan hujan dan sangat cantik sekali. Katanya menisan ini asalnya populat di Jepun pada tahun 2014 dan mula viral ke negeri-negara lain di seluruh dunia. Sangat mudah resipinya. Nak cuba? Saudari Norma Shahrinada resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MUDAH BUAT RAINDROP CAKE @ JAPANESE WATER CAKE MUDAH VERSI MINI
CARA MEMASAK: 1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.
2. Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal. 3. Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.
4. Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk. 5. Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.
6. Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Tidak semestinya musim raya baru nak sibuk buat biskut yang disukai. Hari biasa pun boleh saja membuatnya jika ada masa terluang. Ini resipi paling simple dan sebalang boleh hadap.
Bahan-bahan:
1 kotak cornflakes
2 biji telur masin – rebus amik kuning je
10 tangkai lada kering
3 tangkai cili padi – (x ada pun x pe)
4 tangkai daun kari
1sk garam
1sb gula
Cara-cara:
1. Potong cili kering. Cuci dan toskan. Potong cili padi dan ketepikn.
2. Panaskan minyak. Goreng cili kering n cili padi hingga garing. Jgn sampai hngus ye. Angkat dan toskan.
3. Goreng daun kari hingga kering. Angkat dan toskan.
4. Masukkn kuning telur masin yg dah dihancurkan.. Kacau dah dia akak berbuih.. Pastikan telur hancur.
5. Masukkn garam dan gula.. Kacau sebati.
6. Masukkn cili dan daun kari kedlm kuali. Matikn api.
7. Masukkan cornflakes kacau sebati. Angkat dan biarkan sejuk. Boleh la simpan dlm bekas bertutup. Ok siap.
Siapa suka Ayam Gunting? Ha..kalau pergi pasar malam, pasti terliur je tengok ayam goreng panas-panas tu kan? Ada pula serbuk tabur tu. Lagi lah ralit makan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Ayam Gunting ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Resipi ni beliau dapat dari peniaga Ayam Gunting sendiri. Jom cuba!
AYAM GUNTING
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam | dihiris nipis
1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna
1 1/2 cawan serbuk roti
Telur | dipukul
CARA MEMASAK:
Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
Celup ayam di dalam bancuhan telur.
Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.
( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)
BAHAN SERBUK AYAM GUNTING:
1 kiub pati ayam
2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah.
1/2 paket twisties BBQ
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan gula
CARA-CARA:
Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
Ni dia pencuci mulut kuih pulut yang sedap sungguh rasany. Pisang dibalut pulut. Jom tengok resipi yang dikongsi Zulhaijah Mamat ni. Simple aje bahan ramuannya.
Warna tu boleh apa colour pun. Selain beras pulut, tepung pulut juga ramuan penting dalam kuih muih Melayu.
1cawan gula *boleh dikurangkan tengok byk mana kelapa parut..
Secubit garam
Plastik @ daun pisang | untuk balut , tali
Pewarna Hijau
CARA MEMASAK :.. 1. Pulut cuci dan rendam, bubuh pewarna hijau. Biarkan sejam dua. 2. Kukus pulut,letak santan cair. Biar nampak tenggelam pulut, masukkan secubit garam dan kukus sampai masak. 3. Pisang kukus sekejap sampai separuh masak sahaja. 4. Bila pulut hampir sejuk, mula lah proses membalut dan membungkus. Gunakan kreativiti sendiri.
5. Kukus balik sekejap utk memantapkn pulut..
6. Biar sejuk baru boleh dipotong. 7. Gula dimasak dgn hanya sedikit air..campur secubit garam.. 8. Bila gula hancur..angkat dan gaulkan dgn kelapa parut.. 9. Gaulkan kelapa parut dgn pulut pisang yg dipotong tadi..