Asam gumpal

Resepi asam gumpal Terengganu ini tak terlalu susah nak dibuat, hanya perlu ikut langkah demi langkah, mengikut perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli ini.

Kuih Asam Gumpal ni merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur termasuk Terengganu. Bila dapat menikmati asam gumpal yang sedap, terasa berbaloi segala penat lelah membuatnya kan?

Resepi Asam Gumpal Terengganu

Resepi Asam Gumpal Terengganu

Bahan-bahan:

Bahan Inti Kacang Hijau Tanpa Kulit:

200gram kacang dhal

1/2 kerek (keping) besar nisang atau gula Melaka

2 senduk kecil gula putih ( terpulang kepada tahap manis yang dikehendaki)

IKLAN

Cara Masak:

1.Basuh bersih kacang hijau.

2. Rendam 8 jam.Masak di dalam periuk dan bila kacang dah empuk, masukkan gula dan nisang/Gula Melaka.

3. Masak hingga kacang lembik dan jadi hmpir kering. Ketepikan biar sejuk. Bila sejuk bentuk bulat-bulat.

IKLAN

Bahan Kulit Asam Gumpal:

2 cawan biji sagu

Cara Masak:

Basuh dan direndam air panas. Air lebih sikit saja pada sagu. Kacau. Biarkan sekitar 15 ke 20 minit sehingga sagu kembang dan serap air itu.

Bahan Kuah Asam Gumpal:

1 1/2 biji santan kelapa
3 biji bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
2 helai daun pandan – dipotong
1 sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa

IKLAN

Cara Membuat Asam Gumpal:

Resepi Asam Gumpal Terengganu

  1. Basahkan tangan. Ambil sagu bentukkan jadi leper.
  2. Masukkan inti kacang dhal kemudian bulat-bulatkan ia. Ulangi langkah sampai habis.
  3. Untuk memasak, ada dua cara. Pertama, masakkan air dlm periuk. Bila mendidih masukkan asam gumpal tadi. Bila timbul je, terus angkat dan ketepikan ( jangan bagi rapat-rapat nanti melekat).

Resepi Asam Gumpal Terengganu

  1. Satu lagi kaedah, secara kukus. Kaedah mengukus pula masukkan dalam kukusan, lapik dengan daun pisang dan sapukan minyak pada daun pisang. Kukus  sektiar 10 ke 15 minit bergantung kepada kukusan juga.

Resepi Asam Gumpal Terengganu

  1. Untuk kuahnya pula, masukkan santan ke dalam periuk. Bila naik wapnya dan sedikit mendidih, masukkan semua bahan lain untuk kuah. Kacau dan masukkan asam gumpal ke dalam kuah. Kacau sekejap dan tutup api. Siap. Nak lagi sedap boleh tambah hirisan nangka juga di dalam kuah.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI