Ada kuih cara yang berintikan daging. Ada juga kuih cara manis. Tapi pernah tengok tak kuih cara dengan corak tembikai?
Menerusi perkongsian resipi oleh Nor Al Fatihah ni, memang comel je kuih cara tapi dengan rupa buah tembikai. Sangat kreatif!
KUIH CARA MANIS TEMBIKAI
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini 2 cawan santan sederhana pekat – beli online di sini 1 ½ cawan air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan saiz besar + 1 ½ cawan air & tapis) 1 biji telur A @ B 1 sudu teh garam halus – beli online di sini Pewarna merah, putih & hijau Gula secukupnya untuk inti – beli online di sini 1-2 helai daun pandan | disiat & diikat hujungnya Bijan hitam – beli online di sini Sedikit minyak (untuk oles pada acuan)
1. Satukan tepung, garam, telur, santan dan air daun pandan. Kacau sebati dan tapiskan. 2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih dan hijau sama banyak. Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.
3. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu cermai saja. Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang diikat hujungnya. Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai. 4. Tuang adunan merah hingga setengah acuan. Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya dan tuang gula di tengah-tengah sebagai inti. Saya letak ½ sudu kfc saja.
5. Biar beberapa saat. Tuang adunan hijau. Tutup dengan penutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Cungkil dengan belakang sudu dan angkat. 6. Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan. Sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
Teringin nak makan roti klasik ori dari Perancis. Tekstur ringan, dan peroi berderai jadi identiti roti Perancis yang ori. Nah ini dia 5 aneka roti klasik dari Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis.
Beliau yang menetap di Kuala Lumpur adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi rotinya ada yang rangup dan sedikit keras seperti juga roti Perancis yang lain. Dan ada juga variasi lembut gebu.
Rahsia tekstur ringan roti klasik ini adalah campuran doh ‘poolish’ atau doh matang pra penapaian yang disediakan sekurang-kurangnya 16 jam yang kemudiannya diadunkan dengan doh utama roti. Jom cuba…
1. ROTI RYE
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh utama :
375gm tepung gandum protein tinggi
375gm tepung rye
15gm garam
17.5gm yis
100ml minyak masak @ minyak zaitun
30gm gula
375ml air sejuk * dari peti sejuk
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin penguli roti, gaulkan hingga membentuk doh yang lembut.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Bulatkan doh dan biarkan ia berehat selama sejam sehingga mengembang dua kali ganda.
4. Ambil doh uli dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin, dan biarkan berehat selama 30 minit
5, Panaskan oven dengan suhu 210 darjah C
6. Masukkan dan bentukkan doh ke dalam tin pembakar dan bakar hingga masak.
7. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong .
Saiz hidangan : 2 buku roti, 600gm tiap satu.
Waktu memasak : 20- 25 minit
2.BAGUETTE
BAHAN-BAHAN :
Bahan poolish
*doh yis matang pra penapaian pre ferment untuk dicampur ke dalam doh utama :
209gm tepung gandum serba guna
209ml air
0.2gm yis kering
*menghasilkan 418gm poolish
Bahan doh utama :
418gm tepung roti
199ml air
2gm yis
13gm garam
418gm adunan poolish yang sudah dibuat 12 jam sebelum doh utama
CARA MEMASAK:
Cara buat adunan poolish :
Satukan dan campurkan ke semua bahan menggunakan senduk kayu (rata)
Biarkan ia rehat semalaman, iaitu kira-kira 12 jam untuk dicampurkan sekali dengan doh utama.
Biarkan rehat dalam suhu bilik.
Cara buat doh utama ,baguette :
Masukkan semua bahan termasuk poolish ke dalam mesin adunan kecuali garam
Biarkan diadun dengan kelajuan sederhana, selama 5 minit.
Kemudian laju selama 5 minit lagi
Garam dimasukkan ketika 2 minit sebelum berhenti.
Biarkan ia rehat 20 minit
Kemudian bentukkan roti menjadi lonjong, kelar di atasnya
Biarkan ia rehat dan mengembang (beberapa jam)
Panaskan oven dalam suhu 210 Celcius untuk selama 10 minit.
Bentukkan doh dan bakar baguette dalam suhu 210 selama 25 minit
Keluarkan dan biarkan ia sejuk di atas redai , barulah dipotong
Saiz hidangan : 3 buku roti, 330gm tiap satu.
Waktu memasak : 25- 30 minit
3. ROTI FOCACCIA
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
10gm garam
12gm yis
275gm kentang lecek | direbus dan lecek
280ml air
50ml minyak zaitun
20gm daun rosemary
15gm garam laut
Lada benggala secukupnya untuk hiasan | dipotong kecil
CARA MEMASAK :
Campurkan dan gaulkan kesemua bahan ramuan hingga membentuk doh yang licin dan lembut.
Kemudian masukkan minyak zaitun dan kentang,
Griskan papan canai dan tangan sebelum mengadun doh. Doh seharusnya licin dan tidak melekat di tepi mangkuk adunan.
Biarkan ia rehat kembang sekali ganda, keluarkan dan tumbuk-tumbukan hingga dikeluarkan angin.
Biarkan sebentar dan bentukkah doh di atas dulang pembakar.
Hiaskan di atasnya dengan daun rosemary cincang (atau yang kering) dan lada benggala
Biarkan ia kembang sekali lagi dan masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan 10 minit sebelum itu dengan suhu 230 darjah Celcius.
Bakar dalam tempoh 20-25 atau hingga keperangan.
Saiz hidangan :2 buku roti, 500gm tiap satu.
