Sekarang ni ramai ibu-ibu yang suka buat bahan masakan secara homemade. Selain jimat belanja, bahan masak yang dihasilkan sendiri ni tentunya lebih bersih, diyakini halal, tanpa pengawet dan lebih sedap. Bagi puan-puan yang baru nak cuba, salah satu yang boleh dicuba ialah dengan membuat kuetiau mentah. Sangat mudah & anda pasti kagum dengan hasilnya.

 

CARA-CARA BUAT KUETIAU MENTAH SECARA HOMEMADE

  • 2 3/4 cawan tepung gandum (340g)
  • 1 cawan tepung pulut (125g)
  • 1/2 cawan tepung beras (60g)
  • 1 biji putih telur
  • 1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat

 

CARA-CARA:

1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.

2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

IKLAN

Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.

Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)

Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

IKLAN

5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.

Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.

7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.

IKLAN

Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.

Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Yana Ima Shida

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI