Manisan seperti Aiskrim Honeycomb sememangnya menjadi kegemaran ramai. Ditambah pula dengan inovasi dengan menambah pelbagai rasa dan perisa, menjadikan manisan yang dulunya biasa-biasa ini kini menjadi lebih menarik dan enak. Salah satu yang menjadi kegilaan masa kini adalah aiskrim dri francais selebriti terkenal. Panjang kena beratur untuk menikmati secawan aiskrim istimewa ini. Harganya pun boleh tahan. Malah tidak semua kawasan ada cawangannya. Bagi anda yang nak sangat cuba Aiskrim Honeycomb, boleh buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Li Yow. Resipi mudah dan lebih menjimatkan. Selamat mencuba!
RESEPI AISKRIM HONEYCOMB HOMEMADE ALA BUBBLEBEE
BAHAN-BAHAN: Honey boba – beli online disini Honeycomb / madu lebah bersarang – beli online disini Emping jagung / Cornflakes secukupnya – beli online disini Aiskrim vanilla – jika guna aiskrim susu lagi sedap Hirisan buah-buahan kegemaran – jika suka
Ads
CARA MEMASAK: 1.Rebus honey boba dalam periuk selama 15 minit. Boba ini boleh didapati di kedai atas talian. Ada pelbagai jenama.
2. Masukkan emping jagung, hirisan buah, aiskrim vanilla, madu dan honey boba yang telah direbus ke dalam gelas tinggi mengikut kreativiti masing-masing.
Menurut empunya resipi, menu ni dipelajari dari orang Indonesia sendiri. Mesti padu. Bagi anda yang suka makan ikan bakar tu, boleh cuba resipi pes ni pulak. Selain cencaru, boleh juga aneka ikan lain yang menjadi kegemaran. Pasti layan! Tengok gambarnya pun dah rasa sedap. Jadi, bolehlah cuba masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
CENCARU BAKAR INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan cencaru – belah macam dalam gambar
2 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar
8 biji cili padi – jika taknak pedas, kurangkan.
1 biji cili merah
7 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan gula
1 biji buah keras
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi @ nipis – ambil jus sahaja
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan lain dan kisar hingga halus.
Letak ikan atas pemanggang ( boleh guna kuali atau pembakar bbq) dan sapu rempah kisar tadi dengan secukupnya.
Tutup ikan menggunakan penutup periuk supaya ia masak sekata. Jangan lupa untuk sapu rempah 2-3 kali pada ikan.
Bila ikan kelihatan separuh masak, sapu lagi rempah. Kemudian biar sehingga ikan masak.
Jika sebelum ini kita sering makan popia basah, popia sira dan keju. Kali ini Puan Solehah Yusoff di laman facebooknya berkongsi resipi baru iaitu popia pisang coklat yang rangup dan sedap. Masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Cubalah!
POPIA PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
Pisang (tak kesah janji dah masak dan manis)
Coklat Susu (tak kesah jenis ape, nutella pun boleh)
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Potong pisang dan coklat untuk bahagian kecil.
Kulit popia pulak dipotong ke empat bahagian.
Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua.
Letakkan pisang dan coklat.
Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer.
Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan.
Dah boleh makan!
*ikut kreativiti kamu sama ada nak gulung macam popia goreng biasa atau kapitkan seperti gambar diatas.
Kuih muihtradisional seperti Kuih Bingka Pandan ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Nampaknya persepsi anda bakal berubah kerana resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah ini memang mudah. Jadi bolehlah cuba nanti. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH BINGKA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan air kisaran pandan (boleh juga guna air + esen pandan)
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan santan
2 sudu makan mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau secukupnya
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan ( kecuali bijan) dan kisar @ pukul hingga sebati.
Ambil loyang bersesuaian, masukkan 2 sudu makan minyak masak. Ratakan.
Panaskan loyang dalam ketuhar. Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan kuih tadi. Tabur bijan dipermukaannya ( jika suka).
Bakar kuih bingka pada suhu 180C sehingga nampak keperangan, garing dan masak di dalamnya.