Waktu memasak : 20-25 minit
ROTI MULTIGRAIN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh masam :
* pra penapaian (pre ferment)
250gm tepung gandum
2 gm yis kering
150ml air
*menghasilkan 375gm doh masam
Bahan doh utama :
250gm tepung roti
5gm yis
375gm doh masam
5gm garam
100gm bijirin campur
3gm bread improver
CARA MEMASAK :
Cara buat doh masam (pre fermentasi/ doh yis matang)
Buatkan doh dengan mencampurkan segala bahan doh masam sehingga konsistensi tercapai. Gaulkan dengan tangan sehingga ia berada dalam keadaan licin..
Rehatkan doh masam di dalam chiller
Tutup dengan kain dan biarkan semalaman sekurang-kurangnya 16 jam.
Cara buat doh utama :
Cara membuat doh utama :
Satukan kesemua bahan di dalam mesin pengadun dan bentukkan menjadi doh
Mulakan dengan adunan perlahan dan sudahi dalam mode laju.
Setelah doh tidak melekat di tepi mangkuk biarkan ia berehat dan mengembang, dalam masa 2 jam.
Tumbuk-tumbukkan doh dan bentukkan doh
Biarkan berehat dan mengembang dalam masa 45 minit.
Taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh, bentukkan doh memanjang. Bentukkan semula doh dan biarkan berehat dan mengembang lagi 45 minit.
Biarkan berehat untuk mengembang/menaik sehingga 2 kali ganda saiz
Susunkan roti dalam dulang atau tin pembakar .
Bakar di dalam kaedah ‘steam bake’ (meletakkan tin pembakar di atas bekas berair). Pastikan over sudah dipanaskan dengan suhu 210-240 darjah celcius dan bakar dalam 25 minit dan 15 saat dalam mode stim 15 saat
Saiz hidangan : 3 buku roti, 300gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
CIABATTA
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
310gm tepung gandum
10gm garam
2 gm yis kering
190ml air
50ml minyak zaitun
382gm poolish (doh pra fermentasi, yis matang)
Bahan poolish :
190gm tepung
190ml air
2 gm yis kering
CARA MEMASAK :
Sehari sebelum sediakan doh poolish *rujuk cara buat poolish di resipi roti baguette.
Poolish tutupkan dengan pembalut plastik dan biarkan berehat dalam suhu bilik hingga matang, kira-kira 12 jam.
Esok harinya, buatkan doh utama dan masukkan poolish dalam adunan dan adun untuk 10 minit tetapi hanya guna 140 ml air dulu di atas papan canai. Baki 50ml air diketepikan untuk kegunaan kemudian.
Masukkan minyak zaitun
Doh kemudian di letakkan balik di dalam mangkuk adunan dan masukkan baki 50ml air tadi.
Ini akan mengambil masa tambahan 5 minit.
Hasil doh adalah doh yang lembab dan basah dan kemudian tuangkan di dalam bekas yang telah digris minyak, tutupkan dan biarkan ia menapai untuk 3jam.
Lipat dan kaup selepas 1 hingga 2 jam
Selepas 3 jam, ambil doh dan letakkan atas papan canai bertepung dan bahagikan kepada 1/2. (2 keping)
Setiap doh,dilipatkan dari kiri ke tengah dan kanan ke tengah, letakkan kepingan di atas alas dulang bertepung dan tutupkan dengan kain
Selepas ia menapai selama 40 minit, letakkan kepingan doh di atas tin pembakar roti , dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 230 darjah Celcius.
Bakar selama 25-35 minit, letakkan bekas berisi air di bawah tin pembakar.
Tambahkan lagi 15 saat dalam mode ‘steam bake’
Saiz hidangan : 2 buku, 500gm tiap satu
Waktu memasak : 35 minit
RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Siapa yang tak sukakan sajian cina dumpling lembut dengan inti sayur dan isi udang. Ni kudapan yang sedap dimakan begitu sahaja, atau dijadikan sebagai sajian pembuka selera.
Min kalau makan kat restoran Cina Muslim , sajian ni memang dicari. Kalau ‘umat’ ramai jom kita buat sendiri. Rasa memang tak mengenal bangsa, keenakannya satukan hati kita rakyat Malaysia.
DUMPLING UDANG & KETAM
.
Bahan A – Untuk kulit:
2 cawan tepung gandumGaram secukup rasa
2 sudu besar tepung ubi @ tepung jagungSedikit pewarna (ikut suka)
Air ( yang ni kene agak2 je)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna (ikut suka)
Bahan B – Inti:
150gm isi udang / ketam | dicincang halus
Sedikit minyak masak untuk menumis
25 gm lobak merah | dicincang halus
Sedikit daun bawang | dicincang halus)
2 ulas bawang putih | dicincang halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (campur ngan sedikit air)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
.
CARA MEMASAKNYA : Bahan A : Kulit 1. Campurkan tepung, garam dan pewarna. Gaul rata.
2. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh (tak melekit kat tangan)
3. Rehatkan dalam 15minit pastu baru bulatkan jadi bebola kecil. Ni agak2 la..kalau nak besar boleh je.
4. Pastu canaikan doh tadi. Tebal sikit je dari kulit popia..
5. Buat sampai habis. Bahan B : Inti 1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau wangi.
2. Masukkan isi ketam / udang dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan lobak merah.
3. Masukkan pula garam, lada sulah dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau rata.
4. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata. Selepas itu biar sejuk.
5.Isikan inti di tengah kulit dumpling yang dah dicanai tadi dan sapukan sedikit air / telur putih di keliling inti. Bentukkan seperti mangkuk atau lipat seperti karipap (ikut suka)
6.Buat sampai habis.
7.Dumpling ni boleh dimasak secara kukus ataupun digoreng.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...