Kuih bata buruk@ bantal buruk/ batang buruk, kuih lama yang kini semakin jarang dijumpai.
Ramai orang tidak kenal akan kuih ini. Rasanya sedap, lemak-lemak bila gigit rasa ikan dengan labu airnya. Sayang kalau generasi muda tidak tahu kuih ni. Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini.
KUIH BATA BURUK @ BANTAL BURUK
BAHAN INTI:
4 ekor ikan selayang | rebus bersama sedikit garam & asam keping, diambil isi & ditumbuk ½ kotak kecil santan – beli online di sini 3 biji bawang merah | dimayang nipis-nipis – beli online di sini 2 biji bawang putih | dimayang – beli online di sini ½ inci halia | dimayang nipis ½ sudu kecil lada hitam | ditumbuk Labu air | disagat & diperah buang airnya Suhun @ mee cina Garam & perasa
1. Masukkan santan, sedikit air rebusan ikan, bawang dan halia. Bila pekat sikit, masukkan isi ikan dan lada hitam. 2. Bila hampir kering, masukkan labu air, suhun dan garam serta perasa. Ketepikan.
Kacang cambah juga dikenali dengan nama tauge. Jika ada tauge segar, memang enak diadun menjadi kerabu. Jika suka rasa lebih masam manis, boleh menambahkan hirisan nanas untuk membangkitkan rasa kerabu.
BAHAN-BAHAN:
350gm taugeh l dicelur
Bahan A:
4 ulas bawang merah l dihiris
2 sudu makan kerisik
2 biji limau nipis
2 batang serai l dicincang halus
1 kuntum bunga kantan l dicincang halus
2 biji cili padi
100gm udang kering l direndam dan ditumbuk halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan taugeh kemudian dicelur sehingga setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk bahan A kemudian digaul bersama taugeh sehingga sebati.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Untuk sajian makan malam apakata cuba masak Singgang Ikan Patin dan sukun gulung yang gerenti sedapnya. Ni resipi dari Eksekutif Chef Sabri Soid dari hotel ternama Royale Chulan KL
Masakan hotel ni boleh aje dimasak dirumah. Kedua resipi ini mendapat sentuhan magik dari Chef Sabri Soid yang mempunyai pengalaman memasak berdekad lamanya. Berbaloi untuk dicuba resipi super sedap ni.
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
BAHAN-BAHAN:
300gm buah sukun | dipotong dadu
100gm buah ciku | dipotong dadu
50gm kismis hitam
50gm gula putih
100gm serbuk roti
200gm pastri filo
50gm mentega | dicairkan
100ml susu
50ml krim masakan
50gm serbuk kastad
30ml esen vanilla
20gm tepung jagung
1 biji telur kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai. 2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair. 3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit. 4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu. 5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya. 6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef: Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm ikan patin
100 tempoyak
50gm bawang merah
50gm bawang putih
50gm daun kesum
100gm bunga kantan
400ml air
100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
10gm serbuk kunyit
Cili merah untuk hiasan
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya. 2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak. 3. Tutup api dan masukkan timun. 4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Wow…Puding Susu Mangga perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Kalau makan sejuk-sejuk, memang membuka selera. Sesuai sangat jika dinikmati dikala cuaca panas. Bagi anda yang dah lama tak buat puding untuk sajian keluarga, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK PUDING SUSU MANGGA
BAHAN LAPISAN PUDING MANGGA: 1 paket (10gm) serbuk agar-agar 4 cawan air 1 cawan gula 1 tin susu cair 2 cawan isi mangga yang dikisar ( puri mangga)
CARA MEMASAK: 1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan air. Masak hingga semua bahan larut. 2. Dalam bekas berlainan, satukan isi mangga kisar bersama susu cair. Sebatikan. 3. Tuang campuran mangga ke dalam periuk agar-agar. Kacau sebati. 4. Masak campuran guna api perlahan hingga mendidih. Padamkan api. 5. Biar agar-agar hingga wap panasnya hilang. Kemudian barulah tuang ke dalam acuan atau loyang bersesuaian. 6. Sejukkan puding dan enak dinikmati sejuk. Ketepikan.
BAHAN LAPISAN PUDING SUSU: 2 sudu teh serbuk agar-agar 2 cawan susu UHT 1/4 cawan gula pasir 1/2 sudu the esen vanilla 1/2 cawan mangga – dipotong dadu
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kecuali mangga. Masak guna api sederhana hingga mendidih. 2. Padamkan api dan biar wap panasnya hilang. Masukkan isi buah mangga yang dipotong dadu. 3. Tuang adunan ke atas lapisan puding mangga. Cakar sedikit permukaan puding mangga sebelum tuang puding susu. Sejukkan.
BAHAN SOS KASTARD:
1 tin susu cair 1 cawan air 3 sudu makan tepung kastard 3 sudu makan gula pasir 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Satukan ke semua bahan, sebatikan. Masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan. 2. Sentiasa kacau campuran sehingga pekat. Padamkan api dan sejukkan. 3. Tuang sos kastard ke atas puding sewaktu hendak dinikmati.