Nasi impit homemade sememangnya lagi sedap daripada ketupat segera. Kalau ikut cara orang dulu dulu untuk menyediakan nasi impit ini, nasi lembik perlu disediakan terlebih dahulu.
Kemudian nasi lembik ini akan dilenyek dan ditekan. Nasi impit ini juga perlu dibiarkan mampat beberapa lama kemudian barulah boleh dipotong. Sememangnya cara ini memakan masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk membuat nasi impit ini. Lagi menarik keluar seketul macam dalam gambar. Caranya dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina.
Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.
Caranya
Sediakan beras 1 cawan dan air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air.
Masukkan ke dalam pressure cooker.
Tekan butang congee /soup. Kemudian boleh tinggalkan untuk buat kerja lain.
Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang untuk terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar seketul cantik tak melekat.
Bila nasi sudah masak, satu tip untuk keselamatan jangan release wap. Biarkan wap keluar sendiri.
Lepas beberapa minit barulah buka penutup pressure cooker.
Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu alihkan ke bekas lain.
Bila sudah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.
Selagi masih panas /suam jangan keluarkan dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.
Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan
Hidangan nasi dalam masakan melayu sudah jadi kemestian. Ada juga merasakan tanpa nasi sehari bagaikan tidak lengkap menu hidangan. jika biasa nasi dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk. Untuk lebih istimewa anda boleh mengolah nasi dengan kepelbagaian rasa. RASA kongsikan menu berasaskan nasi untuk hidangan seisi keluarga atau boleh juga dihidangkan ketika tetamu berkunjung ke rumah nanti.
Nasi TUMIS PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras | dibersihkan
3 1/2 cawan air
3 biji bawang merah | dimayang
2cm halia | dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
2. Kemudian masukkan air diikuti beras serta garam. Kacau rata.
3. Masukkan ke dalam bekas periuk elektrik dan biarkan nasi hingga masak.
4. Boleh dinikmati bersama telur rebus dan juga sambal bilis.
NASI MINYAK SRI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam
3 helai daun pandan | simpul
150ml air pandan
60 ml susu cair
1 liter air
1 batang serai | titik
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
NASI SERAI
BAHAN-BAHAN
4 cawan beras basmathi
6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.
CARA-CARA MEMASAK
Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
Masukkan daun pandan yang di simpul.
Masak dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.
* Nasi ini boleh di makan dengan daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.
Buat si bujang yang suka memasak boleh mencuba resipi mudah dan lengkap ini. Hanya buat satu hidangan lengkap dengan isi ayam, sotong, dan pelbagai sayuran yang memenuhi selera anda. Masak sendiri hidangan pilihan anda baru puas hati
Bagi penggemar sajian Nasi Goreng Cili Padi, pastinya tahu akan keenakan hidangan ini. Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Noratiqah Nordin, beliau sudah banyak kali mencuba resipi Nasi Goreng Cili Padi pelbagai versi. Namun tetap jua memilik resipi yang diwarisi dari ibunya Puan Kartini Shoib. Memang sangat sedap kerana menggunakan bahan istimewa iaitu ikan bilis tebal, kiub ikan bilis dan ikan goreng (jika ada). Jadi bagi anda yang nak rasa, bolehlah cuba resipi di bawah ini.
CARA MASAK NASI GORENG CILI PADI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 pinggan penuh nasi Cili merah dan cili padi – ikut kepedasan yang disukai 1 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini Belacan – beli online disini 1/2 kiub pati ikan bilis 1/4 cawan ikan bilis tebal – beli online disini Isi ikan goreng (jika ada) 1 biji telur Garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan kecuali kiub ikan bilis, isi ikan dan telur. Boleh guna chopper. Jika tiada, boleh tumbuk sahaja.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
3. Masukkan isi ikan. Gaul lagi hingga bahan tumis masak.
4. Tambahkan kiub pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
5. Masukkan telur. Gaul lagi hingga telur masak.
6. Seterusnya masukkan nasi. Gaul dan rasa. Jika cukup semua dan sedap, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.